Archive for Recipes

Ini Saja Yang Terhasil **Updated**

Malam Ahad saya dan Ayu gigih membuat Cornflakes Madu. Memang saya tunggu Ayu balik dari asrama untuk tolong. Kalau buat sorang rasa boring. Lagi pun buat untuk rumah saya dan rumah emak.

Malam tu saya tidur di rumah emak, maklumlah suamiku kerja malam. Sambil buat sambil tengok Cerekarama di TV3. Kalau tak menyambil mesti tak siap kuih ni. Bila lagi nak buat dah tak ada masa rasanya. Hari bekerja badan dah letih. Nanti kuih ke mana saya ke mana.

Saya buat tak banyak. Cukuplah untuk bagi dua. Buat 3 kotak cornflakes saja. Jadilah tu kan. Dapat juga tambah-tambah kuih raya.

Inilah hasilnya Cornflakes Madu saya. Plan awal nak letak buah ceri. Memang dah beli cerinya. Tapi bila nak potong halus, bau ceri tu dah lain macam. Terus cancel niat nak meletak buah ceri. Jadi hiasannya cuma bijan saja yang ada.


Cornflakes Madu Hernee Nazir


Sebenarnya saya beli cornflakes 4 kotak. Ada balance sekotak lagi. Saya memang berangan nak buat biskut cornflakes tapi terlupa resepi. Puas fikir nak minta pada siapa. Malam tu juga saya minta dengan Chef Dida. Dapat saja resepi tak buat terus. Perap dulu esok baru buat. Petang semalam sambil masak sambil buat biskut cornfkales ni. Bakar pula waktu malam sambil lipat baju sambil bakar kuih. Banyak betul “sambil” saya ni. Ye la, kalau tak menyambil makin berlambak kerja nanti.

Inilah hasil Biskut Cornflakes saya.



Biskut Cornflakes Hernee Nazir

Kalau ada masa terluang lagi, nak buat Sarang Semut. Sempat ke tak tu ek? ;p

Atas permintaan Mummy Dasy maka saya share resepi dari Chef Dida untuk membuat Biskut Cornflakes.

Bahan-bahan (1 adunan):

1 kotak cornflakes (hancurkan)

1 cawan gula (boleh kurangkan ikut suka)

1 cawan tepung (raising flour)

105g butter

1 biji kuning telur

kismis/ ceri

badam (kalau suka)

Cara-cara:

  • Pukul butter dan gula hingga sebati dan kembang.
  • Masukkan kuning telur.
  • Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan cornflakes yang telah dihancurkan.
  • Masukkan kismis/ ceri/ badam jika suka.
  • Gaul hingga rata dan sebati.
  • Masukkan ke dalam cup atau cekut-cekut saja (macam saya buat tu)

Selamat mencuba!

[thank you notes: Thanks to Chef Dida, nanti nak minta resepi lain pula ;p]

post signature

Leave a Comment

Roasted Chicken Wings

Semalam pergi kedai cari lauk dengan En. Nazir, tiba-tiba ternampak chicken wings. Muncul pula idea nak buat roasted chicken wings. Cheh~ nama tak mengalah. Beli tak banyak cuma 4 ketul saja. Cukuplah sorang dua ketul. hehehe~ First time nak bakar guna microwave.

Sampai ke rumah saya terus bersihkan chicken wings, dan marinate. Bahan-bahan untuk memerap saya ikut resepi sendiri. Tak de google-googlenya, ikut kata hati chewah. hehehe~


Bahan-bahan>> Chicken wings [ikut suka nak banyak mana], cili kisar, bawang besar dan bawang putih kisar, halia 1/2 inci kisar, madu, kicap manis, sos tiram, garam dan ajinomoto.

Cara-cara>> Perapkan chicken wings dengan semua bahan-bahan yang di atas. Rasa ikut suka. Perap dalam masa sejam atau lebih ikut kesesuaian masa anda juga ;-p Bakar dalam microwave selama 5-10 minit.

Senang saja kan. Bila dah siap masak, saya pun cepat-cepat hidang makan tengahari. Tak sabar-sabar nak rasa dan nakdapatkan feedback daripada pengkritik tetap saya, En. Nazir. hehehe~

Respon yang saya dapat daripada En. Nazir.. “Emm.. sedap boleh wat lagi.. macam rasa chicken wings pizza hut” Wow.. kembang pula wife dia dengar. hehehe~ Siapa lagi nak puji kalau bukan hubby sendiri. Ye tak? Apa pun memang sedap. Serious bukan angkat bakul pula. Siapa nak cuba boleh cuba dan selamat mencuba ;-p

post signature

Leave a Comment

Menu Malam Semalam

Sudah lama rasanya blog saya tak menjamu pandangan mata dengan entry makan-makan atau masak-masak. Jadi hari walaupun dah agak petang saya sempatkan diri untuk meng’update’ entry masak-masak saya bersama En. Nazir di rumah. Menu yang kami ialah ‘Siakap 3 Rasa’ dan ‘Sayur Campur’ ala-ala chap chai [tapi tak letak tepung jagung jadi kuah tak pekat ;-p]


