Archive for April, 2009

Happy Labour Day 2009!

Happy Labour Day..

Selamat Hari Pekerja..

1 May 2009

kepada semua yang bekerja..
tingkat produktiviti anda..
berkerjalah dengan hati yang ikhlas..

kepada para majikan..
hargailah jasa pekerja anda..
tanpa mereka..
company anda tak ke mana ;-p

post signature

Leave a Comment

Weekend Planning

Yeay! esok cuti..
selamat bercuti kepada semua..

Planning untuk cuti minggu ni:

Jumaat – Jahit langsir sampai ke jahitan yg terakhir..no delay..hehehe~

Sabtu – Pagi plan nak OT kejap.. lepas tu nak tolong En. Nazir cuci rumah sekali lagi sebelum kami pindah..

Ahad – Pindah rumah..Insya’Allah..

post signature

Leave a Comment

MOE Dengarkanlah Rayuanku


Thanks to my new fren..Ina..
kawan masa MTest KPLI..
dia yang mengingatkan saya result interview KPLI..
dgn semangatnya saya membuka website MOE..
dan dgn hampanya saya terima keputusan yg keluar..

MAAF, NAMA ANDA TIDAK TERSENARAI DALAM PANGGILAN TEMUDUGA KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) DAN j-QAF AMBILAN JUN 2009
ADAKAH ANDA SETUJU UNTUK MERAYU?

dan dengan tak malunya..
saya terus klik YA..
semoga rayuan saya diterima..huhu~
rupanya Ina pun tak dapat..
senasib la kami..ada lagi yg senasib dgn kami??
nampaknya belum rezeki saya nak dapat KPLI..
Allah tu Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-Nya..

post signature

Leave a Comment

Hidup Mesti Ada Dugaan

betul tak tajuk saya tu..
hidup mesti ada dugaan kan?
kalau tak kita takkan dapat belajar erti kehidupan..

dan pada pendapat saya sendiri..
tak tahulah pendapat org lain mungkin berbeza..
kalau hidup tanpa dugaan..saya rasa tak mencabar..
tak semua yg kita lalui dlm hidup ni manis..
kadangkala ada pahitnya..
itu namanya dugaan..Allah sedang menguji kita..
menguji kekuatan fizikal & mental kita yang sebenar..
ini yang saya rasa selama hidup di muka bumi Allah ni..

semalam..
saya ambil time off..half day..
Anna sms mak sakit lagi..
pukul 1 lebih saya bergegas balik ke rumah..
nak bawak mak ke klinik..
sampai klinik..check punya check..
doc kata masalah datang dari rahim pulak..
ini namanya dugaan untuk mak..

plan asal balik kerja..
saya nak ke PSH nak melawat Mummy Dasy..
saya terpaksa cancel kan saja..
malam tadi saya call dia..
dah selamat operation..maybe hari ni atau esok discharge..
ni pulak dugaan untuk Mummy Dasy..

untuk yg sentiasa menerima dugaan dari Allah..
termasuklah saya ni..

“Bersabarlah..kerana setiap kepahitan yang kita lalui..akan ada manis nya.. Allah sgt menyayangi hamba-Nya..oleh kerana itulah dia selalu memberikan dugaan kepada kita..supaya kita selalu bersama-Nya dan mengingati-Nya”

post signature

Leave a Comment

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Berdoa adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.”

Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya. Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya:

Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.

Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

– Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:

“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)

Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.

Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:

“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.”

Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.

Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.

post signature

Leave a Comment

post signature

Leave a Comment

Senyum Sampai Telinga

Alkisahnya..
training untuk 2nd session dibtalkan hari ni..
trainer demam lah pulak..hehehe~
terpaksa lah masuk ofis dgn jiwa yg nak ber”training”..
rasa macam nak cabut balik rumah je tadi..
tapi apakan daya..hajat tak kesampaian.. 😉
training ni postponed next week on Monday..
lepas tu saya kena gi ESQ Program 8-10 May..
maknanya next week duk ofis 3 hari saja..
yahoooooo..

