Archive for Jalan²

Ber’dating’ di Pantai Sg. Lurus



aktiviti biasa bila balik kampung. ronda-ronda kampung sambil hirup udara pantai sungai lurus. kadang-kadang sambil makan-makan. petang sabtu sebelum ke rumah SIL sempat juga kami ke pantai. saja ambil angin. tapi ada ke orang bersiar-siar pukul 3 petang masa matahari panas terik? hehehehe~ asal boleh je kan. yang penting dah lama tak ke sini. kami dah tak kira panas ke tidak. MIL pun ada tegur ada ke bersiar kat pantai waktu panas-panas. tapi kami tetap juga degil. saja releas tension masa cuti ni. bukan selalu pun dapat cuti sama.

post signature

Leave a Comment

Nak Melawat Pasar Malam

Sedang berkira-kira.

Nak ke pasar malam atau pun tak.

Niat memang nak makan nasi kerabu + tongkeng ayam + ayam madu + kebab daging.

wah panjangnya list.

Tengoklah kalau mood ada saya lawat pasar malam.

Saya nak cari ‘Ilham Hati’ juga!

post signature

Leave a Comment

Jalan-jalan di Puteri Harbour

Entry ni pun dah lama terperap. Kalau dibiarkan lama takut jadi jeruk ;-p 2 minggu lepas saya dan En. Nazir sempat berjalan-jalan ke Puteri Habour, Nusaja. Saja nak meninjau perkembangan pembangunan di sini. Best tempatnya, nyaman. Masa kami datang tu ramai juga orang-orang lain yang ada, especially Singaporean. Banyak lagi kawasan yang nak dibangunkan.

Layankan aje muka tuan punya blog ye. Untuk tatapan kawan-kawan di hujung minggu. Kalau rindu saya boleh tatap gambar kat blog ni. hehehe~ Perasan betul!

Model lelaki yang cuba mengontrol hensem mengambil alih. hehehe~


Model perempuan ni memang dah biasa gi photo shoot. hehehe~ Ada sorang minah ni comel je photographer mungkin. Yang saya perasan dia ada snap gambar saya. Cheh~ perasan pula. Tapi bukan saya yang perasan syok sendiri, En. Nazir pun nampak tak caya tanya dia. hehehe~ Bayar royalti dik oi.

Memang cantik pemandangan di sini. Dekat sangat dengan tempat latihan askar Singapura. Kiranya melintas sungai yang tak berapa lebar dah boleh sampai ke Singapura. Bunyi tembakan pun jelas sangat. Siapa-siapa yang belum ke sini lagi, bolehlah berkunjung kalau free. Saya bukan duta Puteri Habour ye, saja nak mem’promote’ tempat sendiri. hehehe~

post signature

Leave a Comment

Dating Bersama En. Nazir

Sebelum memulakan cerita basi ini.. sila maafkan saya kerana menangguhkan cerita ini.. hari ini saya berjaya melawan kemalasan semalam..tahniah kepada saya.. hehehe~
Hari Sabtu lepas adalah HARI TUA saya.. jadi En. Nazir memang dari awal dah janji nak ajak keluar dating..hehehe~ mulanya kami rancang yang dia akan ambil saya di New York Hotel selepas tamat program.. malangnya.. saya hanya merancang.. Allah yang menentukan.. saya demam dan saya terpaksa membatalkan niat nak mengikuti program itu.. jadi rancangan pertama juga batal..
Rancangan kedua, selepas balik dari kerja kami akan keluar makan.. ke mana? Pizza Hut AEON Bukit Indah saja.. tempat paling dekat.. memandangkan esoknya En. Nazir masih bekerja dan saya masih kurang sihat.. kami memilih untuk ke sana saja.. petang tu saya gigih makan ubat.. nak memastikan saya dapat ber’dating’ malamnya..hehehe~ siang harinya saya tak masak langsung.. pagi saya hanya masak bubur.. itu pun berpaksa nak makan.. oleh kerana nak makan ubat saya telan juga.. kalau ikutkan dah terkeluar semula.. bila tengahari rasa dah sihat sikit.. terus ke rumah mak.. kebetulan ada kerang.. maka sesi jamah menjamah pun berlaku.. jamah ke? bukan makan aeh? hehehe~
Selepas maghrib saya dah bersiap sedia.. tunggu En. Nazir balik dari kerja sambil tengok tv..ooohhhh.. malam ni ada Konsert akhir AF7.. nampaknya saya tak dapatlah tengok.. biarkanlah bukan penting pun.. bukan dapat apa-apa pun dari AF7 tu.. malah boleh dapat dosa bila tengok Aril perform..hehehe~
Jam sudah menunjukkan jam 8.45pm.. kami pun terus keluar rumah.. memandangkan masa yang singkat.. kami terus menuju ke Bukit Indah..En. Nazir memandu dah mengalahkan pemandu F1.. akhirnya kami sampai dalam pukul 9 lebih..

Kami memilih untuk makan pizza yang baru.. BIG SHOT PRAWN PIZZA.. not bad.. makanan tambahan yang mesti order.. chicken wings.. garden salad.. apa lagi ek lupalah.. makan pun ala-ala orang yang tak pernah jumpa makanan.. memang lapar sangat rasanya..
Selesai makan kami terus keluar memandangkan Jusco dah nak tutup.. sempat singgah kedai jual pokok bunga..saya sempat beli pokok keladi yang ditanam dalam air beserta jeli.. saja nak menghias rumah..hehehe~ lepas tu kami terus balik ke rumah..
Kami sambung ber’dating’ dan bersantai di rumah.. sempat juga lah tengok Konsert AF7 yang akhir-akhir tu.. esoknya ada ulangan tu yang tak heran sangat.. sambil-sambil tengok AF.. sambil buka blog.. standby untuk capture Winner untuk Top 5 Commenters.. En. Nazir pula dah kepenatan sampai terlena di sofa.. saya paksa dia bangun tengok keputusan AF7.. dengan mata kelat-kelat dia bangun..hehehe~

Wajah saya di HARI TUA.. masih maintain muda kan? umur hanyalah angka.. hehehe~ Astaghfirullahal’azim.. saya paksa En. Nazir untuk snap gambar ni..

