Archive for Life

Semalam Yang Mengenyangkan

Semalam adalah “hari periuk tergantung” (istilah kamus manalah ni??) bagi saya. Kenapa saya cakap macam tu? Mesti awak-awak semua dah boleh agak. Semalam hari yang amat mengenyangkan bagi saya. Sampai rasa tak tak larat nak makan tapi tetap sumbat juga makanan yang ada ;p

Tak masak langsung semalam. Tengahari alas perut di rumah Mak. Pukul 3 ajak Ayu teman pergi open house Jijah. Ada roti jala, ada laksa, ada buah-buah, macam-macam ada. Tapi saya makan roti jala saja.

Sempat lagi snap gambar walaupun tak berapa jelas. Semua Ayu punya pasal, tak nak bagi kerjasama pada saya ;p.

Dalam pukul 4 lebih baru balik. Tukar baju, then ke rumah sewa budak-budak GEMS jiran seblok saya. Diorang buat makan-makan juga. Rajin sungguh budak-budak ni masak. Banyak gila makanan. Walaupun perut dah sendat, tapi tetap jamah makanan. Orang dah pelawa tak elok tolak.

Balik rumah rasa perut nak meletop dah. Hadoi, memang kenyang gila.

Sebelum tu sms, En. Nazir nak confirmkan nak ke rumah Emmy ke tak. Alhamdulillah hasutan saya berjaya. Dia setuju. Yeay! dapat jumpa Emmy and Ajie (both of them adalah “Mak Buyung”)

Sementara tunggu En. Nazir balik kerja pukul 8 malam, saya merehatkan diri dulu. Takut tak larat pula nanti. Ayah call, minta tolong hantar Ayu balik hostel sekali. Suka hati je kan balik hostel lambat-lambat, ingat SM Teknik Tanjung Puteri dan Samshudin Yahya ada share ke? Tapi Ayu dah inform warden yang dia balik lambat.

Sampai rumah Emmy pukul 9 lebih. Sempat juga tersesat barat. Tersalah tunjuk jalan daaa. Akibatnya “beliau” membebel sepanjang jalan. Ramai juga kawan-kawan Emmy dan Shah yang datang.

Ajie dan Jul dan sampai dulu. Kesian dia terpaksa menunggu kami.

Terlepas rindu saya pada bestfriend saya ni. Masing-masing bakal jadi ibu next year. Emmy (baju merah) 20 weeks and Ajie (baju biru) 17 weeks. Alhamdulillah rezeki diorang datang dulu.

Kesian Emmy sibuk bersilat di dapur sambil melayan tetamu.

Saya dan Ajie. Sebelum balik sempat snap sekali lagi. Walaupun dekat tapi susah nak jumpa. Masing-masing ada komitmen sendiri. Ni pun tak tahulah bila dapat jumpa lagi.

Pukul 10.30 malam kami beransur balik. Hantar Ayu sekejap dan terus pecut balik rumah. On the way, saya tak sengaja tertidur ;p

Ampun En. Nazir.

post signature

Leave a Comment

Update Ringkas Malam Selasa


Masih belum ada kesempatan nak update cerita raya.

Balik dari kerja terus bersilat di dapur. Boss besar kerja malam jadi haruslah masak sepantas kilat. Lepas maghrib mak suruh datang rumah ada marhaban. Dia minta tolong apa yang patut. Tahun ni mak saya tak dapat join geng-geng marhaban almaklumlah kesihatan tak mengizinkan. Di kawasan perumahan ni, marhaban seminggu selepas raya. Marhaban kumpulan ibu-ibu saja, bapa-bapa malu agaknya nak marhaban.

