Archive for TAG

Menjawab Tag & Menepek Award

Dah lama tak menjawab tag.

1. Copy award untuk diletakkan dalam blog anda. – DONE

2. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini.

– my BFF
– ada 1 hero dan 1 heroin
– suara nyaring ;p
– kuat ketawa

3. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri.

  • makan. of course (tiru Mummy Dasy punya 1st point ;p)
  • suka ambil gambar (juga lebih kurang meniru) idam DLSR untuk En. Nazir
  • seorang yang happy go lucky
  • suka kanak-kanak
  • love blogging
  • suka berkawan
  • suka makan buah duku (mentang-mentang musim duku)
  • ini memang fakta bukan auta seorang yang gembeng (satu kapal dengan Mummy Dasy)
  • apa lagi ek.. cita-cita nak jadi cikgu.. (fakta tangkap muat nak cukupkan kuota ke-9)

4. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka.

  • To all my followers yang ada rajin nak menjawab coz saya tak rajin nak pilih. (ya, saya main mengelat.. ampun)

Soalan-soalan tambahan:

5. Nama timangan – Kak Long, Along, Heny

6. Anda seorang yang? – kecoh, ramah, clumsy

7. Insan yang teristimewa? – En. Nazir, Puan Kasmah, En. Samshudin dan yang sedarah sedaging.

8. Lagu kesukaan? – Here Without You (I’m here without En. Nazir uhukk..uhukk)

9. Makanan kesukaan? – Semua jenis kot.

10. Sikap yang membuat anda stress? – Orang yang suka mengarah walaupun dia bukan “Pengarah”

11. Warna kegemaran anda? – pink, ijau, merah, hitam, biru, putih.

12. Benda mesti ada dalam beg? – money.. money..money.. ;p

13. Kali terakhir anda menangis? – minggu lepas bila emak saya meracau-racau dan menyebut nama nenek (emak kepada emak) dia nampak nenek datang melawat dia. huhuhu~ sedih tengokkan.

…………………….

Settle hutang tag Mummy Dasy.

Peace.

post signature

Leave a Comment

Tag Toilet

Menjawab tag Siti yang dah berkurun terperam. Ampun Siti ;-p

1. Bila kali terakhir anda cuci toilet–

Hujung minggu yang lepas..selalunya masa ni la kami cuci toilet masing-masing. En. Nazir toilet di bahagian dapur dan saya toilet di dalam bilik.

2. Pencuci apa yang anda guna–

Pencuci jenama Zhulian. Saya memang suka pencuci ni sangat berkesan menanggalkan kotoran. Tapi En. Nazir alergik dengan bau pencuci ni yang sangat kuat.

3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? Kenapa?

Ikut mood juga. Kadang-kadang seminggu sekali. Pemalas betul!

4. Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?

Balik kerja, masak-masak, sediakan baju En. Nazir kalau dia kerja malam, tengok tv, kemas apa yang patut 9kalau vitamin ‘M’ kurang), tidur.

5. Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple?

Nasi putih, udang masak kicap atau Ayamas goreng.

6. Minuman yang anda buat setiap pagi?

Saya jarang minum air manis waktu pagi.

7. Sebelum tidur apa yang anda lakukan?

Kadang-kadang baca buku for sure terus lelap ;-p

8. Harus menjawab tag ini?

Siapa-siapa yang rasa nak menjawab. Silakan.

post signature

Leave a Comment

Vespa 3logger Award Friendship

Pagi ni saya cuba nak melangsaikan hutang tag dari Siti@Nurie..

a) Copy badge “Vespa 3logger Award Friendship” di atas untuk diletakkan di blog anda.


Photobucket

b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Siti@nurie ibu kepada Damia.. tinggal di Kulai.. walaupun kami hanya berkomunikasi di alam maya tapi saya yakin Siti ni ramah tamah orangnya.. memang betul dia rajin memasak.. kadang-kadang membuatkan saya terliur tengok lauk pauk yang Siti masak.. tak tahulah bila agaknya dapat rasa masakan Siti..[ni ayat nak suruh Siti jemput datang makan di rumah..hehehe] ada persamaan antara suami kami.. kedua-duanya minat memancing.. satu hari nanti bolehlah kita rancang memancing sama-sama..hehehe~ teringin sangat nak jumpa Siti ni..bila agaknya ek dapat jumpa..hehe~


c. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/ hobi diri.