[Nota Merah: Kawan² doakan Mummy Dasy ye..skrg still dalam OT..baru je tadi sms dia & hubby dia yg reply..apa² info nanti saya bagitau]

post signature

Leave a Comment

Tak Sanggup Menyepi

Ya Allah..rasa tak senang duduk kalau tak jengah blog..
masa training tadi ingatkan nak curi2 masuk blog..
sekali check pc takde network connection daa..
hamapagas betul..terpaksa tunggu balik rumah..

ni update secara ringkas..tepat dan padat saja..hehe~
untuk hilang kan rindu kawan2 pada saya..
haiiipppp..ada yang rindu ke????hehehe~

habis training tadi dlm pukul 5.20..
terus cabut balik rumah..malas nak singgah ofis..
saya call En. Nazir..tanya dia kat mana..
dia bagitau yang dia tengah cat rumah..
so balik saya terus je menuju ke rumah kami..

saya memang suka kerja2 mengecat ni..
dengan pakai baju kerja saya pun tolong cat rumah..
gambar nanti saya upload..ada bukti saya tolong..hehe~
wahhh..letih makcik mengecat petang tadi..
rumah mak ni pun saya yang cat sama2 dgn sepupu..
kami tak cat keseluruhan dinding..
just cat untuk feature wall saja..
cheh~ dah macam Deko Bersama Hernee pulak..

lepas siap cat..
terus balik rumah siap2 nak ke pasar malam..
teringin nak makan kue tiaw Zaini + ayam madu..
sampai sana tinggal kuali je..ayam madu ada lagi..
last2 beli je kue tiaw org lain..
tapi rasa dia..tak sama macam kue tiaw Zaini..huhu~

makan je la dah rezeki..
dapat air free lagi dari jiran belakang rumah yg jual air..
satu kemestian kalau ke pasar malam..
mesti dapat air free..sukeeeee..
balik rumah ngappp..ngappp..
terus layan blog kejap..

ok lah..dah sampai masa nak tidur..
esok training lagi..saya sukeeee..
boleh berfoya2 sikit..hehehehe~
till then..dadaaaaaaaaaaa~
don’t miss me..lalalalala~

post signature

Leave a Comment

Mak Tak Sihat Lagi

Pagi tadi tiba² Anna call..
bagitau yg dia dan ayah nak bawa mak ke hospital..
saya terkejut yg amat..kenapa pulak..
semalam mak ok je..
rupanya malam tadi mak sakit perut..
dia kata rasa macam nak pecah..

En. nazir pun ikut dorang ke hospital..
baru sekejap ni En. Nazir sms saya..

“Abang dh blik dri antr mak. mggu dpn mak kna pg lg, 4/5.
mgkin msalah buah pnggang coz kncing kotor”

Ya Allah..
dugaan lagi..hari tu kencing manis..
sekarang buah pinggang pulak..
harap² mak bersabar dgn dugaan ni..

post signature

Leave a Comment

Penangan ESQ Program


Ingat tak last 2 weeks saya dlm dilema..
antara majlis kahwin dgn program ESQ..
Emotional, Spritual & Quotient Program..
rasa excited pula nak pergi next batch..
sebabnya..feedback dari kawan² sgt memberansangkan..
dorang kata tak rugi attend program ni..
memang sure meleleh air mata..

hari ni duduk ofis rasa tenang dgn alunan Asmaul Husna..
pergi HR ofis pun pasang benda yg sama..
semua orang sedang menginsafi diri kah????
saya jadi teruja bila semua orang bercakap pasal ESQ..
kata salah sorang offficemate..better pergi 1 batch dgn hubby..

apa yg diperkatakan masa dlm program ni mmg menusuk ke hati..
tapi depends pada penerimaan diri masing² juga..
lebih kepada ketuhanan..kembali kepada ajaran Islam..
dalam landasan yg betul..kerana kadang² kita selalu terlupa kepada-Nya..
semua yg hadir melelehkan air mata..
termasuk yg bukan beragama Islam..
harap² semua yg pergi tu akan amalkan dlm urusan seharian..
bukan setakat pergi 3 hari..lepas tu lupa apa yg diberitahu..

petang ni saya dah me’nominate’kan diri sendiri..
untuk attend program ni..maybe dlm mid May or June..
saya sangat tak sabar..
saya baru saja call clerk department En. Nazir..
saya suruh dia nominate En. Nazir utk next batch..
hahaha~ suka hati saya saja kan..

