Archive for Weekend

Aktiviti Beraya/ Open House Hujung Minggu

  • Open House Sure NZ Cafe – 03 Oktober 2009, 3 – 10pm @ Taman Desa Tebrau.

Tak pergi kot, kami ada agenda lain siang dan malam. Jauh la..

  • Open House Jiran (Pengerusi Ahli Mesyuarat Tingkap ;p) – 03 Oktober 2009, 8-11pm @ Pangsapuri Seri Mengkuang.

Dekat sepelaung.. confirm kami datang..

  • Open House Apong Kawan En. Nazir – 03 Oktober 2009, 8-11pm @ Kampung Mengkuang.

Musti pergi..

  • Open House Kawan En. Nazir – 04 Oktober 2009, 8-11pm @ Benut.

Jauh lagi.. En. Nazir kerja siang balik malam, confirm tak sempat..

Maka weekend ni kami hanya menadah perut di rumah kawan-kawan yang buat open house. Rezeki, alhamdulillah. Malam ni pun masih beraya di rumah kawan En. Nazir.

Ada lagi jemputan, malas nak type. Teringin nak ke rumah Mimi, tapi macam tak berkesempatan je.

Open house kami? Belum ada rancangan. Tapi kalau kawan-kawan nak ke rumah make sure bagitahu awal-awal, sekurang tak datang makan kuih raya saja.

post signature

Leave a Comment

Apa kes lah ni


minggu lepas kami balik kampung.

balik kerja tak sempat balik rumah en.nazir dah ajak balik kampung. maklumlah dah berzaman tok kadok tak balik ke rumah MIL. boleh jadi lupa dia pada muka menantu dia ni ;p

sampai saja kami di pekan nenas, jalan jem panjang gila. rupa-rupanya ada road block. emmmm.. kami membebel berdua. entah apa kes lah ni sampai polis ni buat road block. kereta memang berpusu-pusu. masing-masing tak nak mengalah. kereta sebelah kami berdengek2 bunyi tayar. saya asyik mengingatkan en.nazir supaya sentiasa hati-hati dan sabar. memang sakit hati juga tengok kereta sebelah kami tu. takut sangat kereta lain memintas sampai memandu dengan keadaan bahaya. bila dah melepasi polis-polis tu en. nazir memandu seperti biasa.

tak lama sampai area benut, ada lagi road block. haiyaaakk. leceh betul. memang saya tak suka. nanti ada saja kereta yang menyelit-nyelit. lepas dari road block di benut, perjalanan lancar sampai ke rumah MIL. kami sampai dalam pukul 9.40 pm. alhamdulillah.

ingatkan waktu pergi je ada road block, balik pun sama juga daaa. menyirap je darah. sepanjang jalan pekan nenas nak ke gelang patah jem. apa lagi kami pun……

…menayang muka la. hehehehe~ tapi saya confuse en.nazir nak buat sign apa tu? peace??? tapi kenapa tiga jari yang keluar??? nak rock??? pun bukan. lantaklah jadi bahagia. hehehe~

post signature

Leave a Comment

Aduh..du..du..

Hari ni dari pagi sampai ke petang rasa sakit perut. Tak tahulah kenapa. Salah makan agaknya.

Dalam sakit perut tu, sempat juga pergi belanja barang-barang dapur di Kip Mat Tampoi. Maklumlah dah hujung bulan, stok barang-barang dapur pun dah berkurangan. Sementara kami bercuti lebih baik belanja awal. Minggu depan nak balik BP. Dah 3 bulan tak balik kampung. Tak jumpa weekend yang sama cuti, itulah masalah kami. Nasib baik MIL sangat memahami.

Hari ni masak pun tak banyak cukup untuk makan tengahari saja. Saya masak udang dan paru-paru goreng. Sekali ngappp je tadi.

Malam ni plan nak tapaw KFC ;p Sambil tengok tv sambil makan KFC. hehehe~ tapi En. Nazir dah khayal tengok tv ada badminton tournament. Saya pun apa lagi ambil kesempatan menjengah blog. Yang tensionnya sekarang ni, coverage cbb saya semakin hampeh. Kalau di rumah emak masih ok lagi. Kalau dirumah saya ni, emmmmmmm… makan hati berulam jantunglah jawabnya.

Malas nak layan. Perutku memulas-mulas.. huhuhuhu~

post signature

Leave a Comment

Keboringan

Keboringan berhujung minggu sorang diri di rumah.