#1 – Saya suka kumpul botol-botol yang cantik.. sampaikan En. Nazir kata saya macam makcik-makcik yang suka simpan buruk-barak di rumah.. sampai hati..hehehe~

#2 – Saya sangat suka kanak-kanak.. tak kira umur.. sebelum berkahwin saya selalu kidnap anak jiran bawa balik ke rumah.. kalau saya jalan-jalan di kawasan perumahan rasa macam seorang cikgu tadika..hehehe~ orang kampung panggil saya dengan panggilan Kak Long sampaikan ada yang tak tahu langsung nama sebenar saya.. jadi kalau saya berjalan-jalan pada waktu petang, ada saja suara kanak-kanak memanggil “Kak Long.. Kak Long..” saya pun melambai-lambaikan tangan gaya seorang Ratu..hahaha~ jangan muntah hijau ya..

#3 – Saya tengah minat gila makan tongkeng ayam yang dijual di pasar malam.. berjangkit dengan En. Nazir lah ni..hehe~ tapi saya sangat sedih kerana malam tadi saya tak dapat ke pasar malam.. tiada siapa yang sudi teman.. En. Nazir kerja malam.. nasib baik saya tak termimpi-mimpi makan tongkeng ayam..hehehe~

#4 – Saya suka sangat warna pink!

#5 – Lagi sekali saya tekankan.. saya peminat Honda Jazz.. ada siapa-siapa sudi belikan?? ;-p

#6 – Cita-cita sebenar saya dari dahulu kala.. dari hari pertama keluar dari perut mak lagi.. saya nak jadi CIKGU.. tapi setakat ni belum kesampaian..huhuhu~

#7 – Saya alergik dengan sejuk dan air cond.. mesti terus jadi selsema.. di pejabat tak boleh nak elak lagi.. terpaksa ber’air cond’ juga..

#8 – Saya ada seorang makcik.. adik kepada ayah.. nama dia yang tercatat dalam kad pengenalan ialah PUTERI GUNUNG LEDANG.. ramai orang tak percaya.. tapi inilah kenyataannya.. arwah datuk saya bermimpi mendaki Gunung Ledang sebelum kelahiran makcik saya itu..

#9 – Saya mula memakai cermin mata dengan serius pada usia 16 tahun.. walaupun sepatut nya lebih awal dari itu.. kerana emak saya mengandaikan yang saya pura-pura rabun.. bukan rabun sebenar.. katanya saya saja nak me’lawa’.. jadi dia enggan membelikan cermin mata untuk saya pada usia 12 tahun.. makanya saya terpaksa meminta jasa baik kawan rapat saya Che’ Tom untuk membacakan tulisan guru di papan hitam.. Thanks Tam!

#10 – Fakta terakhir.. saya kepenatan mencari 9 fakta di atas.. jadi saya berhenti di sini dulu..

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

[@mien] [Zuhaini] [fizafidi] [syahza] [atty’s] [mamadanish]

Sekiranya anda rasa nama anda seperti yang di atas, jangan segan silu untuk mengambil award itu dan jawab apa yang patut.. hehehe~

post signature

Leave a Comment

Tag from Mama Danish

For the instructions, add your name on the list and simply spell out your name using the given Japanese letter- translations below. Tag six of your friends and inform them of the tag. Have fun.

TRANSLATION:

A – ka—-F – lu—- K – me—- P – no—- U – do—- Z – zi

B – tu—-G – ji—– L – ta—– Q – ke —-V – ru

C – mi—-H – ri —-M – rin —-R – shi —W – mei

D – te—-I – ki —–N – to—– S – ari—- X – na

E – ku— J – zu —-O – mo —-T – chi—- Y – fu

Hasil nye:

Hernee Nazir

[ri ku shi to ku ku] [to ka zi ki shi]

alahai pelik benar nama saya..
ada kuku..kuku ni.. teringat lagu Ferhad pulak.. ;p
maka selesai hutang tag Mama Danish..

Nak tag:

1. Umi Nawfal
2. Azure
3. Siti
4. Umi Sufira
5. neezareef

[Nota kuning: baru teringat draft tag Mummy Dasy yang saya lupa jawab..hehehe~ i’m sorry..]

post signature

Leave a Comment

Tag: Wallpaper from Neezareef

Tag dari Neezareef..
masa tengah rajin lah kena menjwab tag.. ye tak.. ;-p

Arahan:

1) anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jngan tipu2 ek x suke…

Dengan tidak menipunya..inilah wallpaper saya..sejak bulan Oktober 2008..

2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh…

on je PC terus Nampak muka En. Nazir..tak ke semangat tu nak buat kerja..hehehe~ poyo lebih..

3) tag 10 peopleNak tag siapa ya..

Mummy Dasy
Umi Sufira
Siti
FizaFidi
Hajarus
Princess Redbloodsnow
Ceera
Shay
Azure
MzaMuhd

jawab ye kalau sudi.. ;-p

post signature

Leave a Comment

Tag Umi Nawfal..anda pemandu???