Ini hadiah daripada En. Nazir.. dia sempat bagi sebelum dia pergi kerja pagi Sabtu.. saya tak tahu bila dia beli.. munglin dia pergi senyap-senyap tanpa pengetahuan saya.. sama lah masa saya nak belikan hadiah untuk dia..hehehe~ sampai tempat kerja dia sms saya.. dia kata itu saja yang dia mampu untuk bagi saya.. saya tak kisah pun.. saya terima apa saja dari En. Nazir.. saya tahu tahap kemampuan dia.. bukan harta benda yang saya harapkan.. apa yang ada sekarang ni dah mencukupi.. saya tetap bersyukur.. ucapan “Selamat Ulangtahun” itu pun dah cukup membahagiakan saya.. En. Nazir memang tahu saya peminat PINK jadi dia belikan saya brooch dan gelang tangan berpermatakan batu PINK.. Thanks sayang!!!
[Nota Putih: Selesai sudah hutang cerita ‘dating’.. saya sedang menanti detik 1.00pm.. tak sabar nak keluar makan dengan Geng Makan + Munirah.. kawan baru yang belum sempat saya ceritakan]

post signature

Leave a Comment

Thai Relaxing Foot Massage

Okeh..ini adalah entry yg saya janjikan..
cheh~ macam lah ada orang yang menanti nak baca..

Lepas makan di McD..
kami ronda² kat ground floor..
itu yg terjumpa booth Thai Relaxing Foot Massage ni..
saja nak mencuba..kebetulan memang tumit kaki di sengal²..
saya malas nak cuba..saya pengGELI..hehehe~

Baru berdiri baca² dah kena goda dgn Makcik Thai ni..
En. Nazir ambil foot massage..30 minit saja..RM25..
saya menunggu je sambil merayau..hehe~
baguslah cara dia urut tumit kaki tu..
siap guna entah kayu apa entah..
cucuk² dekat tumit kaki..
Makcik Thai ni asyik tanya En. Nazir…
“Sakit?” dengan loghat Thai dia..
Saya gelak je tengok kan..

Macam² gaya Makcik Thai ni urut..
beletup letap..jari kaki En. Nazir kena tarik..
kalau saya yang kena urut kat tapak kaki tu..
confirm terjerit geli..hehehe~

dah siap dalam masa 30 minit..
kami pun keluar dari kedai dia..
seboleh²nya dia hasut urut 1 jam untuk 1 badan..
lain kali je lah ya..
kami nak balik..dah letih sangat dah ni..

post signature

Leave a Comment

Last Episodde of Huha²

Lepas makan kami terus ronda²..
sekali sekala kan..sebenarnya sebelum makan kami dah tersangkut di Padini..
sempat lah saya menyambar sepasang sandal Vincci..
kasut ni dah lama saya nak beli..
tapi mase tu stock untuk warna hitam dah habis..
alang² dah terjumpa ni..terus beli..

lepas satu kedai..satu kedai kami masuk..
namun saya masih tak beli hadiah untuk Azie..
yang saya paling ingat mak suruh beli..
blender punya glass..itu penting!
kalau tak mak saya membebel 5 hari 5 malam jawabnya..
ampun mak.. ;-p

Seed dan Dida nak beli pergi Sox World..
nak cari stokin katanya..saya ikut saja..
jeling² juga di kedai accesories..
tapi tak beli apa pun..

pusing² masih takde idea..
akhirnya saya masuk semula ke Living Cabin..
beli kan Azie bekas potpuri ini saja..
saya beli dua..sebenarnya ada 2 orang kawan saya naik pelamin dalam bulan ini..
dua² namanya Azie..sorang bff masa sekolah (5/4) sorang lagi bff masa zaman U (25/4)..
alamak terkantoi sudah..minta² Ajie tak view blog dalam masa terdekat ni..hehehe~

Hari ni juga sebenarnya Anniversary Day mak dan ayah Seed..
Happy Anniversary Pakcik n Makcik..
so dia nak belikan kek untuk meraikan mak dan ayahnya..
saya pun memang merancang nak belikan something untuk En. Nazir..
mula² plan nak ke Big Apple..akhirnya kami ke..


saya belikan En. Nazir Chocolate Indulgence 2 slice saja..
sangat sedap rasanya..heaven!
rasa macam nak ajak En. Nazir makan di sini..
tiba² mengidam tengok Spagethi Meatball..
nasib baik kami dah kenyang..
kalau tidak..hehehe~

lepas membeli kami terus keluar..
suami Dida dah menunggu kami di Kip Mart Tampoi..
dia nak tumpang balik..dia dari Tampin..
balik ke Johor nak jumpa isteri terchenta.. ;-p

kat bawah itu lah barang² yang saya beli..
mula² janji dengan En. Nazir nak beli hadiah Azie saja..
tiba sana.. yang tak dirancang pun saya beli..hehe~
ampun kanda..dinda terlajak berbelanja..ahaks~

impian nak beli Water Dispenser berbentuk gajah pink yang comel terlaksana akhirnya..
dah lama saya nak beli gajah pink ni..tapi tangguh²..
rupanya Seed pun ada gajah yang sama..
saya letak gajah ni dalam bilik tidur..
senang malam² nak minum tak payah turun ke dapur..


saya sangat gembira berhuha² dengan kawan² baik saya ini..
harap² lepas ni dapat keluar lagi..
semenjak kahwin yang dah nak masuk 6 bulan..
ini pertama kali saya keluar macam ni dengan kawan²..
bukan En. Nazir tak benarkan..
tapi tak terrancang pula..