Puas melayan novel saya terlelap, bangun semula sambung baca novel. Lepas tu agak boring lagi saya online pulak. En. Nazir kerja hari ni. Saya tercanguk sorang-sorang. Kalau duduk rumah, perut ni asyik rasa lapar je kan. Gemuklah si Hernee macam ni. hehehe~

Malam ni adik Umi Nawfal jiran kami, jemput kenduri di rumah dia. Saya kena tunggu En. Nazir balik barulah dapat ke rumah dia. Jadi malam ni tak payah masak ye. Kita makan kat rumah kenduri. hehehe~ Mesti Umi Nawfal dah berkampung kat Sri Mengkuang kan. hehehe~

post signature

Leave a Comment

Roasted Chicken Wings

Semalam pergi kedai cari lauk dengan En. Nazir, tiba-tiba ternampak chicken wings. Muncul pula idea nak buat roasted chicken wings. Cheh~ nama tak mengalah. Beli tak banyak cuma 4 ketul saja. Cukuplah sorang dua ketul. hehehe~ First time nak bakar guna microwave.

Sampai ke rumah saya terus bersihkan chicken wings, dan marinate. Bahan-bahan untuk memerap saya ikut resepi sendiri. Tak de google-googlenya, ikut kata hati chewah. hehehe~


Bahan-bahan>> Chicken wings [ikut suka nak banyak mana], cili kisar, bawang besar dan bawang putih kisar, halia 1/2 inci kisar, madu, kicap manis, sos tiram, garam dan ajinomoto.

Cara-cara>> Perapkan chicken wings dengan semua bahan-bahan yang di atas. Rasa ikut suka. Perap dalam masa sejam atau lebih ikut kesesuaian masa anda juga ;-p Bakar dalam microwave selama 5-10 minit.

Senang saja kan. Bila dah siap masak, saya pun cepat-cepat hidang makan tengahari. Tak sabar-sabar nak rasa dan nakdapatkan feedback daripada pengkritik tetap saya, En. Nazir. hehehe~

Respon yang saya dapat daripada En. Nazir.. “Emm.. sedap boleh wat lagi.. macam rasa chicken wings pizza hut” Wow.. kembang pula wife dia dengar. hehehe~ Siapa lagi nak puji kalau bukan hubby sendiri. Ye tak? Apa pun memang sedap. Serious bukan angkat bakul pula. Siapa nak cuba boleh cuba dan selamat mencuba ;-p

post signature

Leave a Comment

Majlis Kahwin Sepupu

Berzaman baru cerita majlis kahwin sepupu saya ni di ‘publish’.. harap maklum ya tentang kerosakan cpu saya dan juga kemalasan kesibukan saya memindahkan ‘work station’ ke bahagian yang lain.. sangat memenatkan.. walaupun ‘line clear’ juga di sini.. tapi saya takut lagi nak bermaharajalela meng’update’ blog..hehehe~

Berbalik pada cerita kahwin ni.. majlis berlangsung pada hari Sabtu lepas.. di rumah Pak Long saya di Kota Masai.. kami pergi beramai-ramai barulah meriah..hehehe~ kami sampai lebih kurang pukul 1 lebih.. terus makan tak tunggu lagi.. perut memang tak sabar minta diisi.. elok saja makan beberapa minit pengantin pun berarak.. selesai makan duduk melepak bersama ahli keluarga yang lain..

Pak Long saya menjemput kumpulan Zapin kanak-kanak.. dari sekolah mana atau persatuan mana saya kurang pasti.. yang penting comel-comel belaka..hehehe~ sempat lah kami menonton persembahan kanak-kanak comel ni..

Justify Full

Nampaknya En. Nazir cuba mengontrol hensem semasa saya mengambil gambar ini..hehehe~ [ampunkan saya penunggu gua] masing-masing asyik menonton zapin.. tengok tu adik sepupu saya minta didukung.. kesian Pok Teh saya senget-senget mendukung anak..hehehe~ yang tudung turqoise tu Mak Anjang saya.. semua tak perasan masa saya snap gambar ni..

Lepas menonton persembahan zapin ni saya dan En. Nazir terus bergegas menuju ke rumah kakak En. Nazir di kawasan Pasir Gudang juga.. kami singgah di Taman Cendana.. dah lama rasanya tak jumpa anak buah..keluarga yang lain masih di rumah Pak Long.. makan untuk second round..hehehe~

Sampai rumah Kak Long kami lepak-lepak dan sempat juga menidurkan diri masing-masing.. saat tu kepala saya sangat pening.. mungkin cuaca yang panas. dan banyak makan nasi minyak. . saya alergik..dalam pukul 6 lebih kami balik.. tapi sempat singgah di Econsave mencari hadiah untuk Apong kawan En. Nazir..

Sebelum sampai ke rumah sempat membeli makanan.. hajat hati nak lepak di gerai makan tepi Sungai Gelang Patah.. tapi kepeningan yang amat membuatkan saya membatalkan niat tu.. sampai rumah makan dengan perasaan lapar yang menggila.. tapi akhirnya makanan sempat singgah beberapa minit.. lepas tu semuanya terkeluar semula.. pening kepala sangta-sangat! terus tidur..esok nak ke rumah pengantin lagi..