Tag dari Umi Nawfal

1) Anda boleh memandu?

boleh jek~

2) Memiliki lesen memandu? Sejak bila?

mestilah ada..sejak tahun 2004..

3) Bila tarikh luput ?

07/07/09..senang nak ingat coz setakat ni maintain 07/07..

4) Dimanakah anda mengikuti kelas memandu?

masa study di Melaka..lupa pulak nama driving school tu..kat Ayer Keroh Melaka

5) Instructor pertama anda?

Ayah saya..En. Samshudin..hehehe~ masa di Melaka tu..En. Zaidi tak silap.. agak g*tal orangnya..

6) Kenderaan yg anda bwk sekarang?

Kancil berwarna putih..

7) Impikan kenderaan lain?

of course!! Honda Jazz satu! ;-p

8) Pernah kemalangan?kemalangan???

Alhamdulillah tak pernah..minta dijauhkan..

9) Kenangan manis/pahit sewaktu belajar memandu?

Manis..berjaya dapatkan lesen PROFESSIONAL (kata Umi Nawfal) dgn sekali percubaan sahaja..

Pahit..saya sorang je yg lepas masa ni..kawan lain (Emmy,Ajie,Aini) ada sikit kena kelentong dgn cikgu g*tal itu..bab payment la..pahit gak la tu kan..aci tak?

10) Tips buat mereka yg ingin mengambil lesen?

kena percaya pada diri sendiri..buat apa amil lesen kalau tak nak cuba drive..kelak lesenmu itu akan luput di telan usia..chewah~

Yang kat bawah ni sila jawab tag ini ye..kalau dah pernah jawab abaikan saja..

Mummy Dasy->> Siti->>Neezareef->>Azure->>Joegrimjow->>Hajarus->>Herni

dan siapa saja yg rasa teringin nak jawab.. silakan.. ;-p

post signature

Leave a Comment

Tag from Mummy Dasy

Tag from Mummy Dasy..
Buat modal update blog..hehehehe~

1) Adakah anda suka blogging? Kenapa?

Sangat lah suka adanya..tak makan pun tak apa..hehehe~ tipu..kerana tak blog sehari saya akan jadi angau dan gila bayang dgn blog..sehingga terbawa² dlm mimpi..cheh~

2) Blog siapa yang selalu anda skodeng? Nyatakan 5

Blog semua yg saya yg saya follow..lebih dari 5 tau..

3) Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapa kah orang itu?

Mestilah..orang nya ialah En. Nazir..hubby kesayangan..chewah~

4) Taken or single? Mana lebih bagus?

Of course lah taken..tak mo la single² sunyi..hehehe~

5) Pernah tak cinta anda tidak dibalas?

Tak pernah kot..saya yg tak membalas cinta org ada la..hehehe~

6) Ciri-ciri idaman gf/bf anda?Nyatakan 5

Idaman?? Alhamdulillah apa yg diidam dulu ada dlm diri dia sekarang ni.. dia selalu buat saya ketawa..joker gak En. Nazir tu..hehehe~ yg penting kami terima diri masing² seadanya..

7) Nak berapa anak?

Bergantung pada rezeki dari Allah.. kalau boleh nk 2 boys n 2 girls..sgt² suka anak kembar..mana tau ikut family sebelah En. Nazir..hehehe~

8) date of birth..

16 May, 1981 (Teachers’ Day)

9) Best present yg penah dpt?

Apa saja present yg saya dapat saya daripada En. Nazir saya rasakan best..hehehe~

10) Gift yg di impikan..?

Honda Jazz..ada siapa² nak sedekah??? Hehehe~

11) Fav colour

Black, Pink, Chocolate, Green, Orange,Blue

12) Fav numbers?

5

13) Best place yg ingin dijejaki?

MEKAH juga nak menyaksikan kebesaran Allah secara lebih dekat..

14) Rase bahagie bile…..

Dapat bersama² dgn En. Nazir dan semua family..

5 orang yang hendak di tag :

Umi Nawfal–>>@myleaMi@–>>FizaFidi–>>Zahidah–>>Syahza

post signature

Leave a Comment

Tag from Princess Redbloodsnow

Saya telah di tag oleh si cantik manis Princess Redbloodsnow
saya sangat admire dengan mata dia.. ;-p
tengah rajin nak menjawab tag..jadi tak perlu berlengah..
kelak basilah tag dari Zie ni..hehe~

1.Letakkan gambar profile anda:

Inilah gambar profile saya setelah berumah tangga..hehehe~
sebelum gambar saya seorang saja..gambarnya masih ada dalam simpanan saya..