[Nota Training Berwarna Ungu: Esok & lusa 28-29/04 saya kena attend..Excel Intermediate & Advanced training..mentang² boss takde..terus je dia suruh saya keluar dari ofis..bagus juga..hehehe~ nampaknya blog saya akan sunyi 2 hari..cheh~ boleh caya ke??]

post signature

Leave a Comment

Selamat Pengantin Baru.. Haryati & Nik Mohd Syukri

To Yatie & Syuk
Selamat Pengantin Baru
..Selamat menjalani hidup berumahtangga..
Semoga bahagia hingga akhir hayat..

Semalam kami sekeluarga meraikan majlis perkahwinan sepupu..
boleh tahan meriah..maklumlah dah berkumpul ramai²..
ada saja cerita yg nak dikongsi..
tapi kali ni family Makcik & family Pak Long tak balik..
Makcik..hubby dia kursus kat Penang..
Pak Long..ada masalah kesihatan..
terasa gak bila dorang ni tak de..
macam biasa juga lah..rewang merewang..
tolong menolong buat kerja..
pengantin bersanding dlm pukul 2.30..
kaler tema maroon..alamak saya takde baju maroon..
baju yg saya pakai ni pun beli last minute..
sempat singgah kat Pekan Senggarang hari Sabtu..
kira ala² maroon yg dah dicairkan la ek..
Syuk ni orang Terengganu..
maka ramai juga lah kaum kerabat dia dari sana..
mesti dorang pelik..berapa banyal tol daaa..
biasa lah orang Johor..
tak meriah kalau takde tol² ni..ehehe~
adik saya Anna pun join sekaki..
sabar je lah..layan lah gambar di bawah~
sebelum maghrib semua bersurai..
balik rumah masing²..
kesimpulannya.. 2 hari yang memenatkan tamat!

post signature

Leave a Comment

Selamat Pengantin Baru.. Hazida & Julfiadi

[Entry orang kahwin dah mula ;-p]

Hari Sabtu lepas seperti yg diwar²kan..
saya dan En. Nazir menghadiri majlis perkahwinan kawan baik saya..
plan awal nak keluar rumah dlm pukul 12.30..
dah janji dgn Emmy nak saing..
rewang punya rewang kat rumah MokDe..
sampai terlajak ke pukul 1 lebih..
maka keluar rumah pun lambat..
maklum lah GP ke Benut bukan dekat..
1 jam juga perjalanan kami..saya tak pernah sampai ke sana..
tersesat barat juga lah kami..
nasib baik singgah bertanya..
kalau tak sure sesat..kami sampai dlm pukul 3 lebih..
pengantin dah siap makan berdamai pun..
To Ajie & Jul..

Selamat Pengantin Baru

Semoga kekal & bahagia hingga ke akhir hayat..

[pengapit import dari Gelang Patah..mengikut tema Coklat tu ;-p]

Ni la pengantin perempuannya..
dia ni x-unimate, x-classmate, x-housemate, x-roomate saya..
kenal dari diploma sampai la ke ijazah..
sangat manja orangnya..hehehe~
sebelum ni pernah tengok dia bersolek sakan..
haaa..terkojut mak cik tengok bila jadi pengantin..
berseri muka dia..


Apa yg membuatkan saya sgt excited nak ke majlis ni..
semestinya sebab nak jumpa mereka² yg di atas..
diorang ni pun sama kawan serumah masa kat U..
hampa sikit lah sebab tak dapat sembang lama..
saya datang lambat..dorang dah nak balik..dapat gambar² sekejap..
borak pun tak sampai 100 patah perkataan..huhu~

Aini..Mak buyong 2nd baby..sekarang duduk rumah je..
Uderk..org BP..masih kerja di HKL..
Lynn..org Benut..kerja di KL juga..
[saya menanti kad jemputan dorang berdua ;-p]
Amien a.k.a Umi Alya..dia org Simpang Renggam..
junior saya..tapi kami sebaya..masih boleh jumpa di blog..