Itu cerita hari Sabtu.. cerita Ahad bersambung esok kerana saya nak balik pukul 4 ni.. saya time off ada hal nak di selesaikan.. jumpa kawan-kawan semua esok ya!

post signature

Leave a Comment

Jadual Hujung Minggu

Jika diizinkan Allah:

Sabtu – Ke Kota Masai.. majlis perkahwinan sepupu Nooreha..

Ahad – Ke majlis perkahwinan kawan sekolah.. Norizah Sarmani.. seterusnya ke Pontian majlis perkahwinan rakan sekerja En. Nazir.. Apong [tak tahu nama penuh] ;-p

Musim cuti sekolah sudah bermula.. maka bermulalah musim orang mengawan kawin..hehehe~ Selamat Pengantin Baru untuk semua pengantin di dunia.. bermulalah alam rumahtangga anda..

post signature

Leave a Comment

Berkelah Di Bawah Second Link

Hari Ahad yang lepas kami berkelah di bawah jambatan Laluan Kedua Malaysia Singapura..hehe~ lokasi yang menjimatkan.. tak perlu ke Tanjung Balau ke, Air Papan ke, berkelah di kawasan kampung sendiri dah mencukupi.. dapat juga menghilangkan tekanan di hujung minggu.. walaupun kami tak mandi manda tapi dapat juga menghirup udara laut..masing-masing ada tanggungjawab menyediakan makanan.. menu kami pagi tu.. nasi ambeng..aeh ambeng ke ambang?? hentam saja lah.. yang penting sedap..


Inilah juadah kami.. hasil usahasama maka terhasillah nasi ambeng.. walaupun kami bukan orang Jawa tapi jadi juga nasi nya..hehehe~ nak seribu daya kan.. kami ke sini sebenarnya nak menghiburkan mak.. semuanya idea Mak Idah.. supaya mak boleh lupakan penyakit dia buat sementara.. kami nak dia sentiasa ceria..


Sesampai saja kami terus menghidangkan makanan.. rupanya ada orang lain juga yang datang mengambil angin.. jiran lama saya..sempat juga kami bertegur sapa tanda bahasa.. walaupun tengah makan tapi masih sempat beraksi depan kamera..

Ini aksi-aksi model tepi pantai..hehehe~ perut dah kenyang kita hirup udara laut pula.. sambil tengok En. Nazir memancing.. lepas balik kerja malam En. Nazir beritahu saya yang ada pertandingan memancing di Kg. Pok.. tapi dia awal-awal dah beritahu yang dia nak ikut berkelah jadi dia batalkan saja.. memancing bawah jambatan ok juga walaupun hasilnya ikan buntal..hehehe~

Mak dan Mak Idah sempat juga layan kamera.. tengok mak saya bertambah-tambah kurus semenjak sakit ni.. Mak Idah la kawan penambah semangat dia.. itu dia dua kumbang yang menyelit di tengah-tengah lima kuntum bunga..hehehe~ nasib baik ada Ider sepupu saya.. ada juga teman En. Nazir.. kalau Ider tak de pun tak jadi masalah.. En. Nazir masih boleh duduk antara kami lagi..

Masing-masing berangan nak jadi model..hehehe~ dalam pukul 2 lebih kami dah mula berkemas untuk balik.. Mak Idah sempat juga terlelap.. mana tak nya..perut dah kenyang angin pula bertiup tak ke membuatkan mata jadi berat dan mengantuk..ehehe~

Gambar ini khas untuk peminat-peminat kami..hahahaha~ jangan muntah darah ye.. saja posing tepi En. Nazir yang tengah memancing.. tak silapnya lepas bergambar ni la buntal makan umpan..hahaha~ jangan tenung gambar saya lama-lama.. saya nampak kembang semangkuk di situ.. ;-p

Semasa perjalanan balik menuju ke kereta saya terjumpa pokok ini.. kami panggil pokok ni pokok letup-letup.. tak tahulah kalau ada nama lain.. dulu masa zaman kanak-kanak pantang jumpa pokok ni.. mesti petik buahnya yang dah masak kuning dan makan.. tapi masa jumpa hari tu tak berani pula saya nak petik.. dah lama tak makan nanti keracunan ke susah jadinya..hehehe~ kami sampai rumah dah hampir-hampir ke pukul 3.. siap-siap mandi dan buat apa yang patut terus terbongkang sampai ke pukul 5..

post signature

Leave a Comment

Weekend Planning

Yeay! esok cuti..
selamat bercuti kepada semua..