2.Terangkan maksud gambar itu:

Maksudnya..gambar ini di ambil semasa hari pernikahan kami pada 18 Oktober 2008
hari bahagia kamilah kiranya ini..hari bahagia harus di abadikan..hehehe~

3.Kenapa pilih gambar itu?

Entah tak ingat kenapa..memang suka nak pilih gambar ni..apa yang penting blog ini milik kami berdua..

4.Nak tag siapa???

Saya nak tag:
saya juga malas nak meletakkan link.. aci tak?

Umi Sufira
Zahidah
Fiza
Siti
Umi Nawfal
Cdot
Dida
Anna
Ayu

**Nama2 di atas jawablah sekiranya ada masa terluang..macam biasalah kalau dah pernah menjawab abaikan saja..

Leave a Comment

I jumped on a pickle in my car because someone offered me 1,000,000 dollars

Tag yg dah berlapuk dari Mummy Dasy..tiba² teringat nak buat..hehehe~

Keep this going. Type out the sentence you end up with in the TITLE of your note and tag your friends.Have fun. 😀

Pick the month you were born:

January——-I kicked
February——I loved
March——–I karate chopped
April———-I licked
May———-I jumped on
June———-I smelled
July———–I did the Macarena With
August——–I had lunch with
September—-I danced with
October——-I sang to
November—–I yelled at
December—–I ran over

Pick the day (number) you were born on:

1——-a birdbath
2——-a monster
3——-a phone
4——-a fork
5——-a snowman
6——-a gangster
7——-my mobile phone
8——-my dog
9——-my best friends’ boyfriend
10——-my neighbour
11——-my science teacher
12——-a banana
13——-a fireman
14——-a stuffed animal
15——-a goat
16——-a pickle
17——-your mom
18——-a spoon
19—— – a smurf
20——-a baseball bat
21——-a ninja
22——-Chuck Norris
23——-a noodle
24——-a squirrel
25——-a football player
26——-my sister
27——-my brother
28——-an iPod
29——-a surfer
30——-a homeless guy
31——-a llama

What is the last number of the year you were born:

1——— In my car
2 ——— On your car
3 ———– In a hole
4 ———– Under your bed
5 ———– Riding a Motorcycle
6 ——— sliding down a hill
7 ——— in an elevator
8———- at the dinner table
9 ——– In line at the bank
0 ——– in your bathroom

Pick the color of shirt you are wearing:

White———because I’m cool like that
Black———because that’s how I roll.
Pink———–because I’m NOT crazy.
Red———–because the voices told me to.
Blue———–because I’m sexy and I do what I want
Green———because I think I need some serious help.
Purple———because I’m AWESOME!
Gray———-because Big Bird said to and he’s my leader.
Yellow——–because someone offered me 1,000,000 dollars
Orange——–because my family thinks I’m stupid anyway.
Brown———because I can.
Other———-because I’m a Ninja!
None———-because I can’t control myself!

Now type out the sentence you made, write ’em in my comment box and also as the TITLE line and tag your friends in the note!
I jumped on a pickle in my car because someone offered me 1,000,000 dollars

::tak mo la tag sape²::

Leave a Comment

Blog ku bukan blogmu.. ;-p

Telah di Tag oleh Mummy Dasy

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Life Dreams
♥My Minds ♥ My Thoughts ♥ My Feelings♥

Kerana blog ini banyak menceritakan tentang kehidupan serta impian saya, En. Nazir dan family..

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://herneenazirlife.blogspot.com/

Itulah link nya.. timbul idea setelah menemui En. Nazir..hehehe~ sebelum ni blog ni saya private kan.. public blog cuma menggunakan friendster blog sahaja..

3. Apakah ‘method’ penulisan dalam blog anda?

Method? Saya menaip apa saja yang saya rasa sesuai untuk di kongsi dengan kawan² bloggers.. kebanyakan nya tentang kehidupan saya..cerita tentang saya, En. Nazir & family kami..

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Setakat ini tak terfikir lagi..Sayang gila blog ni walau pun entah apa² entah..hehehe~

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?

Mummy Dasy.. dia ni classmate saya masa sekolah.. merangkap bestfriend dalam satu group yang sekepala.. sangat kecoh orangnya.. suka menjerit dari dulu sampai sekarang..hehehe~ ampun Long.. dah ada 2 orang anak.. walaupun rumah kami sekangkang monyet..tapi nak jumpa sgtlah susah..hehe~dia terror Maths tau..

Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.

♥ Shay ♥
♥ Herni ♥
♥ Yazeema – cinta abadi ♥
♥ Lady D ♥
♥ KeiraNazril ♥

Nota kaki: Kalau dah pernah jawab abaikan je lah..

Leave a Comment

I ♥ Your Blog Too!