Ikan siakap ni dah berhari-hari juga dalam peti sejuk. Menunggu giliran untuk dimasak. Semalam baru tiba giliran dia ;-p. Jadi lepas balik dari kerja tanpa membuang seminit pun masa saya pun beroperasi di dapur sambil dibantu oleh En. Nazir. Masakkannya mudah cuma bila sama-sama bekerjasama penat lelah kerja tu rasa hilang. Lagi pun dapat juga mengeratkan silaturrahim hehehe~ Resepi ni saya dapat email yang diberikan oleh adik ipar saya.

Bahan-bahan >> [1 ekor Ikan Siakap] [1/2 inci halia] [bawang besar] [bawang putih] [cili padi] [cili kisar] [sos tomato] [sos cili] [sos tiram] [gula] [garam] [air] [aksesori kalau suka: lada benggala, nenas, timun, tomato]

Untuk menggoreng ikan>> [tepung] [serbuk kunyit] [lada sulah] [telur] [garam] –>> Telur , garam dan lada sulah dikacau hingga sebati. Tepung dan sedikit serbuk kunyit dicampurkan. Gaulkan ikan didalam telur tadi. Kemudian golek-golekkan ikan pada tepung dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng. [Ini cara yang saya belajar semasa bekerja part time cuti semester di Restoran Tanjung Nelayan]

Cara-Cara>> Tumiskan halia, bawang besar, bawang putih, cili. Kemudian masukkan segala macam sos yang tersenarai. Masukkan gula dan garam sesedap rasa. Jangan lupa kalau ada aksesori tu leburkan sekali. Saya hanya letak lada benggala saja itu pun kebetulan ada ;-p tomato saya tak letak walaupun ada stok sebiji. Bila selesai semuanya, tuang diatas ikan tadi.




Sayur campur ni lagi lah mudah baling-baling dalam kuali saja. Kalau vitamin ‘M’ banyak dalam badan macam ni lah cara masakan saya. Sayur yang ada carrot, bunga kobis, jagung dan apa lagi satu saya kurang pasti nama sayur tu. Masukkan bawang putih sebiji yang hanya diketuk dan sedikit bawang besar kisar, kemudian masukkan sayur. Jangan tunggu lama-lama masukkan saja sos tiram yang ada dan tambah sedikit air. Saya ni kalau masak sayur menggunakan sos tiram, saya takkan tambah garam atau ajinomoto sedikit pun kerana pada saya rasa sos tiram tu dah cukup masin. Jadi tak perlu letak semua tu, nanti menambah penyakit pula.

Langkah seterusnya, mandi, solat dan ngappppp. Habis rupanya ikan saya dan sayur malam tadi. Kami makan sampai ke isi dan tulang yang terakhir. Kata En. Nazir sedap. Kata saya sedap juga. Adakah En. Nazir nak menjaga hati si tukang masak?? Atau si tukang masak ini yang perasan?? ;-p

post signature

Leave a Comment

Melayan Tekak Ala Thai

Align Center

Semalam seperti yang saya rancang nak masak Ayam Paprik.. balik dari kerja terus ajak En. Nazir singgah kedai.. ada pula bahan-bahan masakan yang tiada di rumah.. singgah sekejap beli daun limau purut, jagung, carrot.. sampai ke rumah terus bergotong-royong dengan En. Nazir.. Masa zaman study dulu saya memang suka masak paprik di rumah.. maklumlah masa cuti semester saya bekerja sebagai waitress di sebuah restoran.. jadi ada juga yang sempat saya pelajari contohnya masak paprik ni lah.. balik ke rumah kalau ada aura rajin mesti nak cuba.. dah lama saya tak masak paprik jadi lupa bahan-bahan.. padahal mudah saja.. jadi dengan bantuan En. Google saya terjumpa resepi Ayam & Sayuran Masak Paprik disini



Bahan-bahannya:



500 gm ayam dipotong kecil

Sedikit sotong, udang, daging

4 biji tomato

1 batang carrot

1 peket jagung muda

100 gm bunga kobis

100 gm brocolli

2 helai daun limau purut

2 biji bawang merah


2 ulas bawang putih

2 inci halia

2 sudu besar cili kisar

5 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap manis

2 sudu besar sos cili


Garam secukup rasa



Cara-caranya:

Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam. Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.