Mane Emmy tak sampai²????
Tengah saya dok makan..tiba² Emmy call..
tayar kereta dia meletup kat highway area exit Kulai..
lor..kesiannya dia..dah la drive sorang..
dia datang dgn anak angkat dia..hubby dia kerja..
kesian Emmy..terus tak jadi datang..
tak dapatlah saya jumpa dia..

dah siap makan terus jumpa pengantin..
Azie berseri² betul..Jul nampak macam budak baru abis SPM..
hehehe~ terus ajak En. Nazir snap² gambar..
coz kami nak balik kampung Senggarang lepas ni..
dah salam² dgn pengantin dan mak dia..
saya terus ler keluar..
tiba² ada suara panggil..

“Hernee..Hernee”

aiiikkk????
peliknya..ada ke makcik² kat Benut ni kenal saya..
saya toleh kiri..cari siapa yg panggil..
rupa²nya..Didie..kawan sekelas gak masa belajar..
dia datang dgn hubby dan anak dia..

Ni la Didie.. orang BP juga..kerja di KL..
tiba² En. Nazir kenal pulak dgn hubby dia..
dah namanya sekampung kan..
dorang pernah satu company masa kerja di Sharp..
sempat berbual sekejap saja..
ni pun tak sampai 50 patah perkataan..
dah lama tak jumpa dia ni..
takpe lah next time ada rezeki jumpa lagi..


lepas tu kami bergegas balik Senggarang..
tuju rumah SIL dulu di Parit Raja..
barulah jumpa ibu mertuaku..hehehe~
malam dlm pukul 8 lebih baru kami bertolak balik ke GP..
sampai GP pukul 11..haiiiyooo..penatnya..
Konsert AF pun dah nak habis..
tapi saya suka sangat..sebab Aril keluar..
yesss..yessss..[sorry peminat² Aril..i dun like him!]

tamat kisah hari Sabtu.. ;-p

post signature

Leave a Comment

keLETIHan

2 hari ni tak sempat nak jenguk blog..
baru ni la saya dapat duduk ngadap..
almaklumlah ada majlis kahwin 2 hari berturut2..

saya akan update secara beransur2..
kalau rajin secara bertalu2..hehehe~
rasanya macam vitamin “M” banyak ni..
mata pun kelat2 gak..
alasan yg sangat kukuh~

post signature

Leave a Comment

Gelap Gulita

Tengah dok khusyuk ambil angin kat blog kawan2..
tetiba black out la pulok..
gelap gulita ni.. lilin pulak tak jumpa..
hadoi rimas nya.. nyamuk banyak pulak..

Siang tadi makcik dah terkedu nak menjawab..
bila En. Nazir tanya..

“Langsir tu bila nak di jahit”

Gulppp..
konon2nya berangan nak potong n jahit malam ni..
tapi dah gelap macam ni nak jahit mcmana..
nanti terpotong jari siapa yg susah..
En. Nazir gak..hehehe~
selalu terselamat dgn alasan yg kukuh..
lalalalalala~

En. TNB tolong cepat la buat apa yg patut..
saya dah tak larat rimas ni..
[panas dunia dah tak tahan..apa la saya ni]

post signature

Leave a Comment

Happy Weekend for Week 17!

Happy Weekend ye uols..

Apa plan this weekend??

As for me..

Sabtu
** Nak pergi my best friend’s wedding..Ajie & Jul..
[tak sabar nak jumpa Emmy..Amien..n kawan lain]
** Balik terus rewang rumah Mok De..

Ahad
** Sepupu kawin..Haryati & Syukri..
rewang jangan tak rewang..

[Nota merah: bila masa la nak jahit langsir ni..huhu~]

post signature

Leave a Comment

Cubaan 1..2..3..