Dapat award dari Mummy Dasy..
Saya ni kalau bab award cepat je kan..
kalau nak jawab tag..berzaman peram baru keluar n3 nye.. ;-p

The rules for the award:
Add the logo of the award to your blog.
Add a link to the person who awarded it to you.
Nominate at least 7 other blogs.

♥Princess Redbloodsnow♥
♥Ayu♥
♥Syahza♥

♥Herni♥ bukan saya okie..ni kembar nama..hehe~
♥Fiza♥

♥Shay♥
♥Hajar♥

>>>kalau pernah dpt sebelum ni..kira dpt double la ye..

Add link to those blogs on your blog.
Leave a message for your nominees on their blog.

**Nota kaki: Blog2 lain yg tersenarai kat ::I FOLLOW U:: pun layak dpt award ni..coz 7 tu ikut syarat nak 7 org..I Love Uols punye blog tau..hehehe~especially blog UMI SUFIRA, SITI, MUMMY DASY..


Leave a Comment

My Birthday Wish List TAG

Dah la menyepi rupe²nye byk tag yg kena di settlekan..Kali ni dari Umi Sufira..saya sgt excited nak wat..n harap² En. Nazir bace..hehehe..coz sempat lagi ade 2 bulan lagi kalau dia nak jadikan impian saya ni jadi kenyataan..hehehe..acah jek..
Here goes

1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) post the image of this award to your posting
4) give it to 10 frens of yours

*****************************************

My WL:

1) Honda Jazz hehehe..bila impian saya ni akan jadi kenyataan..Insya’Allah mane tau ade rezeki datang bergolek..ye tak..

2) Pakej Haji dan Umrah free..utk saya dan En. Nazir..nak menenangkan hati dan jiwa..huhu..syahdu hatiku ini..saya takkan lupekan En. Nazir..mesti bawak dia same..
3) Nak pinky lappy..Dell pun ok.. tapi kalau dapat Sony Vaio.. lagi saya suke..angan si minah jenin..

4) Melancong ke Pulau Sipadan..dari dulu sampai sekarang mmg teringin nak gi sane..

5) Barang kemas yang paling mahal kat dunia..tapi tak mo yg beso² gedabak..saya tak suke okie..

6) Sebuah bungalow atas name saya sendiri..yang terletak di suatu kawasan bukit yg ade air terjun..nyamannye..tapi takut ade momok..

7) Satu set penjagaan badan dan muka..luar dan dalam yg paling mujarab..supaya saya sentiasa nampak berseri²..hehehe..

8) Beberapa.. Seekar tanah pun cukup la..utk saya jadikan harta pusaka..

9) Sebuah handphone yg lebih canggih manggih dari yg sedia ada..hehehe..yg sekarang pun ok..kang kecik ati lak hp saya ni..

10) Nak shopping n nak makan best²..nak beli ape je barang yg saya idam²kan selama saya hidup ni..tanpa ade halangan n bantahan dari sesiapa pun..

Itu saje angan² minah jenin dari saya..saya harap En. Nazir tak semput bila bace list tu..kalau dia nak realisasikan impian saya ni pun masih sempat lagi..tak dapat 10 dapat 1 pun kira ok sgt tu..hehehe..sian En. Nazir..pening lalat terus bace WL wife dia ni..tu angan saya jek..saya tak pernah mengharap sgt..cukup ape yg ade..wahhhh..ayat nak syahdu plak..hehehe
Saya nak TAG
1) Lady D
2) Cdot
3) Anna Fauziana
4) Ayu
5) Syahza
6) Azam Ateh
7) Ariffudin Ateh
8) Wana
9) Fiza Fidi
10) Kelapadanorkid


Leave a Comment

Tag 4 angka

haranFrom Mummy Dasy

NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
1. Kak Long (kat umah)
2. Che’ Long (zaman sekolah)
3. Hernee (family En. Nazir..skema you..)
4. Heny (housemate mase zaman U)

MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
1. 16 May 1981 – My Birthday
2. 9 February 1980 – En. Nazir’s Birthday
3. 16 May 2008 – tunang dgn En. Nazir
4. 18 October 2008- Nikah dgn En. Nazir

THINGS YOU’VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. Blog hopping
2. SMS En. Nazir
3. Makan
4. Chit Chat dgn Ayu

GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. Honda Jazz (wahhh..berangan)
2. Pinky Lappy (Dell ke..Sony ke..)
3. Ape² je brg yg dibeli oleh En. Nazir (lebih kurang tiru ayat Mummy Dasy)
4. Kasut n handbag..

YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. Blogging (of course!)
2. Shopping / Window Shopping sama ngan Mummy Dasy
3. Kumpul syiling 50sen
4. Kumpul barang kaler pink

PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. Mekah
2. Pulau Sipadan
3. Yogjakarta (tempat adik saya Farid)
4. Langkawi

FAVORITE DRINKS:
1. Belimbing
2. Teh Ais
3. Fresh Orange
4. Horlick Ais (dek Lim..pakwe Ayu..hahaha)

THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM:
1. Air Cond
2. Handphone
3. Katil mesti ade
4. Lampu Tido

FAVORITE COLORS:
1. Pink
2. Black
3. Blue
4. White

TOP FOUR HANGOUTS:
1. AEON
2. Padini gaks..hehe
3. Giordano
4. Danga Bay Festive Street Mall

PERSON U LOVE SO MUCH:
1. En. Nazir
2. My Parents
3. My PIL
4. All My Family

“THINGS” SPECIAL TO YOU:
1. My En. Nazir..hahahaha
2. Barang² hantaran mase kawin
3. Hadiah² dari En. Nazir
4. My Home Sweet Home

YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
1. Anna Fauziana
2. Princess Red Blood Snow
3. Syahza
4. Fiza Fidi

(jawab ye kalau free..)

REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
1. Nak update blog..ade modal sket..
2. Boring tak de keje..
3. Tgh rajin..
4. Org dah tag kite..jawab je la..hehe..

fuhhhh..settle..

Leave a Comment

Tag 6th Photo

Ditag lagi oleh Umi Sufira..

Thanks ye Mimi..rajin betul die mengetag saya..

The challenge is :

– GO to your photos folder in your computer

-GO to the 6th Folder of your photos

-GO to the 6th photos in that folder

-Put the picture on your blog & description of it.

-Invite 6 friends to join the challenge

-Link them in your blog & let them know they have been challenged.



*Here goes…


Ni la gambarnye..

Gambar ni mase majlis kat rumah saya 18/10/08..

Saya memang tak pernah publish gambar ni kat blog..

Suke sgt tengok gambar ni..

tapi kalau anda semua perasan..

ade benda yg wat saya menyirap..hehehe~

penat je control cun n control jari nak wat bentuk luv..

cube tengok jari En. Nazir..

jari die yg punca nye bentuk luv tu tak menjadi..

En. Photographer pun tak tegur mase tu..

maybe die dah penat tak kuase nak melayan..

saya ingat ok jek..hehehe~

takpe la kan tu semua tak penting..

yang penting mase tu majlis berjalan lancar..

itu saje..

mangsa seterusnye..

1. Lady D

2. Syahza

dan sape ² yg rajin n sudi nak wat..



Nota kaki: Fuhhh..ade 2 hutang lagi..February Babies B’day & GH Updates (yg dah lapok)

Leave a Comment

Tag from Mummy Dasy

Lagi satu tag yg dah kena peram..

daha masak ranum dah ni..hehe~

kan saya dah janji nak settlekan semuanye minggu ni..

The rules are

1.copy and paste the question to your blog


2.answer it.. SIMPLE


The most sweet moments in your life?

married with my ever dearest hubby..Mohd Nazir Mahat..

(macam mimpi tau rasenye..coz mule ² saya adalah peminat senyap En. Nazir)

Named your idol?

Siti Khadijah R.A

What will you do if you’re the last person in this world?

OMG! Cry..cry n cry..huhu~ (kalau sempat lagi kena byk ² taubat..byk dosa woo)

The most important thing in your life?

FAMILY is my first priority..

Arrange marriage or love marriage?

love marriage.. (my parents takdenye nak arrange² or suh org lain arrange kn)

Eight things that you’ll bring along with you everyday?

1.Handphone

2.Wallet

3.Money


4.Office key


5.Pen drive


6.Car Key


7.Minyak Cap Kapak


8.Folic Acid Tablet

Eight things that you passionate about?

1.Money

2.Women Accessories


3.Foods


4.Perfume


5.Shoes


6.Tudung


7.Foods


8.Home Deco

Your favorite quote or wisdom words?

“If you love something, let it go. If it comes back to you, its yours forever. If it doesnt, then it was never meant to be”

Your best listener or advisor?

En. Nazir n Pn. Kasmah (my mom)

Romantic words or poem you wrote?

takde kot..

Ten love songs you been listening over and over again?

1.Laskar Pelangi -Nidji

2.Ayat2 Cinta – Rossa

3.Satu Penantian – Dwen

4.Penjaga Hati – Ari Lasso

5.Here Without You – 3 Doors Down

6.Lagu Kita – Aizat

7.Cuba – Faizal Tahir

8.Keep Holding On – Avril Lavigne

9.Jinbara – Patri

10.All My Life -KC & Jojo

Shoes size?