Saya tak join marhaban ke rumah jiran lain, adik saya je yang gantikan mak. Kalau saya join siapa nak temankan mak di rumah. Ok juga kalau jemput makcik-makcik ni marhaban di rumah saya, tapi kena bincang dengan En. Nazir dulu. Kawasan rumah saya masih belum ada kumpulan yassin dan marhaban macam ni, yang ada cuma “AHLI MESYUARAT TINGKAP” ;p

Sekejap lagi nak balik rumah, tapi sempat online sekejap. Dekat rumah baju selonggok dah menunggu. Mata dah berat ni, kalau postpone lipat baju boleh tak? hehehehe~

Esok ada open house Pok Teh saya, nampaknya balik dari kerja saya ambil En. Nazir di rumah dan bergegas ke rumah Pok Teh. Kalau tak mesti tak sempat En. Nazir nak join sama.

Lusa open house Seed. Insyal’Allah kalau tak ada aral melintang sampai la saya di rumah mak Seed lunch hour nanti. Nak datang after working hours takut tak sempat pula nanti ada yang tak makan pergi kerja. Wooooo.. tak sampai hati tu, wife makan sedap-sedap, hubby di rumah kebuluran. Panjang pula celoteh saya, nak cerita raya memang belum bersedia jadi ceritalah yang merepek-merepek dulu.

Lagi pun saya bagi peluang Cdot tayang gambar raya kami. Aura rajin update blog dia dah mari. Biarkan dia. Sampai masa giliran saya tayang muka dalam blog ni. hehehehe~

Mata pun dah kelat semacam ni. Sementara tunggu adik saya balik dari marhaban, sempat juga lelapkan mata dengan harapan boleh sambung lipat baju bila balik rumah nanti. Semoga impian saya menjadi kenyataan. Chaiyok2 Hernee!

post signature

Leave a Comment

Cerita Pagi

Masuk hari ni dah dua hari saya menatap PC pagi-pagi di hari cuti. Semuanya atas arahan Wak Sam. Siapa dia tu? Dialah ayah saya. hehehehe~

Suruh buat surat lah apalah. Hari ni suruh lagi. Macam-macam. Layankan saja. Nanti kecil hati pula orang tua tu ;p

Dah terlanjur depan PC haruslah ambil kesempatan untuk online sekejap.

Malam semalam misi saya membuat kuih berjaya akhirnya. Itu pun cuma dapat buat Cornflakes madu saja. Mata dah tak tahan mengantuk. Sambil buat mata sambil terpejam. hehehe~

Hari ni insya’Allah nak cuba buat satu jenis lagi.

Ok, stop here, surat pun dah siap. Ada kerja nak buat.

Selamat berhujung minggu~

[nota sedih: nemo tak sihat, kesian dia senyap je tak aktif macam selalu]

post signature

Leave a Comment

Update Serba Ringkas Sebelum Entry Panjang Keluar

keadaan huru-hara pagi ni.

acah aje ;p

sibuk menyiapkan kerja-kerja yang “ter”bengkalai kerana minggu ni cuti sangat panjang. (panjanglah sangat ;p)

saya akan menyambung cuti pada hari selasa, hari isnin nak balik ke senggarang. first time nak berbuka dengan family en. nazir.

hari ni mak saya balik ke rumah tercinta. home sweet home~ mesti dia dah rindu gila rumah dia tu. malam ni nak berbuka puasa di rumah mak. tapi masih tak ada idea nak masak apa.

minggu depan baru dia balik semula ke rumah makcu sebab minggu ni makcu and family balik ke batu pahat.

ok. stop sekejap.

post signature

Leave a Comment

Bila Gaji Masuk

bila gaji dah masuk.

tekak mula minta makanan sedap. kadang-kadang tak sesedap mana pun. perkara pertama saya buat bila gaji masuk. bayar bil celcom broadband, bayar bil astro dan yang paling baiknya bulan ni saya bayar ptptn. hehehehe~

petang ni memang dah plan awal nak berbuka di kfc dan nak mencuba shrimp stix combo. entah sedap entah tidak. kami akan serang jusco bukit indah dan seterusnya berbelanja di giant tampoi.


