Archive for From The Bottom Of My Heart

Cerita Ringkas Yang Menyentap Jiwa

hari ini saya menyedari sesuatu..
saya dilahirkan pada165..
apa kaitannya?? biarlah saya memahaminya sendiri..
semoga ada keberkatan di situ..
setelah membaca email yang di forward oleh En. Nazir..
email berkenaan dengan staff di sini..
yang baru saja kembali ke Rahmatullah Sabtu lepas (kebetulan 165)..
tak perlu saya nak tepek email tu di blog..
tapi bila baca cerita rakan dari HR yang melawat ibu arwah..
saya rasa nak menitiskan air mata..
ibu arwah menceritakan kelakuan arwah sebelum pergi..
arwah sempat ke ESQ 165 Batch 1..
dan banyak perubahan berlaku ke atas dirinya..
Allah masih memberi dia peluang untuk bermuhasabah diri..
sebelum menemui Sang Pencipta..

saya tertanya sendiri..
adakah saya akan menjadi bertuah seperti ini..
Wallahu’alam.. Allah saja yang tahu..
semoga 165 itu memberi kesan pada diri saya..
bukan nombornya..
tapi maksud disebalik nombor itu..
Amin.. Insya’Allah..

[Pagi tadi saya beriya bawa USB cable..konon nya nak update gambar dating dengan En. Nazir..sekali check dalam handbag..camera tak bawak pula..lepas tu nak tayang kue tiaw goreng..USB cable hp pun tercicir di rumah..esok saja lah saya update ya..]

post signature

Leave a Comment

Nasib Baik Dia Tak Juara

Ini cerita pasal Konsert AF7..
tadi saya keluar dating dengan En. Nazir..
entry nya esok je lah..mata dah ngantuk..hehehe~
sempat juga saya tengok Konsert AF7..
saya bukan peminat fanatik..tidak sama sekali..
nasib baik lah si AWOK tu tak jadi juara..
tapi tetap naib juara..ada gak perkataan “juara” nya tu..
dah rezeki dia kan..kalau dia jadi juara macamana agaknya ek???

Itu saja yang saya nak merapu..
malas nak cakap panjang..
boleh mendatangkan dosa..
Astaghfirullahal’azim..

post signature

Leave a Comment

ESQ Review

Salam semua..

Maaf kerana membuatkan ramai tertanya² ke mana saya menyepi..
saya masih disini..menjalankan rutin harian..
sebagai seorang hamba di muka bumi Allah..
macam yang dah diberitahu..
8-10 Mei saya sibuk dengan ESQ Way 165..
dan hari ni saya nak berkongsi pengalaman saya..

Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur..
Allah masih memberi peluang kepada saya..
walaupun saya kadang alpa dengan kurniaannya..
saya bersyukur sangat² company menganjurkan training ni..
sekurang²nya..dapat menyedarkan diri saya dari terus
di belenggu dengan perkara negatif dalam diri..

3 hari yang saya lalui sangat² menginsafkan..
terasa diri saya terlalu kecil di hadapan Allah..
lebih kecil dari debu²..
sukar nak meluahkan rasa ni..
Allah masih bagi saya peluang untuk memperbaiki diri..

Ingatlah..
hanya Allah yang Maha Esa..
cintailah Allah lebih dari kita mencintai yang lain..
ingatlah Dia..sesungguhnya Dia tidak pernah melupakan hamba-Nya..

Jiwa merasa tenang dengan mengingati-Nya..
insya’Allah.. segala masalah akan saya hadapi dengan senyuman..
kerana saya tahu..Allah itu Maha Mengetahui..
semoga Allah merahmati dan mengampunkan dosa²..
saya, suami, kedua ibu bapa kami..
seluruh kaum keluarga kami dan kawan² kami..
tidak kira di mana kita berada..Amin..

Kepada kawan²..
sekiranya anda berpeluang untuk ke program ESQ ini..
jangan sia²kan peluang yang ada..

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari.. Demi bulan apabila ia mengiringi.. Demi siang hari bila menampakkan dirinya.. Demi malam apabila ia menutupi.. Demi langit beserta seluruh binaannya.. Demi bumi serta yang ada di hamparannya.. Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.. Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.. Beruntung bagi yang mensucikan-Nya..Merugi bagi yang mengotori-Nya … Subhanallah

post signature

Leave a Comment

"aku xtau ko nih islam ke x?"

Apa perasaan korang kalau orang mempertikaikan keISLAMan korang???
ini terjadi kepada saya.. baru sekejapan ni..
si M***kuk yang saya ceritakan semalam tu reply email saya..
dia cuba menaikkan darah saya.. ni ayat sopan dia..

“aku xtau ko nih islam ke x?”

sebelum tu dia ada kata saya tak jawab salam dia..
saya rasa dia yang pekak badak..
jauh sangat melencong dari tajuk claim kan..
dah tak puas hati salam pun jadi isu..

terkesima saya bila orang bagi soalan macam tu..
siapa dia nak tentukan keISLAMan saya..
siapa dia nak menilai saya..
walau macamana pun saya dah pun settlekan claim dia..
Mint nasihatkan supaya tak payah buat..
saya malas nak panjangkan cerita..
biarlah dia.. tak kuasa saya nak melayan orang macam ni..
semoga Allah lindungi saya dalam apa jua keadaan..Amin2..

[Nota sedih berwarna biru: Sedih pulak hati saya bila org cakap macam ni]

post signature

Leave a Comment

Hilang SABAR

Hari ni rasa hilang tahap keSABARan saya.. rasa nak jerit kuat².. kat lubang telinga orang² yg menyebabkan saya hilang rasa sabar ni.. rasanya macam nak deal dgn binatang kat zoo lagi baik.. Sabar Hernee..sabar..dugaan semua tu..

Jangan tanya di mana Hernee pukul 5.30pm ni..
Goodbye Office!!!!

post signature

Leave a Comment

Sila Jangan Jemu

Sila jangan jemu..jika jemu skip entry ini..

Semalam impian saya dah tercapai..
tapi kesian En. Nazir..masih mengharap..
walaupun pihak HR dah benarkan untuk tukar sesi..
tapi boss dia pulak yg berkepala batu..

En. HR yg budiman dah setuju dengan alasan itu..
malang nya..dia mesti mendapatkan persetujuan boss En. Nazir sendiri..
boss yang sentiasa bertitik noktah di hujung ayat..
sehinggakan En. Nazir hilang kata²..
ahhhhh..kesian sungguh suamiku..

wahai Encik² bagi lah pelepasan untuk kali ini..
bukan pelepasan shift yg kami mahukan..
pelepasan untuk tukar sesi training..itu saja..
selama ini En. Nazir tak pernah menolak..
kali ini..untuk kali ini..pleaaaaaaaaaaaseeeeeeee..

andainya titik noktah itu tak boleh diubah menjadi koma..
En. Nazir terpaksa pergi..
saya??? pergi lah ke majlis itu sendiri mewakili..
kerana janji tetap janji..

post signature

Leave a Comment