Archive for Ayat² Skema

Bila Kau Di Atas Jangan Lupa Yang Di Bawah

**Entry ini mengandungi Ayat² Skema empunya blog..untuk seorang EXCKUTIP yang lupa diri..walaupun dia tak mungkin membacanya..sila skip jika anda tidak sudi membacanya..

Kawan..
Bila kamu di atas..
jangan kamu caci maki yang di bawah..
kerana suatu masa dulu kamu pernah sama² di bawah..
tidak hina menjadi yang di bawah..
malah akan jadi hina bila yang di atas itu lupa diri..
lupa asal usulnya..

pangkat, harta, rupa akan hilang sekelip mata..
jika yang di atas itu terlalu angkuh..
jangan asyik mendabik dada..
jangan asyik menuding jari..

pendidikanmu tak terlalu tinggi untuk dijaja..
bukan aku menidakkan kebolehanmu dan kepandaianmu..
tapi aku jadi jemu dengan keangkuhanmu..
jangan sampai kamu tersepak batu..
kelak hilang ilmu mu itu..

hidup umpama roda..
mungkin hari ini kamu di atas..
esok lusa siapa tahu..
mungkin sebaliknya berlaku..
AKU DI ATAS KAMU!!!

Nota Biru: Dia BUKAN lah sahabatku..hanya rakan sekerja yang sombong dan bongkak!

post signature

Leave a Comment

Sila Jangan Jemu

Sila jangan jemu..jika jemu skip entry ini..

Semalam impian saya dah tercapai..
tapi kesian En. Nazir..masih mengharap..
walaupun pihak HR dah benarkan untuk tukar sesi..
tapi boss dia pulak yg berkepala batu..

En. HR yg budiman dah setuju dengan alasan itu..
malang nya..dia mesti mendapatkan persetujuan boss En. Nazir sendiri..
boss yang sentiasa bertitik noktah di hujung ayat..
sehinggakan En. Nazir hilang kata²..
ahhhhh..kesian sungguh suamiku..

wahai Encik² bagi lah pelepasan untuk kali ini..
bukan pelepasan shift yg kami mahukan..
pelepasan untuk tukar sesi training..itu saja..
selama ini En. Nazir tak pernah menolak..
kali ini..untuk kali ini..pleaaaaaaaaaaaseeeeeeee..

andainya titik noktah itu tak boleh diubah menjadi koma..
En. Nazir terpaksa pergi..
saya??? pergi lah ke majlis itu sendiri mewakili..
kerana janji tetap janji..

post signature

Leave a Comment

Dugaan di pagi hari

(ihsan: www.darussyifa.com)
Ya Allah..Kau tingkatkanlah tahap kesabaran hambamu yang lemah ini..
Jauhkanlah aku dari menghadapi segala tekanan dalam hidup..
Amin2..

Sedaya upaya yang boleh saya nak mengelakkan dari berhadapan dgn stress yg melampau..
saya dah mencuba dan akan terus mencuba utk mengawal segala perasaan saya..
tapi ade saje dugaan yang datang..
saat saya dgn hati yg tenang nak meneruskan kerja di ofis..
ade je hamba Allah yang merosakkan mood pagi saya ni..
Saya di ganggu oleh hamba² Allah yang tak pernah kenal erti “SYUKUR”
malas nak bercerita panjang..menambahkan dosa saya yang dah banyak ni..
sekurang²nya saya dapat meluahkan rasa hati saya di sini..

Leave a Comment

Dari-Nya Kita Datang, Kepada-Nya Kita Kembali


Tadi sempat juga saya menziarah jiran yang lebih dulu
menyahut seruan Illahi.. Innalillahi wa’inna illaihiraji’un..
walaupun saya bukanlah saudara arwah..
tak salah rasanya memberi penghormatan terakhir..
Alhamdulillah saya lihat ramai yang hadir..
sambil menyedekahkan Al-Fatihah..
Arwah katanya menghidap penyakit jantung..
tiba² saya teringat ayah saya..
dia juga pernah menghidap sakit jantung..
setahun yg lepas dia terlantar di hospital..
(Ya Allah.. panjangkanlah umur ayahku)
sekarang Alhamdulillah..dah beransur pulih..
Apa yang saya lihat tadi amat² menyahdukan..
walaupun arwah berlainan agama..
ibu dan sanak saudara arwah tetap memberikan
penghormatan yang terakhir..
salah seorang adik arwah juga memeluk agama Islam..
masih setia membelai ibunya yang kesedihan..
ibu yang sedih kehilangan anak tersayang..
buat pertama kali saya menyaksikan episod kehidupan
dari sudut agama yang berbeza..
“Sesungguhnya..pertalian antara ibu dan anak takkan
pernah terpisah walaupun berlainan agama..”

Terbayang di ruangan mata..
Andai sampai masanya.. kita juga akan dijemput..
menghadap yang Maha Esa..
sampai masa kita juga akan pergi..
pergi meninggalkan dunia yang fana ini..
Apakah kita sudah bersedia..
Semuanya adalah ketentuan Allah..
Bersedia atau tidak tak perlu kita pertikaikan..
Yang penting selagi mampu berusahalah menambah
amalan hidup supaya cukup bekalan di sana nanti..
Sekadar mengingatkan diri sendiri yang masih tercari² keredhaan Illahi..
dan juga ingatan kpd suami, keluarga dan kawan² yang terbaca..
sama²lah kita memperbaiki diri kita ini..

Me n Ana..(ni kat depan umah kitorg..bukan kat rumah si mati)

Leave a Comment