selamat berbuka semua ;p

post signature

Leave a Comment

Ramadhan Kali Ini..

insya’Allah esok kita akan mula berpuasa.

rasa baru saja melalui bulan ramadhan tahun lepas. cepat betul masa berlalu kan. sedar tak sedar ramadhan menjelma lagi.

bagi saya ramadhan kali ini, membawa banyak perubahan dalam hidup.

kalau dulu bangun sahur dengan mak, ayah dan adik-adik. makanan biasanya mak yang sediakan. kami cuma tolong-tolong saja itu pun kalau tersedar awal ;p sekarang semuanya saya kena uruskan sendiri. sahur kena sediakan makanan sendiri. buka puasa kena sediakan makanan sendiri. insya’Allah tak ada masalah.

yang penting buka puasa kali ni dengan suami dan di rumah sendiri. mungkin juga akan ada hari-hari di mana saya akan berbuka seorang diri. yang pasti esok hari pertama puasa dan berbuka seorang di rumah kerana en.nazir kerja siang dan balik pukul 8 malam. nampaknya saya terpaksa berbuka dengan nemo sajalah ;p

hari ahad mungkin kami akan ke rumah makcu. nak berbuka puasa dengan mak dan keluarga lain di sana. tak dapat sambut puasa di batu pahat. kemungkinan kami balik pada pertengahan bulan saja.

baru sekejap adik saya ayu sms. dia akan balik ke rumah saya untuk sambut puasa. hemmm. nampaknya saya tak keseorangan berbuka puasa esok. mak anjang pun ada pelawa saya berbuka di rumahnya. tengoklah macamana esok.




post signature

Leave a Comment

Hari Yang Sibuk

hari ni sangat sibuk. apa yang saya sibukkan pun tak tahu ;p esok saya akan bercuti.

malam ni saya akan ke rumah makcu, tidur sana. sedih nak tinggalkan en.nazir ;p nasib baiklah dia kerja malam. saya akan ke sana ditemani sepupu saya ila.

saya tak sempat nak blogwalking hari ni. tengoklah malam nanti kalau ada kesempatan. saya terjah blog kawan-kawan.

post signature

Leave a Comment

Cerita Berbuka Puasa


inilah menu berbuka puasa untuk alas perut semata-mata.
saya beli air milo dan roti ikan bilis saja. en.nazir dah janji nak ke saujana selepas balik dari kerja. jadi tak perlu makan kenyang-kenyang ;p


sampai saujana dalam pukul 8 lebih.

boleh tahan ramai pelanggan. saya macam biasa order air belimbing. en.nazir order fresh orange. lega rasa tekak. alhamdulillah.

makan tak lah special sangat. kami order yang simple saja. yang senang dan cepat dimasak. perut dah tak sanggup nak tunggu lama-lama. kami order nasi putih, tomyam seafood, sotong goreng tepung dan telur dadar. tak dilupakan sambal belacan.

dah habis makan perut rasa sakit pula. dah masuk angin agaknya. tak tunggu lama, terus balik rumah. beriya kami nak tunggu keliwon. rupa-rupanya keliwon dah tak ada diganti dengan tower 13. boleh tahan seram bagi orang penakut macam saya kalau en.nazir kerja shift malam mungkin saya takkan singgah ke channel tv3 kot ;p

post signature

Leave a Comment

Rezeki Datang Bergolek

Ada rezeki datang bergolek.

Perut dah kenyang makan KFC.

Orang dah bagi saya ambil je la.

Boleh buat dinner malam ni.

Separuh saya nak jamahkan Munirah.

post signature

Leave a Comment

Nak Melawat Pasar Malam

Sedang berkira-kira.

Nak ke pasar malam atau pun tak.

Niat memang nak makan nasi kerabu + tongkeng ayam + ayam madu + kebab daging.

wah panjangnya list.

Tengoklah kalau mood ada saya lawat pasar malam.