Alhamdulillah..En. Nazir sangat memahami..
dia tak pernah halang saya untuk jumpa kawan..
asalkan pandai menjaga diri dan status yang ada..
dia pun punya kawan..dan saya tak pernah halang dia..
ada masa kami perlu bersama kawan²..
thanks to En. Nazir~

untuk Seed dan Dida..
terima kasih kerana meluangkan masa dengan kawan awak ni..
lain kali jumpa lagi..
dan untuk kawan² yang lain..
nanti kita keluar sama² pulak ya..

Leave a Comment

Menjamu Selera di Nandos

Sesampai kami di Bukit Indah..
hujan lebat sangat..pusing beberapa kali..
tapi masih takde tempat yang sesuai..
mengenangkan Seed ni preggy..
saya kena lah mencari tempat yang tak berapa jauh..
kesian pula nanti dia kena berjalan jauh..

ada juga niat kami nak salah guna kemudahan awam..
rasanya macam nak parking di kawasan disabled people saja..
tapi takut pula..nanti tengah dok shopping..
ada yang buat announcement..

“Perhatian kepada pemilik kereta JJD 9297 sila alihkan kenderaan anda, kerana kami mendapati bahawa anda bukanlah pelanggan kurang upaya”

;-p

ini yang otak saya terfikir..
jadi kami terus je parking di kawasan lain..
memandangkan hujan dah beransur reda..

mula2nya kami plankan nak makan di McD..
bila dari luar kami nampak Nandos..
tiba2 Dida plan ubah lokasi..
saya dan Seed on saja..
janji saya makan..hehehe~

dah terlalu lama rasanya saya tak ke Nandos..
kalau dulu masa study di Melaka..
pernah juga makan di Nandos..
bagi Dida..ni memang favvy dia..

ini dia penggemar sejati Nandos..
saya tak tahu apa motif dia tutup badan..
tapi dalam hati saya sudah sedia maklum..
hehehe~ kerana dia selalu suka cover badan atau muka..

si pencinta Nandos memilih 1/4 Chicken with Coleslaw & Peri Chips..
pilihan perasa nya sudah tentu.. Extra Hot..dia suka pedas2..
minum air mineral saja..

si empunya blog ini..
yang selalu mengembangkan hidung..
juga tak sabar nak menikmati makanan..

dengan semangat waja..kerana terlalu lapar..
si empunya blog memilih untuk makan 1/4 Chicken with Coleslaw & Peri Corn..
pilihan perasa hot saja..juga memilih mineral water..
kerana beliau telah lama melupakan carbonated drinks..
untuk memilih Milo Ice..rasa seperti kemuakkan..
beliau fikirkan Peri Corn tu macam corn di Kenny Rogers..
rupanya..beliau terpaksa bertungkus lumus mengokang corn itu..

si Mak Buyong yang cute ni juga sangat teruja memilih makanan..
jangan tanya saya kenapa dia menutup kepala dengan buku menu itu..
walaupun saya sudah tahu jawapannya..
itu rahsia kami.. syyyyyyyyyy.. ;-p

Seed memilih 1/4 Chicken with Coleslaw & Peri Potato Salad..
pilihan perasan yang Mild saja..ibu mengandung tak boleh makan pedas2 ya..
dan memilih Milo Ice.. actually dia mengidam carbonated drinks..
harap besabar sehingga kelahiran bayi comel..

sangat enak ya kawan2..
ditambah dengan perisa2 tambahan ini..
semakin terangkat kepedasan..
tapi saya tak berani makan terlalu pedas..
Dida yang gila pedas..takde masalah untuk menambah kepedasan..

Sempat gossip itu dan ini..
sambil2 menahan pedas..
rasa macam sambil gossip sambil cili mulut sendiri..
hehehe~

tapi kami tak mengumpat tau..
kami berkongsi cerita masing2..
maklum lah nak kumpul ramai2 sangat susah..
masing2 ada hal sendiri..

Sebelum keluar dari Nandos..
kami diminta untuk mengisi borang penilaian staff..
staff yang melayan kami..


We don’t want to be a chicken!
so we say something!

Ini tugas Dida..
dia yang tukang evaluate..
tapi dia bagi yang elok2 saja..
most of the answer dia letak excellent..

tiba ruang nama staff..
kami sangat tak perasan nama staff itu..
nasib baik lah empunya blog ni suka snap gambar secara curi2..
dapat juga merujuk gambar itu..
tapi malang sekali namanya tak jelas..

kami buat taktik kotor..
masa dia lalu tepi meja kami..
saya sempat tengok name tag dia..
ooohhhh..itu nama dia..


Ini dia staff yang di evaluate oleh Dida..
Mai namanya.. ok la..tak berapa mesra alam sangat..compare dengan yang lain..

tapi still dappat excellent okie..
baik betul hati Dida ni..
selepas makan kami terus ke tujuan asal mencari hadiah..
ada lagi cerita sambungan ya..
stay tuned!

Leave a Comment

Angsana..Angsini ;-p

Sekarang barulah saya bersemangat untuk meng’update’
semalam saya cuba untuk update tapi gambar tak boleh upload..

Hari Sabtu lepas..seperti yang kami rancang..
saya.. Dida dan Seed berjimba bertiga..
Mummy Dasy tak dapat join..
memang dia cuti tapi hubby dia takde..
dia malas nak bawa hero dan heroin dia sekali..
masing2 ada tujuan tersendiri..
saya nak belikan hadiah untuk my bff Azie..
Dida pula nak belikan hadiah untuk hubby terchenta..
Seed..saya rasa dia nak cari bag untuk baby..
saya nak ke AEON Bukit Indah..
tapi Dida pulak nak ke Angsana..
so untuk berlaku adil..
kami ke Angsana dulu..

Sampai Angsana dalam pukul 1 lebih..
parking sgt full okie..
ramai sungguh orang hari ni..
mungkin kerana ada Karnival Pengajian Tinggi..
perut saya dah berbunyi minta di isi..
maklum lah tadi tak sempat lunch di rumah..
pagi saya sibuk menolong En. Nazir membersihkan rumah..
itu yang terlambat keluar..plan asal pukul 11am..
tapi saya terlewat pula..sorry frenz..