5

Named 5 your favorite perfume?

Body Shop- White Musk (dulu..kini & selamanye)

Avon – Smile

Bvlgari – Aqva

Kenzo – Flower

Burberry

Place you wanna visit?

of course Mekah..

Hugs or kisses or sex?

sensored ni..tak mo jwb!

The most expensive thing you owned?

entah ek..hp takde la mahal.. yg mahal saya ade En. Nazir kot..susah nak dpt ganti..hehehe

Your valentine gift?

tak mungkin ade..

The most weird birthday present you got?

setakat ni tak de..

People you wanna tag?

ANA, CDOT, FIZA, LADY D, MISS LADY..



Nota kaki: menitis peluh betina nak jawab..hehe~


Leave a Comment

Tag dari Fiza

Tag ni dari Fiza

(baru je kenal di alam maya)

hadoi rase sakit otak nak menjawab neh..

layankan jek la ek.. dah puas fikir ni je yg mampu kuar..

***The Rules***

Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah…(maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda… konon kreatif la tu!)

1.Anak Kunci kegunaan asal – untuk kunci pintu, laci dan apa2 yg berkunci
Kegunaan sampingan:-

Kadang² terbuat penggores top up card..hehehe~

2.Penutup Pen kegunaan asal – tutup pen, x nak kasi dakwat kering.
Kegunaan sampingan:-

ntah ler saya pun x penah menyeksa penutup pen ni..cuma mase skolah² dulu kadang² suke gigit penutup pen..

3.Botol Mineral kegunaan asal – tempat simpan air.
Kegunaan sampingan:-

botol mineral yg cantik wat koleksi..tak pun tmpt letak syiling 1 sen..yg tak cantik buang kan jek..

4.Paper lama kegunaan asal – leh digunakan utk buat draft paper
Kegunaan sampingan:-

wat alas kat dapur time makan..tak pun time nak ayak tepung wat alas kat mangkuk..hehehe~

5.Seluar ‘D’ lama kegunaan asal – pakai kat dalam bukan di luar.
Kegunaan sampingan:-

woits.. saya tak pernah wat fungsi lain..yg dah uzur pun saya simpan jek..

6.Lesung batu kegunaan asal – menumbuk belacan, dsb.
Kegunaan sampingan:-

mak saya letak kat belakang pintu..maybe petua org tua2 kot..hehe~

7.Langsir kegunaan asal – kehiasaan umah/keceriaan umah
Kegunaan sampingan:-

hahaha..tak penah aniaya langsir..tapi penah tengok ade org wat alas meja..kain langsir yg dolu2 pun lebih kurg kain wat baju..ape kate..tak cukup kain korang amik je lbihan kain langsir kat umah (saya tak pernah buat okie!) maka kite tidaklah membazir..itukan amalan syaiton..hehe~

8.Komputer ofis kegunaan asal – buat keja rasmi
Kegunaan sampingan:-

yg ni saya sama gak cam Fiza..kegunaan sampingan ialah..blogging..hehehe~ sgt tak sah rase kalau tak jenguk blog..dah cube tapi tak boleh..gatal jek tgn neh..hehe~ ampunkan saya bos~

9.Duit syiling kegunaan asal – nak lengkapkan duit kertas
Kegunaan sampingan:-

kadang2 wat gores kad top up gak..tapi saya sgt syg duit syiling ok..tiap syiling ade tabungnye..
esp.. syiling 50sen.. mmg hobi suke mengumpul..

10.Laman Blog kegunaan asal – menulis dan mencari sahabat lama dan baru. tukar2 pendapat
Kegunaan sampingan:-

menayang2 muke diri sendiri + hubby..menayang2 makanan bagi org lain terliur..

Ok tak jawapan saya tu..penat tu nak fikir..mindaku didera oleh Fiza..hehehe~
Skrg saya nak tag mereka yg di bawah..sila2..

1)Umi Sufira
2) Mummy Dasy
3) Siti
4)Dida
5) Cdot
6) Lady D
7) Kiera
8) Syahza
9) Ana

Okie..ni je kot..kalau korang yg kat atas ni ade free time wat ler..
kalau dah jwb juz ignore jek..
n sape2 yg tak tersenarai rase nak jwb pun di alu2kan..

Leave a Comment

Senarai semak

Senarai semak ari ni:

Saya ade utang kat blog ni..

1) Utang tag Mummy Dasy..
2) Utang tag Fiza..
3) Utang story GH yg blum ade ending..
4) Utang story BBQ for February Babies..
5) Utang gmbr kawin cousin..
6) Utang gmbr kawin sendiri.. (cam dah basi jek)

Saya cuba langsaikan this week gak..
Tanpa gagal!