Mudahkan caranya.. dan itulah yang terhasil.. saya masak seperiuk terus gabungan lauk makan malam dan makan tengahari hari ini.. kebetulan adik saya berpuasa semalam, saya ajak dia berbuka di rumah.. itu saja saya melayan tekak yang nak makan ala thai.. hehehe~



post signature

Leave a Comment

Mee Hoon Bakso

Semua n3 yg bakal muncul kebanyaknnya n3 yg tertangguh..
kiranya cerita2 basi minggu lepas..hehehe~
mintak ampun bukan salah saya..
sila salahkan pc sebu n cbb saya ok..

Last week buat Mee Hoon Bakso..
dah lama plan tapi tak last week baru jadi kenyataan..
Resepinya saya dapat disini..

Inilah rupanya..
Rasanya..boleh tahan la..
sendiri buat sendiri yang puji..ngeh2..
Siapa2 yang suka boleh la try..

Kalau malas nak masak sendiri..
boleh try kat Food Court Larkin Sentral..
best sgt rasa dia..
tapi paling best n sedap gile kat..
Kebayan, Plaza Kotaraya..
ni yang paling best kat Johor yg saya jumpa..
cuba lah..best sgt2..
confirm tak rugi duit uols..hehehe~

Kat bawah ni resepinya..

Bahan A:



1 paket bihun, celur dalam air mendidih, ketepikan.

Bebola daging boleh dibeli di pasaraya.



Atau untuk membuatnya:


1/2 kg daging cincang
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh lada sulah
Sedikit garam.



Gunakan pengisar yg tidak menggunakan air, kisar bahan-bahan ini, bulat-bulatkan dan ketepikan.

Bahan B:



10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 biji buah pala
1/2 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
5 sudu makan minyak
1 kiub daging/ayam jika suka
4 liter air



Bahan sambal


50 sen cili padi
2 ulas bawang putih, kukus dan haluskan



Bahan hiasan


1/2 kg sawi hijau, potong
30 sen daun bawang & daun sup, hiris
Bawang goreng
Sos tomato dan kicap manis

Notes: Saya tak letak sawi pun..saya letak kobis n taugeh..pun sedap.. plus Meat Ball yg banyak..sedapnya..



Cara



Kisar bawang merah, bawang putih dan buah pala. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan air. Setelah mendidih masukkan garam dan lada sulah, baru masukkan bebola daging, apabila daging timbul, angkat dan ketepikan. Celur pula daun sawi dalam sup, angkat dan ketepikan.



Untuk menghidang, bubuh bihun dalam mangkuk bersama bebola daging dan sawi. Tuang supnya, tuang sedikit tomato sos dan kicap manis, daun sup dan daun bawang, bawang goreng, sambal cili padi dan hidangkan.

Leave a Comment

Mee Hoon Soto

Semalam saya buat Mee Hoon Soto..
tapi ringkas seringkasnye la..
tak sempat nak buat begedil..
n tak sempat gak nak siat² isi ayam..
coz sibuk nak ke rumah pengantin..
actually saje nak cube rempah yang saya beli dgn cousin saya..
dah lame beli tapi belum cuba lagi..
tajuk rempah ni “Rempah Soto Power”
dan ni la hasilnye..
boleh tahan la tapi tak de la power sgt..

yok makan yok!
::Caranye::
(ni copy yg kat bklg plastik rempah)
1) Rebus 2 ekor ayam dgn 26 cawan air (jenuh nak kire..agak ² je la) sehingga mendidih dan masak..
2) Angkat rebusan ayam tadi dan tuskan serta gaulkan dengan 1 sudu garam + 2 sudu serbuk kunyit + ½ cawan air untuk di goreng..
3) Setelah digoreng hendaklah disiat²kan dan tulang²nye dimasukkan semula ke dalam air rebusan tadi sehingga mendidih..
4) Masukkan Rempah Soto 100gm dan kacau serta tambah garam jika kurang masin..
5) Hidangkan bersama 6 pack ketupat nasi atau mee hoon, tauge, bawang goreng, daun sup, soo hoon goreng, begedil & sambal kicap..
Notes: Jika Soto daging, rebus dulu dagingnya sehingga empuk dan hiris nipis² serta ikut cara seperti di atas..

*******************

dah siap makan with Bariah n mak..
terus siap²nak ke rumah pengantin..