Saya bukanlah pentingkan diri sendiri..
saya simpan dulu perasaan lapar ni..
kami terus menuju ke Silver Planet..
hajat Dida memang nak ke sana nak mencari baju untuk En. Aman..

Dida tengah khusyuk memilih baju..
dia tak sedar yang saya dok snap gambar dia ni..
adat membeli belah.bila ada yang kita suka..
mesti saiznya pula yang tiada..
at last Dida dapat pilih dua helai baju yang menepati citarasadia..


this cute Mak Buyong, Seed.. sempat gak membeli tudung..
dia pesan supaya saya tak upload gambar ni..
kerana dia tidak memakai tudung ye..hehehe~
saya bagitahu yang saya akan edit supaya cover kepala dia..
tapi bila dah edit tak nampak pula cute nya..hehehe~
ampun ye Seed..ter’upload’..


sementara menunggu Dida memilih baju..
kami pun cuci mata dalam kedai tu..
cute pulak selipar2 yang di jual ni..
colourful pulak tu..

bila dah siap Dida membeli..
kami plan nak makan di McD..
tapi harap maaf ye..semua fast food restaurant penuh..
penuh dengan orang yang nampak macam serabut kepala otak..
kami ubah plan..makan di Jusco saja..
saya masih cuba kawal lapar ni..

sampai di Food Court level 5..
kami beli sedikit makanan untuk alas perut..
goreng pisang, keropok lekor keras dan pulut berlauk..
Dida membeli vadey kegemaran dia..

kami terus menuju ke Bukit Indah..
plan asal nak makan di McD terkubur..
kerana.. penggemar Nandos ada di situ..

cerita pasal makan next entry ye..
stay tuned!

Leave a Comment

Bercanda Di Pasiran Pantai..ahaks!

Sebelum meneruskan perjalanan balik ke GP..
chewah ayat~ kami sempat singgah ke Pantai Rekreasi Punggur..
masih lagi dalam kawasan Batu Pahat..Rengit kot..
saya belum jelajah seluruh BP..masih fail peta BP.. ;-p
Saja ambil angin..sekali sekala nak bercanda dgn En. Nazir..
Hari Ahad ramai juga orang datang ke sini..
Mungkin ada yang memancing.. ada juga anak² kecil yg mandi manda..
haiikkk? air surut pun mau mandi kaaaa? hehehe~

ni masa baru sampai..cheh~
kenapa lah muka saya terkepit macam tu ye..hehehe~

aksi yang muak untuk anda lihat..hehehe~
tapi saya tetap nak tayang muka..


anak siapa la ni ek?
dah puas main pasir..dia duk depan anak sungai pulak..
nak terjun ke apa tu..ke tengah fikir nak buang air kat mana.. ;-p
tengah² meronda dan bercanda di pasiran pantai..
tiba² mata saya terjahat skodeng orang pulak..hehe~
apa yang saya nampak..
**Amaran Keras! Sila jangan tengok gambar di bawah.. ;-p

ada orang sedang bercengkerama..
belek punya belek..ingatkan orang Melayu..
rupa²nya orang Cina..biaq pi lah kan.. hehe~
tapi tangan gatal tetap nak snap okie..
ampunkan saya~

Gambar² di bawah ni semuanya di “capture” oleh En. Nazir..
kalau ada rezeki lebih nak je saya belikan dia camera DSLR..
dan sponsor dia ke Photography Course kat AZ Saloon & Bridal..cheh~
tambah ilmu di dada..dia memang minat..

cuma belum ada kemudahan yg betul..
terpaksa lah snap guna hp or camera yg kami ada tu..hehehe~
>> Layankan saja gambar² itu..

“Hernee Nazir” ;-p

“Merenung Keindahan Alam Ciptaan Tuhan”

ni la modelnya..amacam ok tak?
kalau Damya Hana tengok ni..
mesti next novel dia ambil saya jadi model utk cover depan..
tak pun ambil je gambar ni jadi cover..hahaha~ perasan lebih!

Leave a Comment

Survey2 di Jusco Taman U

N3 kali ni pun cerita minggu lepas..
makan hati je aek..n3 bertalu2..hehehe~
tgh free harus update cepat..
coz saya masih ada hutang tag dgn kawan2..

Last week gak saya temankan En. Nazir ke Taman U..
ada urusan sikit yg nak di uruskan..
lepas settle kami terus singgah ke Jusco Taman U..
saja nak survey2 barang..yg penting nak makan.. ;-p

before makan sempat ajak En. Nazir ke MPH..
ala.. nak cari novel cam dlm n3 ni..
boring kat rumah..dapat gak isi masa lapang..
masa saya dok membelek novel..
En. Nazir membelek majalah kat situ..
cari majalah utk home decor..cheh~
dah tak sabar2 nak hias rumah nampak..

khusyuk sgt membaca..sampai tak sedar saya snap dari belakang..
ala..kalau dia sedar pun dia dah tahu perangai wife dia ni..hehe~

nie ade magnetic card yg sempat saya belek..
suka baca wording nya..
tu yg terus snap..hehehe~

GOOD THINGS HAPPEN WHEN YOU GO FOR IT!


Lepas merayau kat MPH dan sambar Horizon Cinta..
kami pergi survey barang2 rumah..
baru survey2 je dulu..belum beli lagi..hehe~

bukan survey langsir ye..
saja survey table runner..
langsir dah termasuk dlm pakej rumah..
so buat masa ni saya tak payah fikir pasal langsir..
nak tukar baru nanti baru ler boleh fikir..
tu pun tak tau bila akan diganti..hehehe~



carpet juga mesti di survey..
kang tetamu dtg sejuk tapak kaki..hehehe~
saya nak beli yg cute2 jek..
takmo yg besar gedabak..
kat Jakel pun saya dah survey..
rasanya macam nak beli kat Jakel je..