Saya nak cari ‘Ilham Hati’ juga!

post signature

Leave a Comment

Penimbang Itu Tidak Menipu!

Dengan perasaan bangga lagi terharu, saya ingin memberitahu kawan-kawan semua yang saya telah berjaya mencapai tahap ke’berat’an 50 kg. Setelah berhempas pulas selama 28 tahun, semalam adalah saat-saat di mana badan saya mencatat keberatan itu buat julung-julung kalinya. Rasanya macam nak masuk Malaysian Book of Records saja hehehe~ tapi takde siapa yang sudi masukkan nama saya. Sesungguhnya penimbang itu tidak menipu saya. Impian nak menjadi sedikit berat menjadi kenyataan. Poyo~

[gambar recycle lagi]

Gambar yang tak berapa nak gemuk tapi dah ada ciri-ciri lebihan babat hehehe~

post signature

Leave a Comment

Rindu Semua

Seminggu saya cuti ber’blogging’. Rindu semua. Tapi saya masih menjengah blog kawan-kawan cuma tak sempat tinggalkan jejak. Banyak benda yang nak dikongsi tapi tunggu mood saya datang saya akan paparkan di blog ini. Sekarang ini saya sedang bersiaran langsung di rumah Pok Teh saya sambil menjengah anaknya Izhan yang kurang sihat. Sepanjang ketiadaan dia, saya sekeluarga akan berusaha untuk meluangkan masa untuk isteri dan anak-anaknya. Kemana Pok Teh saya pergi? Nanti saya ceritakan.

post signature

Leave a Comment

Saya Half Day

Saya half day hari ni. Ada hal yang perlu saya uruskan dengan segera, jika tidak saya akan menyesal lagi. Saya baru saja habis menjawab soalan untuk pemilihan masuk ke kelas “Communicative English”. Soalan sangat mengelirukan. Apa pun saya dapat menjawab kesemuanya. Alhamdulillah.Kelas ini tajaan syarikat jadi saya tak nak lepaskan peluang untuk menambah ilmu yang kurang.

post signature

Leave a Comment

Jasad & Minda Yang Tak Fokus

Pagi ini saya rasa jasad saya saja di ofis tapi minda saya menerawang ke tempat lain. Memikirkan emak saya yang kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah, JB. Emak saya dimasukkan ke wad Gineakologi kerana pendarahan serius yang dialami malam Ahad lepas. semasa di rumah. Hasil daripada pemeriksaan awal doktor, mereka tak dapat mengesan apakah punca penyakitnya. Itu yang membuatkan kami sekeluarga bingung. Macam-macam andaian yang doktor buat. Sekejap buah pinggang, sekejap kanser, tapi tak tahu apa masalah sebenarnya.Yang membuatkan saya ragu-ragu bila doktor kata yang darah itu berpunca daripada kandungan kolesterol yang tinggi.

Sedih hati bila tengok emak saya yang terlantar di hospital. Inilah kali pertama seumur hidup saya. Adik saya Ana dan Ayu akan bergilir-gilir menjaga emak di hospital. Saya kurang upaya buat masa ini. Saya hanya mampu menjengah melawat saja dan membantu apa yang patut bila di sana. Alhamdulillah, darah beransur berhenti. Baru sekejapan tadi, adik saya Ana telefon saya dan beritahu yang kemungkinan besar emak dapat balik ke rumah hari ini. Jururawat memberitahu yang darah yang keluar itu adalah simptom-simptom menopause. Saya tak pasti kebenarannya. Kalau betul emak dibenarkan balik alhamdulillah, tapi kena hati-hati juga takut tiba-tiba bleeding lagi.

Baru sekejap tadi juga, sepupu saya telefon beritahu yang Pakcik nya [bapa mertua kepada kawan En. Nazir yang melangsungkan perkahwinan Sabtu lepas] sedang koma. Doktor kata 50-50. Semasa majlis persandingan berlangsung, tiba-tiba bapa pengantin pengsan. Masa tu, adik beradik pengantin sibuk mengambil gambar. Terkejut kami semua dibuatnya. Semua rancangan untuk bergambar outdoor terpaksa dibatalkan. Dugaan.