Leave a Comment

Kek Gula Hangus

Macam yg saya ceritakan kat n3 ni..
Tahap kerajinan saya memuncak pada hari Sabtu lepas..
bangun je pagi saya terus plan nak buat Kek Gula Hangus..
Resepi ni ditiru bulat² dari Umi Sufira..
dah lame simpan..tak de mase nak buat..
orang lain dah berkali² cube..but for me..
this is the 1st time..
kalau tak menjadi dan tak sedap kire tak pe kan?
hehehehe~

::Bahan²nye::

4 biji telur
2 cwn tepung
1 sudu soda bikarbonat
1 cwn susu pekat (mcm Mimi ckp mmg kena letak lebih utk lebih manis)
1 cwn minyak masak
1 cwn gula dihanguskan dgn satu cwn air

**Senang je kan bahan² nye**

::Cara²nye::

(ayat kat bawah ni dicedok dari ayat Mimi..di tukar sket..malas nak wat ayat sendiri..sorry ae Mimi)

Sediakan gula hangus…masak gula dalam kuali panas…
sampai cair dan berwarna kehitaman tuang air satu cawan…
dan kacau sampai rata..tunggu air gula hangus sejuk baru start baking..
Cara2nya..pukul telur sampai kembang….
lepas tuh masukkan susu pekat, minyak masak, dan gula hangus….
akhir sekali tepung yang telah di ayak ngan soda bikarbonat..
tapis dulu sebelum masuk dalam acuan membakar..
perap adunan 3-4 jam..then baru bakar..

dan hasil yg saya dapat adalah seperti di bawah..hehe~
actually terlebih perap dlm 5 jam.. (gi cuci keta punye pasal)
not bad..boleh tahan sedap..cheh..puji diri sendiri..
cume kurang manis sket jek..
padahal saya tak tambah kemanisan die..
ape pun masih boleh di makan..


malam tu Mak Anjang saya datang ke rumah..
merasa la die Kek Gula Hangus saya ni..
dan terus je die mintak resepi..
maka bertambah lah ilmu memasak Mimi..
saya dah panjang²kan resepinye ke org lain..
Nota kaki: Kawan² yang lain rajin²lah share resepi² memasak ye..

Leave a Comment

Ceritera Weekend

Ari Sabtu lepas saya n Ana (2nd c’s)
plan nak wat Spaghetti Meat Bolognise.. cheh..
tapi rase die xde la same sbijik ngn yg kat Pizza Hut tu..
Cam biase la tekak sape lg yg nk mkn klau bukn saya..
So, pagi yg indah tu pun kitorang gi la blanje bhn²nye..
Emmm.. pung pang pung pang RM60 gak abis..
Whateva la.. bab² makan jgn bekire ok! hehehe~
K now..
Bahan²nye..

Bahan² spt gmbr di atas ye puan²..

♥Spaghetti ~ 1-2 bungkus..depends la..♥

♥Prego Italian Sauce ~ Traditional – 1 botol bsr♥

♥Tomato Puree ~ 1 tin♥

♥Meat Ball ~ikut suke..lg byk lg best♥

♥Daging cincang ~ 1 pack..lbih pn xpe♥

♥Mushroom ~ 1 tin blah 2♥

♥Lada Benggala ~ 1 biji..potong dadu♥

♥Bawang besar ~ 1-2 biji ptong dadu gak♥

♥Bawang Putih ~ 1-4 biji cincang jek♥

♥Tomato ~ 1-2 biji potong dadu lg♥

Cara²nye..

Proses #1

Firstly..tumis bwg besar & bwg putih shingga naik bau..

(nak gak enterprame kt situ..abaikn jek)

Pas tu msukkn daging cincang..bairkn jap..

Masukkan Prego & Tomato Puree.. msukn smua jek..

nanti byk ler kuahnye..(boleh bg jiran² rasa)

kacau² shngga sebati..chewahh..

dah tu msukkan la tomato, lada benggala & mushroom..

last skali msukkan garam, ajinomoto (if suke) n gula..

secukup rase.. rase dulu sdap x..

Kirenye sukatan bhn² nie utk more than 10 org..

Tpulang la kalau nk wat sket jek..beli Prego kecik jek..

Nie la rope die dlm periuk..

Proses #2

Nie la hasilnye..jgn compare ngn Pizza Hut ae..

Hidangkan mengikut citarase masing²..

cam saya terus je longgokkn smua dlm pinggan..

ditambah lak ngan air oren ditgahari yg panas..

Proses #3

Proses nie pling penting..

proses yg ditunggu².. proses makan..hehehe~

ngan prasaan lapo yg amat tibelah masenye utk menikmati mknn..

sambil makan sambil MMS kat hubby..

saje je nk men“jealous”kan die yg tgh keje..hehehe~

Ok that’s about my weekend on Saturday..

Nota kaki: Jgn lupe kalau ade lebih bg jiran tau..hehehe~

Leave a Comment