Then, ke bahagian barang2 dapur pulak..
huisyhhh..nampak je kecik2 kan perkakas dapur ni..
tapi mau rabak poket kalau nak beli..
semua barang memang saya takde lagi..
kalau ada pun cawan, gelas,pinggan mangkuk, kuali hadiah kawin..
yg lain2 kena beli sendiri hehehe~
ada sapa2 nak sponsor? sila angkat tangan..
saja je kami survey kat sini..
dlm hati saya “emmm..baik aku cari barang2 kat kedai RM2..hehehe~”

Survey barang2 elektrik ye juga..
Actually kami nak cari tv, peti sejuk n mesin basuh je..
barang2 yg lain macam blender, rice cooker,
microwave,iron dah dpt hadiah kawin gak..
rezeki masa kawin kan..hehehe~
thanks pada kawan2 yg bagi hadiah tu..
Dah penat terus tuju destinasi seterusnya..
Kemana? tunggu next n3..
****** Cerita tambahan*****
ye2 kami survey kat Jusco..
last2 semalam survey kat Pekan Senggarang gak..hehe~
Kat sini price dia ok la..
coz kawasan kampung kan..
kalau dorang jual mahal sure tak laku punya..hehe~
jadi semalam kami dah book tv, peti sejuk n mesin basuh kat sini..
jauhnya beli..hehehe~ tu soalan yg saya akan terima..
dorang boleh hantar..coz brg2 ni semua satu jenama..
jadi supplier tu boleh hantar ke GP..hehehe~
transport charges cuma rm60..
barang2 akan dihantar bila kami call..
buat masa sekarang tak berani nak suruh hantar..
coz rumah kami dlm proses buat grill..
nanti tak pasal2 menderma kat perompak..hehe~

Leave a Comment

Preparation Maulidur Rasul

Emm..weekend ni saya sgt busy..
Busy buat ape? Hurmm..cam yg saya dh bgtau..
Busy dgn preparation Maulidur Rasul esok..
Mcm biase setiap tahun kat taman ni memang ade pertandingan..
Setiap jalan akan terlibat dgn perarakan..
Ade gak jalan² yg tak join..
Tapi bagi jalan rumah saya.. Jalan Kelasi 7..
Kami mesti masuk walau ape pun jadi..hehe~
Bukan nye nak menang yg kami harapkan..(kdg² mengharap gak ;-p)
Cuma nak same² meraikan Hari Kebesaran Nabi Muhammad S.A.W..
Mase ni la kami dpt bekerjasama antara jiran²..

Pagi semalam saya, Ana n Mak Idah..
Kami same² rewang buat ape yg patut..
Tengah buat keje sempat suruh En. Nazir snap gmbr kami..
Hehehe~ saje je nak tayang muke..
petang tu kami ke Tampoi jap..
nak cari bunge telur tak beli lagi..
idea nak menang ni dah mencurah² dah..hehe~
usahakan tangga kejayaan..
aeh..tadi kate tak fikir nak menang..
cmane tuh????hehe~
Kami gi Tampoi Indah dlm pukul 2 lbih..
En. Nazir keje malam..so die tinggal tido kat rumah..
Pegi berlima..saya, mak, Ana, Bariah n Mak Idah..
sampai² kitorg terus ke kedai RM2..hehe~
lain plan lain yg dituju..kedai yg nak dituju kat depan lg..
dah round² baru sampai kedai Mulan..
kedai jual accessories perkahwinan..
hehe~ rase cam nak beli brg kawin dulu² plak..

boleh tahan la price kat sini..
dah beli² terus ke Kedai Kain Sally..
nak cari kain cotton nak wat selepang..hehe~
kenape kami tak ke Jakel? Padahal berdepan je..
hurmmmm..kalau dh ke Jakel..
jawabnye.. lain yg dibelanja..tgh sales plak tu..
Sales until 10 March 2009.. tak ke tergoda tuh..
That’s why la kami tak ke sana..hehe~
Dah siap² terus balik..
Actually saya tak lunch tadi..
Perut rase lapar sgt.. nak ajak ngeteh Restoran Johan..
Tapi belum bukak plak..
last² lepak kat Kedai Talib Gelang Patah jek..

Fuhhhh..makan ati makcik tengok..
Makanan dorang semua dah sampai..
Makanan saya n Mak Idah jek belum sampai lg..
Dah ler saya yg paling lapar..hadoi..dugaan..
Tu la order yg leceh² sape suruh..hehe~
Tak de la leceh mane..
Order Chicken Chop jek..

Kecor seh tengok makanan Mak n Bariah..
Dorang makan Rojak Asma..
Ana makan Nasi Paprik..


Bengangnye makanan tak sampai lg..
Huhu~ perut dah krek krok..krek krok..
Akhirnye sampai gak..dah lapar sgt saya tak snap gmbr pun..
Boleh tahan la sedapnye..dah lame tak makan..

Dah siap makan terus balik rumah..
Penat lorrr…

Saya tapaukan En. Nazir Chicken Chop gak..
So mase En. Nazir makan saya curi snap..hehe

Nie la barang² yg kami beli..
Malam terus je amik bahagian masing²..
Buat ape yg patut..ari ni pun still continue..
Tak sabar nak tunggu esok..
Doakan Jalan Kelasi 7 menang ek..hehe~

Leave a Comment

Bye2

Kawan2 semua..
saya nak mengundurkan diri selama 4 ari..
saya akan rindu blog2 korang semua..
Skrg saya nak ke Larkin..nak hantar adik saya..
die nak wat medical check up kat Mahlota Medical Centre, Melaka..
till then, kawan2..
jaga diri baik2 ye korang..hehe~
salam sayang dari saya dan En. Nazir utk semua..

Leave a Comment

KisaH BeNar !

“Ok Abg Osham, mlm ni tk bnyak kerja,
yg W/House request pun
saya dh siap plan..so..mlm ni.. bleh HOOREY2..
pe2 hal call speed dial k..”