Harap-harap emak saya cepat sembuh dan dijauhkan dari penyakit-penyakit yang aneh-aneh lagi merbahaya. Doakan emak saya ya kawan-kawan. Apa-apa pun yang terjadi saya hanya berserah dan redha pada kuasa Allah.

post signature

Leave a Comment

Saya Ada Temujanji

Tengahari ini saya ada temujanji bersama kawan-kawan saya..

[Mummy Dasy, Cdot & Mummy Pink]

Lokasi perjumpaan kami di KFC, Second Link Arah Selatan..

Jam 12.30 pm.. [mungkin saya lambat sikit.. ampun ;-p]

Agenda.. semestinya ber’gosip-gosipan’ ;-p

post signature

Leave a Comment

Jadual Hujung Minggu

Jika diizinkan Allah:

Sabtu – Ke Kota Masai.. majlis perkahwinan sepupu Nooreha..

Ahad – Ke majlis perkahwinan kawan sekolah.. Norizah Sarmani.. seterusnya ke Pontian majlis perkahwinan rakan sekerja En. Nazir.. Apong [tak tahu nama penuh] ;-p

Musim cuti sekolah sudah bermula.. maka bermulalah musim orang mengawan kawin..hehehe~ Selamat Pengantin Baru untuk semua pengantin di dunia.. bermulalah alam rumahtangga anda..

post signature

Leave a Comment

Cepat Di Masak Sedap Di Makan

Semalam balik ke rumah saya singgah ke kedai kerana stok lauk pauk dah habis..setelah memikirkan apa yang patut di masak.. saya membeli sedikit lala dan sawi jepun.. beli pun tak banyak cukup untuk kami berdua.. singgah ke rumah mak sekejap kononnya nak mintak 2 3 batang serai.. rupanya pokok serai mak dah lama berkubur..hehehe~ terpaksalah ke kedai semula.. sempat juga saya tapaw hati pari yang mak masak..emmm sedapnya.. sesampai di rumah.. bersilat saya di dapur.. lala saya goreng sambal dan sawi jepun pula digoreng bersama sos tiram.. tak sampai 20 minit semuanya dah siap.. pelik juga saya.. kenapa kalau di rumah mak dulu rasanya lama sangat duduk di dapur.. tapi bila di rumah sendiri.. campak-campak perencah terus siap..hehehe~ En. Nazir kata sebab di rumah sendiri kita tahu yang kita tak cukup masa.. banyak kerja lain yang perlu di buat.. betul juga kan.. En. Nazir macam biasa tugas dia menanak nasi.. tiba-tiba dia nak makan telur dadar.. jadi saya dengan zalimnya menyuruh En. Nazir menggoreng telur sendiri.. manakala saya terus mandi..hehehe~ lepas semuanya siap kami pun menjamu selera.. manis sungguh rasa lala ni.. mesti lala yang baru dan segar dari laut.. alhamdulillah rezeki dari Allah.. semua makanan habis kami kerjakan.. jadi tiadalah pembaziran..

post signature

Leave a Comment

keMALASan melanda

Saya tak tahu lah kenapa..hari ni saya dah siap bawak semua cable..camera semua sudah saya masukkan dalam handbag.. tapi tahap kemalasan nak meng’upload’ dan meng’update’ sangat tinggi..sehingga ke petang saya tak buat apa-apa.. selalunya saya memang excited nak update..

Kalau nak dikatakan tak ada mood berblog.. tak mungkin juga.. blog dari pagi saya buka..oooopppsss..tapi tak lah mengadap blog dari pagi sampai ke petang.. itu melampau namanya..nanti kerja ke mana blog ke mana..