(ayat poyo boss 7E mase saya jadi MT dulu..yaksss!)

Leave a Comment

The Letter ‘H’

Di tag lagi oleh ::Umi Sufira::
***********************************
The rules:
It’s harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don’t forget to post it!
***********************************
1. What is your name: Hernee (wanita sgt ramai gune name ni..huhu~)
2. Four letter word: Hard
3. A boy’s name: Harris (watak dlm novel Selagi Ada Dia)
4. A girl’s name: Hannan (name cousin Aien & ank buah Bariah)
5. An occupation: Headmaster (ok tak?)
6. A color: Hitam (tibe² jadi Melayu)
7. Something you’ll wear: Hat
8. A food: Hailam Mee (haha~versi mat saleh kan yat terbalik)
9. Something found in the bathroom: Hanger (yg sangkut tuala..kire halal aeh..)
10. A place: Hong Kong
11. A reason for being late: Hmmm..bangun lambat lagi..
12. Something you’d shout: Hampeh!
13. A movie title: Hantu Jeruk Puruk (ha? betul ke tu?)
14. Something you drink: Honey dew juice
15. A musical group: Headwind (suke lagu² dorang)
16. An animal: Hamster (saya sgt geli dgn hamster)
17. A street: Hang Tuah Street (kat Melaka kot)
18. A type of car: Honda Jazz (i like! nasib tkena..)
19. The title of a song: Hampir Ke Situ – Mendua (not my favvy song ok!)
.
.
Mangsa seterusnye yg nak di TAG:
1) Ana
2) Dida
3) Fiza
4) Wana
5) Syahza
6) Kiera
7) Zahid
8) Princess Redbloodsnow
9) Kelapadanorkid
10) Damya Hana
11) Lady D

dan sape² yg sudi menyakitkan otak utk berfikir..hehehe~
yg dah penah jwb wat tak tau je la yek..enjoy this tag!

Leave a Comment

TAG from Mummy Dasy

Tag ni dari ::Mummy Dasy::
Tak berapa nak berzaman sangat la..
Saya cuba langsaikan secepat mungkin..

5 THINGS:-

5 things found in my bag

Handphone
Kunci keta/office
Wallet
Perfume
Lipgloss/compact powder

5 things found in my wallet

Money
I/C
ING Card
Driving License
Hubby’s pix
5 favourite things in my room

My bed
Curtain
Aircond
Table frame
My ghobok solek..hehehe~
5 things I’ve always wanted to do

Makan dan makan lagi
Sleep (tanpa gangguan)
Changing my blog template..hehe
Shopping
Relax²

5 things I’m currently into

Blogging sampai lebam
Surfing the net gak
Reading novel (Selagi Ada Dia..belum khatam lagi)
no idea
xde idea
Next 5 person yang nak di TAG:

:: Che Yantie :: Syahza :: Miss Lady :: AzamSeed :: Arie ::

Nota kaki: Masa saya draft tag ni semalam..En.Nazir menyampuk..”resit² lama dalam beg tu tak nak masuk kan sekali?” huhu..berdesing telinga gue..hehe

Leave a Comment

Romantic Movie TAG

Saya telah di TAG oleh ::Umi Sufira::
Dah lame gak terperam..sukar untuk dijawab..hehe~
rase berpeluh² nak fikir..poyo jek kan..
Buat pengetahuan kawan² saya bukanlah kaki wayang..
kalau tengok pun vcd jek..
dan yang paling menjakunkan (kate cousin saya)
sepanjang 27 tahun hidup kat dunia ni..
saya tak pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang..
kasian deh lohhhhh..hehehe~
xpe la orang nak cakap saya jakun..
saya memang tak berminat nak ke panggung wayang..
nasib baik la saya dapat hubby yang sejakun saya..
En.Nazir pun tak suka tengok wayang..hehehe~
(ni dah macam sesi luahan perasan jek..)

Movie yang kalau boleh nak di share ngan En. Nazir
adalah seperti dibawah..(ayat skema)
layanzz..

***** The Rules*****

Please copy the following rules in your post (as usual) 1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.. 2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.. 3. You have to tag another 5 person to answer this tag

1) Save The Last Dance
2) A Walk To Remember
3) 50 First Dates

4) Serendipity

5) How To Loose A Guy In 10 Days

Banyak lagi movie yang saya suka..
Tapi rules of this tag nak 5 jek..hehehe~
Yang lain² tak payah le..ni pun nak migraine fikir..hehe~

Sekarang saya nak panjangkan tag nie kepada..

:: Keira Nazril ::
:: Arie ::
:: Syahza ::
:: Miss Lady ::
:: Kelapadanorkid ::

Leave a Comment

Older Posts »