Biasanya saya akan handover balance kerja2 siang

pd member2 yg msuk shift mlm..
mmg rutinnya mcm tu..bkan sbb tergesa2 nk blik
dn tk sbar nk pergi bercuti tau..
Abg Osham adalah Supervisor yg bertugas tuk mlm ni..
mmg trsnyum panjang lah klau org handover kata cm tu..
hehehe..
Sempat gak td tnya dgn Abg Osham
pasal training Volleyball..
sbb bln depan PTP ada wat open tournement..
tp pemain masih tak plih lg…
training pun msih blum tentu tarikh..
Em..lma gak tk main Bola Tampar..
rasa last main masa PTP friendly dgn JKR JB thun lpas..
sblum kawin..fuhh..lama tu..
lpas tu PTP ada djemput untuk trut serta
dlm sukan MARITIME MALAYSIA..
nama saya dh dipilih..tp syang skali..
waktu tu saya punya majlis perkahwinan..
tp tkpe..mgkin thun ni klau ada lg sya nk
harumkan nama PTP..
Masa dsukan MARITIME tu..
pasukan Bola Tampar PTP dpt Naib Johan..
kira ok tu..
Aeh, dh kul 12:26..am..
dlm ati ni rasa happy sngat2..
coz dpt pakej Berbulan Madu percuma
ke….GENTING HIGHLAND..
2 Day 1 Night…
yg ditaja Oleh Pulai Utama Management Sdn Bhd..
Ribuan Terima Kasih saya ucapkan…
Memandangkan saya rasa mcm tk cukup hari
yg diberi..so saya mintk pihak
pengurusan tambah lg 1 hari..
jadinya..3 hari.. 2 mlm..
Ha..baru nama bercuti dn berblan madu kan..
diaorg kata bleh,tp kna tambah RM100.
saya tkde masalah..
janji saya dpt bawak Puan Hernee bersama saya..
Settle je saya antar sijil nikah saya
dn I/C photostat saya..
slang bape hari pihak pengurusan tu
call saya suh dtg ambik ticket bas..
Alhamdulillah..sparuh dh slesai..
tinggal tunggu masa untuk bertolak pergi je mlm ni..
Mudah-mudahan saya dn Puan Hernee..
slmat pergi dn balik..
Amin..
Sampailah masa untuk
Saya kongsi sdkit pengalamn tentang kehidupan saya..
dgn smua yg view blog ni..
ia ada kaitan dgn n3 saya yg sblum ni..
Ini kisah BENAR..
Pernah satu ketika sewaktu Saya dn Puan Hernee
masih lagi berkawan..
Saya ada bercadang nk pergi bercuti..
coz smenjak kerja d PTP.. saya tk dpat nk pergi bercuti
tmpt yg best2..sampailah stu hari tu..
nk djadikan crita..kami bebual tntg
tmpt2 percutian diMalaysia..
borak2 punya borak..saya pun crita..
pengalaman msa prgi Genting dgn member2..
tmpat kerja lama..dh 2,3 kli gak lah naik Genting..
bila majikan lama wat rmbongan je..
mesti ke sana..so..i Follow je la kan..hehehe
si Puan Hernee lak tk pernah pergi..
Jd saya bri thu Puan hernee.. yg saya nk ajak
dia pg ke Genting..
dia agak tepranjat.. bila saya pelawa dia..
mcm nk trkluar tlinga dia dri tudung yg dia pakai..
tp saya tk tpranjat pun mcm mna dia tpranjat..:D
mula2 kami berstuju tuk pergi ksana..
tp entah mcm mna hati saya plak yg berubah..
saya terfikirkan kdua org tua dia..
pastinya mereka akan risau..
kalau saya ditmpat ibu bapa dia pun
mesti saya akan risau..silap ari bulan bkn je risau
mau terus tk bg kawan.
walaupun tkde niat nk wat yg tk elok..
mmg syaitan tu dh berjanji kan..
dia akan ganggu dn goda kturunan Nabi Adam..
jd fikir2lah sndiri… :*
Akhirnya kami batalkan niat nk kesana..
Allah tu Maha Pengasih..
tnpa diduga,swaktu kami pergi Kursus Perkahwinan..
nombor sijil kursus saya disebut
masa cabutan bertuah untuk lelaki..
untuk prempuan pun ada gak..sib bik bkn
Puan Hernee yg menang.. klau tk..
mau berhari2 kt Genting..
Rasa sayu dn happy sngt masa dpat hadiah tu..
walaupun masa trima tu hanya shelai kertas dn
sampul surat…tp sgt bermakna bila tiba masanya..
dh tk terkata masa tu..
hanya snyum meleret je yg mampu…:D
pe yg saya fkir masa tu..?????
Allah mmg nk tunaikan hajat saya..
doa yg slama ni hanya dlm hati..yg org lain
tk dengar…tp Allah msih mendgr..
walaupun kecil permintaan saya..
tp masih dtunaikan..dn walaupun saya
bnyak buat dosa tp msih diberi pluang..
untk bawak Puan Hernee..ke Genting..
dgn adanya ikatan yg sah..
Alhamdulillah

Nota Kaki : Bersabarlah menunggu sesuatu yg kamu hajatkan..

***Entry By::En.Nazir::***

Leave a Comment

Fire! Fire! Help! Help!

