Archive for Novel

Ilham Hati Milik Saya

[Nota keci warna merah: Nampaknya Umi Nawfal tak sabar nak tunggu status Ilham Hati..sila baca ye! ;p]

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Poyo pulak ayat~

Oleh kerana terlalu nak baca, semalam saya nekad beli novel ni.

Orang sebelah menjeling. Saya buat tak tahu je. Dah niat nak beli. Saya kena beli juga. hehehe~ Nampaknya saya akan mula berkhayal di rumah. Melayan watak-watak dalam novel ni. Saya kalau baca novel memang khayal. Kadang-kadang rasa saya lah yang pegang watak dalam novel tu. Cheh~ poyo untuk Hernee sekali lagi.

Siapa-siapa nak pinjam novel ni boleh inform saya, ya Umi Nawfal ;p

Tapi bagi saya settlekan dulu page by page. Malam tadi baru sempat baca sampai page 20 mata dah tak boleh nak buka. Terus zzzzzzzzzzzzz.

Sinopsis Ilham Hati:

[Sila skip kalau tak nak baca atau nak bagi surprise]

RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?

post signature

Leave a Comment

Tak Sabar Nak Baca ‘Ilham Hati’

Saya belum berkesempatan nak beli Ilham Hati karya novelist kegemaran saya Damya Hanna. Orang lain dah baca berkali-kali, mungkin. Saya tak sempat lagi nak terjah mana-mana book store. Tak sabar betul nak masuk ke dunia fantasi Damya Hanna. Saya malas nak google sinopsis dulu nanti tak surprise. hehehe~

post signature

Leave a Comment

Horizon Cinta

Sekarang saya tengah melayan Novel Horizon Cinta..
Memandangkan sangat boring duduk rumah mase cuti..
so saya pun ajak En. Nazir ke MPH untuk cari novel..

Memang best novel ni..terasa di awangan bila baca..haha~
memang kuat berangan kan..
kalau namenye Novel dari Alaf 21..
mesti saya minat..hehe~

Kat bawah ni sinopsis yang saya ambil dari blog penulis sendiri Umi Azrini..

NOVEL: HORIZON CINTA
PENULIS: UMI AZRINI
HARGA: RM18.00
M/S:496 HALAMAN
Zariz seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan diri­nya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang meng­ucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.
Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lin­cah dan pandai berkata-kata, sesuai de­ngan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, di­minati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.

Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar me­nyakiti satu sama lain. Tanpa sedar, per­telingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang.

Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana ma­sing-masing pernah melukai?

*** Pencinta2 novel..cepat2 beli novel ni..best tau..terasa mcm belayar bersama Zariz..hahaha~ sape yang nak pinjam novel saya meh dtg kat rumah..



Leave a Comment

Selagi Ada Dia

Selagi Ada Dia.. author Aisya Sofea..
Novel terbaru saya beli pada 26/12/08 @ BP Mall..
Author nie mmg favvy author saya..
Saya suke bace novel² Aisya Sofea..
n ape2 je novel terbitan Alaf 21..
Setakat nie saya baru menghabiskan chapter 42..
Almaklum la.. kena bagi² masa antara tanggung jawab n hobi..
Ada mase free saya bace.. tu yang lambat baru khatam..
x sanggup nak mengabaikan tanggungjawab yg lebih utama..
Ape² pun setakat nie cite nie best..
N belum ade lagi la air mate saya yang menitis..hehe~
So sape2 yang minat bace novel bleh la beli novel nie..
Dah abis bace nanti saya nilaikan novel nie..
Whether bleh dpt 5 stars ke x..hehehe~
Kat bawah nie saya sertakan sinopsisnye..

Sinopsis~

Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.Tahun berlalu… hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

ps: To Gee.. kalau nak pinjam nanti datang umah tau!

Leave a Comment