Testing..

Saja nak mencuba post entry through email..

Melayan keJAKUNan pulak petang² ni..hehehe~

post signature

Leave a Comment

Service Charge

Kawan²
sekadar nak bertanya untuk siapa² yg tahu..
betul ke “service charge” dah di mansuhkan..
saya tak tahu cerita pun..
boleh ek..ketinggalan zaman betul~

tadi dalam kereta Mint dok membelek resit..
tiba² dia kata sepatutnya service charge dah tak dikenakan..
Aien pun kata macam tu..
betul ke??? saya takde jawapan..
kalau betul harus buat aduan ni..
hehehe~ macam poyo kan..
tapi hak kita sebenarnya..
walaupun seposen..
betul tak???

post signature

Leave a Comment

Lunch @ Pizza Hut Nusa Bestari

Tadi kan saya ada bagitau nak lunch dgn Geng Makan..
tepat pukul 12.30 saya dah terpacak menunggu Aien..
Mint datang lambat sikit..ada hal katanya..
baru nak parking tup² kereta Mint dah ada kat belakang..

sampai² terus order coz semua dah lapar..
Aien nak makan pizza..so order Combo Set No1..
Mint nak makan spagetthi.. Combo Set 2..
Saya nak makan spagetthi gak..
tapi saya amik Meatball Bolognise..
plus Garden Salad share bertiga..
air macam biaso la..
makcik tak minum air gas ni haa..
ice lemon tea je la..

saya sempat snap gambar kat atas tu je..
spagetthi saya..hampeh.. dah abis makan baru ingat..
dah lapar sangat dapat terus bedal..
kami sangat tamak ambil garden salad okeh..
menggunung ko..boleh bankrupt Pizza Hut..hehehe~
ala kita bayar kan..makan je la..

Ni la Geng Makan sejati saya..
Aien N Mint..dua² sebaya..23 tahun..
sorang dah jadi ibu..yg sorang lagi belum..
terasa muda i kawan dgn org 23 tahun ni..hehe~
sebelum menayang muka dorang kat sini..
saya dah mintak kebenaran dulu..
ala..dorang tak bagi pun saya tetap nak tepek gak..
sebenarnya yg teringin sangat nak makan spaghetti ni Mint..
tapi macam biasa lah..dia yg tak abis makan..
saya pun tak larat nak tolong kenyang gila..
apa pun saya sangat enjoy lunch dgn dorang..
thanks ye adik²~

post signature

Leave a Comment

Malam Punya Cerita


Malam tadi..tengah duk melayan blog..
Anna ajak saya join aerobik poco²..
alang² En. Nazir takde kat rumah..
maka saya pun on je la..hehehe~

semangat betul makcik² tu semua..
yang muda² cuma saya n Anna je..
ada lagi yg muda..tapi tak datang malam tu..
[yg muda tu mesti terasa bila baca entry ni.. dia my silent reader ;-p]
malam ni ada sesi berpoco² lagi..
kalau rajin saya join la..
step dah boleh gak la di ingat..hehe~

Nota turqoise: To Azie.. malam ni jangan lupa..sidai baju awal² aeh..hehehe~

post signature

Leave a Comment

Sape Yang Ajar Ni???

Gambar ni saya rembat dari blog adik saya Anna..
rasa geram tengok aksi si Nemo ni..
sibuk adik saya layan blog..
sibuk juga dia menempel dpn lappy tu..
macam lah awak tu pandai membaca kan..

sape la yang ajar Nemo ni..
kalau macam ni.. tak payah hantar kelas komputer la..
bagi Nemo lappy je..
biar dia cuba sendiri..hehehe~
jangan terkejut kalau Nemo ada blog nanti..
hehehehe~

[Nota hijau: Tak sabar nak tunggu pukul 12.30..dah janji dgn Geng Makan..ari ni nak lunch kat pizza hut..awal² dah mintak kebenaran bertulis beserta setem hasil dgn En. Nazir..lulus gak permohonan saya ni..hehehehe~]

post signature

Leave a Comment

Older Posts »