Petang tadi kat area rumah saya black out..
Boring jek kan..tgh2 syok online..
tetibe jek..
Utk menghilangkan keboringan tu..
saya ajak adik saya Ana & Bariah round2 kampung..
(dah lame rasenye YB tak round kampung)
saje ambil angin..lagipun En. Nazir keje..
kalau dia ada for sure saya ajak dia skali..
Masa jalan2 kat kampung tu..
tetiba je nampak ada asap berkepul2..
OMG! fire! fire! help! help!
ada kebun kelapa sawit terbakar..
lokasinye dekat je dengan rumah lama saya..
kira kat kwsn kampung saya la..
lebih kurang 300m dari rumah saya tu..
Dengan semangat rasa tanggungjawabnye..
(chehh..tu pun setelah didesak oleh Bariah)
saya pun memberanikan diri mendail talian 994..
operator tu sambungkan saya ke Balai BOMBA Pekan Nenas..
emmm..saya dengan menggigilnye bagi la maklumat kat En.Bomba tu..
(first time telefon BOMBA..hahaha~)
kebetulan petang tadi gak ada kebakaran kat kampung satu lagi..
isyhhh..skrg ni byk betul kes kebakaran..
masa saya round2 kampung sempat gak tengok
n tinjau2 byk kwsn lain terbakar..
(nasib baik YB round kampung tau..hehe~)
ok..En.Bomba tu kata dorang nak datang..
tapi after kitorang dtg balik area tu dia x dtg2 lagi..
api pun nmpk cam dah padam..
saya jadi cuak..tibe2 teringat iklan panggilan palsu..
budak berdua bi pun menakutkan saya..
tapi saya tak tipu..betul2 terbakar tau..
1 hour after saya call..baru dorang call semula..
tu pun dia boleh tanya..
“Masih terbakar lagi ke kawasan tu?”
dan saya pun menjawab..
“Saya tengok api memang dah mula padam..
tapi saya tak pasti samaada dah padam semua atau boleh merebak lagi”
dia kate lagi..
“Kami dah respond kat kwsn Kg.Tg.Adang..
dan lepas tu patah balik ke Kg.Ulu Pulai..
Kalau api kat sana dah padam kitorang x payah datang..”
uiksss.. gitu pulak dah..
maknanye..sepanjang masa kitorang tunggu En.Bomba dtg..
dia belum pun gerak2 lagi..ade ke patut dia jwb cam tu..
saya pun terus terdiam..dengan harapan dia dtg gak..
last skali dia kata..
“Kalau cam tu kitorang datang juga la ke sana”
emmm..ok..just wait n see..
oleh kerana jam dah nak kul 7pm..
kami bertiga pun terus balik ke rumah..
memandangkan api yang dah padam tu..
saya pun tak tahulah samaada En.Bomba dtg ke takk..
Tup2..dlm kul 8 lebih tadi..
En.Bomba call lagi..kali ni En.Nazir yang jawab..
dia nak tahu lokasi sebenar kebakaran tu..
En.Nazir pun bagi la some info..
apa yang dorang kata cuma..
“Kami akan pantau kawasan tu”
sampai sekarang ni saya tak pasti En.Bomba dtg ke tak..
harap2 dorang pantau betul2 la..
sian kat orang kampung saya tau..
byk sgt dah kwsn terbakar..
Nota kaki: Gmbr2 saya upload kat ofis esok..C**com BB ni suke dengki x bagi upload gmbr..
(betul kata Mummy Dasy..chup2..masa YB round kampung td terjumpa Danish..Daneen n Ayah die gak meround kampung..hehehe~)

Leave a Comment

Layan gedik santai

Mase kat Senibong ari tu sempat menggedik santai berdua..
hehehe~ layankan je lah yek..
padahal masa saya rasa perut dah ketat gila..
jeti nya elok je..cuma gelap gulita..
tak de sebiji lampu pun yang dipasang..
masa amik2 gambo kat sini rasa cam ramai org tengok plak..
padahal tak de sape pun nak tengok kitorang ni..hehe~
perasan btul..layan jek la pix kat bawah tu..
jangan muak ye!

rasa cam poyo lak wat muka mcm tu..geli2..

ape tengok2..ada hutang ke? hehe~

sudah2 la tu..

Nota kaki: Saya tengah plan nak tukar layout ni..rasanye nak kembali pada background hitam la..kalau rajin petang ni berubah ler layout nye..hehehe~

Leave a Comment

Alkisah

Semalam ikut plan asal nk gi Celcom Center jek..
pas tu nak gi Kip Mart bwk mak..
tup² sampai Kempas tringat lak umah Makcu..
trus je saya bwk mak & adik gi sane..
sampai umah Makcu xde org pun..
die ank beranak gi pasar jap..
kat umah Makcu cam biase la..bile dh jumpe..
gosip..gosip..gosip..hehehe~
xde la bgosip sgt pun..cite psl family jek..
pas mkn² sempat lak saya tertido..
sempat gak ajar Mira (my cousin) wat blog die..
jgn die khayal lyn blog smpai x tlong Mama udah ler..hehe~
dlm kul 4 lbih baru kitorg gerak balik..
byk lg persinggahan pas ni..

plan sterusnye nk gi tngok cousin saya kat hospital..
actually die blum nak besalin pun..
cume tibe² ade rase sakit n trus admitted kat HSA..
kbtulan lak katil die bjiran ngan kwn saya yg nk bsalin..
ade cite psl kwn saya si Aien nie..

alkisahnye..mlm Sabtu lps die yg tgh sarat preggy..
mintak tlg ngan saya tnjukkan umah tukang urut kat sini..
(MIL die suh wat lenggang perut..bukan saya okie..)
maklum la die org luar n baru je duk sini..
saya pun tunjukkn la umah tukang urut yg slalu urut mak saya..
after dh kenalkn ngan makcik tu saya pun balik..
(nak tngok Raja Lawak 3..hehe..lg pun baru je smpai umah)
pas tu saya x plak call or sms die..
esoknye saya msuk ofis jap n another fren Suhana..
bgtau yg Aien dah nak besalin..patut die pn nk OT..
OMG!!! tkejut beruk saya..trus je call hubby..
n pas tu spntas kilat saya call hp die..
hubby die yg jwb call..wahhhh..suspen nye..
mane Aien??????? hadoyaiiiii…
upenye Aien tgh di check oleh en.doctor..
hubby die kate after die check yg tukang urut tu..
mase nak tido die ade rase x selesa..
n esok paginye trus kuar tanda nk besalin..
kecut perut saya dengar..
rasa besalah plak.. saya yg bwk die ke sana..
tp bukn nye saya yg pandai²..
hubby die yg cool gile tu ckp kat saya jgn risau..
tp saya still ade rase tu..
mase kat hospital saya x dpt jumpe die..
coz around 4pm mase tu die dh msuk labour room..
saya cume dpt jumpe kakak die..
nasib baik die ingt saya (pengapit Aien..hehehe~)
sempat gak terangkn keadaan mlm tu..
takut plak ape² jd..
kakak die pun ok..die kate maybe mmg dh smpai mase..
slalunye 1st baby mmg cpt sket kuar..
be4 saya balik tu jumpe hubby die jap..
n die bgtau yg Aien blum besalin lg..
kena tnggu dlm 12hrs..if x besalin gak..
baru la doc wat operation..
me..very² the takut bile dengar..
hope Aien slmat melahirkn baby die..
(smpai skang nie call hp die xdpt..cik operator yg jwb)
ayooo..nti saya try lg nk tau pkembangan Aien..