Dari tadi saya dah menghitung waktu..tak sabar nak balik..tadi saya ada sms En. Nazir.. saya ajak dia ke pasar malam.. tiba-tiba saya terasa ada ayam madu dan tongkeng ayam goreng lalu di tekak.. saya dah jangkit En. Nazir suka makan tongkeng ayam..hehehe~ lepas maghrib mungkin kami ke pasar malam.. beli apa yang patut saja.. Insya’Allah.. ;-p

post signature

Leave a Comment

Tak Sanggup Menyepi

Ya Allah..rasa tak senang duduk kalau tak jengah blog..
masa training tadi ingatkan nak curi2 masuk blog..
sekali check pc takde network connection daa..
hamapagas betul..terpaksa tunggu balik rumah..

ni update secara ringkas..tepat dan padat saja..hehe~
untuk hilang kan rindu kawan2 pada saya..
haiiipppp..ada yang rindu ke????hehehe~

habis training tadi dlm pukul 5.20..
terus cabut balik rumah..malas nak singgah ofis..
saya call En. Nazir..tanya dia kat mana..
dia bagitau yang dia tengah cat rumah..
so balik saya terus je menuju ke rumah kami..

saya memang suka kerja2 mengecat ni..
dengan pakai baju kerja saya pun tolong cat rumah..
gambar nanti saya upload..ada bukti saya tolong..hehe~
wahhh..letih makcik mengecat petang tadi..
rumah mak ni pun saya yang cat sama2 dgn sepupu..
kami tak cat keseluruhan dinding..
just cat untuk feature wall saja..
cheh~ dah macam Deko Bersama Hernee pulak..

lepas siap cat..
terus balik rumah siap2 nak ke pasar malam..
teringin nak makan kue tiaw Zaini + ayam madu..
sampai sana tinggal kuali je..ayam madu ada lagi..
last2 beli je kue tiaw org lain..
tapi rasa dia..tak sama macam kue tiaw Zaini..huhu~

makan je la dah rezeki..
dapat air free lagi dari jiran belakang rumah yg jual air..
satu kemestian kalau ke pasar malam..
mesti dapat air free..sukeeeee..
balik rumah ngappp..ngappp..
terus layan blog kejap..

ok lah..dah sampai masa nak tidur..
esok training lagi..saya sukeeee..
boleh berfoya2 sikit..hehehehe~
till then..dadaaaaaaaaaaa~
don’t miss me..lalalalala~

post signature

Leave a Comment

Jom Layan Choc Muffin

Tahap kebengangan belum surut lagi..
hehehehe~ saje je kan..
bukan saya sorang yang bengang..
ada lagi rupanya yg rasa apa yg saya rasa..

Dari melayan kebengangan ni..
baik saya layan makan choc muffin ni..
yummy²..hehehe~
tadi keluar makan dgn Aien n Mint..
tapau muffin sekali..hehehe~
macamana badan tak naik..
asyik keja makan je tau..

Dulu badan saya bukan mai
n payah nak naik..
sekarang senang² je naik..
masa daftar poco² kami kena timbang berat..
dan juga kena ukur tinggi..
berat saya sekarang 49kg..
yg pelik tinggi kurang 0.5cm patutnya 154cm..
tapi hari tu nurse check 153.5cm..
mana perginya 0.5cm lagi???
penting tu..kalau tak sane makin kemetot..hehe~
saya target nak cecah berat 50kg..

seumur hidup saya dah nak masuk 28 tahun..
tak pernah merasa 50kg..
kesian kan..sekarang ni la badan paling berat..
sebelum ni 44, 45, 46..tu je la..
la ni hambik ko..hehehe~
dagu dah rasa berdouble ni..
lengan pun dah kembang sikit..
gelang saya dah tak muat..
seluar 2 helai dah ketat bentat..
huhuhu~ tak kisah la yg penting sihat..

jom makan choc muffin!

post signature

Leave a Comment

Older Posts »