pas balik dari hospital tu ingtkn nk singgah Kip Mart Tampoi jap..
tp bile tngokkn jam kt tgn nie..x harus saya menyinggah..
dh kul 6 lbih..kul 8pm en.nazir balik keje..
kat umah xde ape² utk dimkn..trus jek balik umah..
mlm tu nk gi umah Mok De lak..
cousin saya nk celebrate b’day hubby die..
makan free..layanzzzz..
but still kena prepare dinner 4 my hubby..
hehehe~ to be continued with the next story..
cite psl b’day cousin..dadaaaa…

peace!

Nota kaki: Mlm Sabtu yg menggumbirakan atiku..MAN BELON tkluar akhirnye! Yess!! Yess!!dengkikah saya krn x suke die..ohhhh..tidakkkk…

Leave a Comment

Lepak²

Be4 balik Gelang Patah kitorg sempat gi Summit, BP
ingat lg x? kan saya nak hasut en.nazir ari tu..
berjaya gak upenye..die pun nak cari jeans..
ari tu pusing² kat Jusco xde lak yg bekenan dihati..
sempat la round² jap..tp saya rase x sdap bdn la plak..
balik umah je cam nak demam..bersin dah 500x..
huhuhu..suh anak buah gi belikan panadol soluble..
my MIL suh tido n relax be4 balik..

Bangun tido dah ok..trus siap² nak balik..
otw balik singgah jap Salleh Foods Supplier..
cam biase la hubby kan supplier kerepek kat ofis..
kebetulan kwn die ade nk kirim kerepek..
saya pun beli gak utk mkn² otw nti n kat umah..

(Sape nak order kerepek bleh bgatu..hehe promote!)

Sempat gak singgah kat Pontian..
lepak² tepi pantai..hehehe~
dah mcm minah indon ngan mat indon lak..
ahhhh..pedulik jek..wat² release tension sok nk keje..
dah penat duk melangu kat situ kitorg pun balik le..
sampai umah dlm kul 8lbih..
huh..penat nye..
::On the way::

::Kat Pantai Pontian::
(xtau name ape)

Leave a Comment

Makan2 @ Cousin’s House

Siang dah makan lauk ketam.. malam plak kitorang dapat jemputan dari hubby punya cousin kat Bandar Uda Utama.. memandangkan pas kawin ari tu kitorang memang x gi lagi umah dorang.. so malam nie kitorang luangkan sket mase jengah sedara mara..hehehe~

Actually, dorang saje2 wat makan2.. coz kate nye tulang daging Qurban byk lagi lebih..hehe~ plan asal nak gie pas maghrib.. tp terlajak sket..hehehe~ sampai umah Kak Sue n Abg Rahim 8.30pm x silapnye.. tetamu pompuan dah makan dulu.. saya jeling2 je menu.. cam best jek.. Sup Tulang cicah ngan roti.. dalam ati saya lambat nya dorang abis makan.. hehehe~..sabo je la.. pas nie nak kena tunggu turn tetamu lelaki lak.. lambatnye.. padahal perut dah full coz petang nye saya makan kali kedua lauk ketam sambal.. oleh kerana terliur ngan sup tulang saya jadi lapo balik..hehe~

Dorang semua dah settle makan.. n pas tu balik umah masing2.. baru la sampai turn kitorang makan with tuan umah sambil borak2.. emmmm.. walaupun baru jadi cousin dorang nie.. tapi saya rase selesa sgt.. coz dorng husband n wife ramah tamah.. saya x kekok nak bergaul ngan family nie.. hopefully selamanye cam nie n kitorang akan kadi lebh rapat lagi..

Siap makan2 kitorang berborak jap.. sambil makan limau n tengok tv.. dlm kul 11pm kitorang beransur ler.. xkan nak lepak umah orang sampai pagi kot..hehehe~ cam yang hubby dah plan.. pas balik dari umah cousin.. kitorang nak meronda2 kat Danga Bay.. seingat saya dah lame gile x ke sane.. x kan la mase belum kawin bleh jalan2.. dah kawin xleh lak kan.. sampai sane.. punye la ramai manusia.. maybe weekend n time2 cuti sekolah ramai ler orang.. kitorang duk kat kerusi tepi laut.. memerhatikan gelagat manusia.. memang tu la kejenye kalau gi sane.. tengok gelagat 4 org budak yang duk menunjukkan aksi stunt kat tgh2 laut.. ade ke patut dorang bleh main lumbe2 bwk bot.. kalau dah berlanggar sama sendiri sok nyusahkan orang jek.. sian mak ayah dorang dpt subsidi petrol tapi anak2 yang abiskan.. amit2.. isyhh.. x mo la cakap psl anak orang.. n x mo cite pasal budak2 nie.. buang mase jek.. kitorang round2 kat expo area.. blum ade jualan sgt..ahhhh.. bosan jek..

Dalam kul 12am kitorang pun gerak la balik.. dah x larat lak rase..n sampai umah around 1 lebih..

Leave a Comment