Planning untuk cuti minggu ni:

Jumaat – Jahit langsir sampai ke jahitan yg terakhir..no delay..hehehe~

Sabtu – Pagi plan nak OT kejap.. lepas tu nak tolong En. Nazir cuci rumah sekali lagi sebelum kami pindah..

Ahad – Pindah rumah..Insya’Allah..

post signature

Leave a Comment

keLETIHan

2 hari ni tak sempat nak jenguk blog..
baru ni la saya dapat duduk ngadap..
almaklumlah ada majlis kahwin 2 hari berturut2..

saya akan update secara beransur2..
kalau rajin secara bertalu2..hehehe~
rasanya macam vitamin “M” banyak ni..
mata pun kelat2 gak..
alasan yg sangat kukuh~

post signature

Leave a Comment

Happy Weekend for Week 17!

Happy Weekend ye uols..

Apa plan this weekend??

As for me..

Sabtu
** Nak pergi my best friend’s wedding..Ajie & Jul..
[tak sabar nak jumpa Emmy..Amien..n kawan lain]
** Balik terus rewang rumah Mok De..

Ahad
** Sepupu kawin..Haryati & Syukri..
rewang jangan tak rewang..

[Nota merah: bila masa la nak jahit langsir ni..huhu~]

post signature

Leave a Comment

Weekend Yang Memenatkan

~Entry tidak bergambar..sgt malas nak snap..cuma bertulisan yg agak semput untuk membaca. Harap maklum~ ;-p

Sepanjang 2 hari bercuti saya tak sempat nak update blog..
bukanlah busy sepanjang masa sangat..
tapi memang takde kesempatan nak layan blog..
lagi pun biarlah adik saya yg layan blog dorang..

Ok..sekarang saya nak ceritakan aktiviti Jumaat..Sabtu & Ahad

Jumaat petang..
Balik keja..lepak² dulu..mandi manda..
terus pergi rumah kami..
memang dah plan nak cuba tidur sana semalam..
dengan jayanya kami sempat tidur sana malam Sabtu tu..

Saya tak makan malam lagi..
sebelum pergi sempat bekal Mamie Slurrp Ayam..
beli sotong sikit wat rencah..
sampi rumah apa lagi masak le kejap..
saja nak test dapur baru..hehehe~
lepas makan..saya terus rasa mengantuk yg amat..
ye la..harapkan bunyi radio je..
tv takde..bertambah mengantuk..
tak sedar terus terbongkang..hehehe~
kesian En. Nazir kemas sorang..
saya nak bangun awal esoknya..
ada poco²..cheh~

Sabtu..

beriya ok saya bangun awal..
nak gi poco² pukul 7.30am..
saya call Ana suruh ambil saya..
tiba² Ana kata.. “Poco² cancel..coz ade org meninggal dunia”
ler pulak..kenapa la dia tak bagitau awal..
saya pun terus menumpang sebantal lagi..hehe~

Dalam pukul 9 kami kemas²..
ada contractor datang nak betul defect kat dinding rumah..
tunggu dia buat punya lah lama..dia gi lunch pulak..
last² kami tinggalkan kunci rumah kat security guard..
so bila dia datang semula..pak guard bukakkan pintu lah..
kami terus balik rumah makan² dan bersiap..
kami ada agenda lain lepas ni..

kami terus ke Pekan Nenas..hehehe~
kelakar pulak rasanya shopping kat Pekan Nenas..
sebelum ni En. Nazir ada survey lcd tv kat satu kedai ni..
nak compare dgn harga kat BP..sini lebih murah..
itu yg plan nak beli kat sini je..

sebelum terjah kedai tv..
kami ke Kedai RM1.30 dulu..
nak cari barang² dapur yg belum cukup..
maklumlah..orang baru nak hidup sendiri..hehe~
dah siap belanja terus ke kedai tv..

plan awal En. Nazir berkenan Toshiba Regza..
tiba kat sini dia dah rambang mata pulak..
setelah sesi tawar menawar selesai..
akhirnya dia pilih Panasonic pulak..
suka hati lah En. Nazir..saya ikutkan saja..
janji ada tv..hehehe~
tercapailah sudah impian dia tu..

aeh..belum lagi..
ada lagi yg dia teringin..
dia teringin nak Home Theater Set..
masih lagi dalam proses survey..

dah settle semua..singgah Nusa Perintis kejap..
lepas tu kami terus balik..penat gila..

Malam..layan konsert AF..
kesian pulak Qhaud keluar..malam tu dia BEST!
lepas tu layan Cerekerama.. Cahaya Berbisik..
cerita ni ada part sedih..
macam biasalah.. Rosyatimah layan perasaan..
sambil digelakkan oleh En. Nazir yg takde perasaan tengok cerita sedih..huhuhu~

lepas tengok tv bagai..
terus tidur..stamina untuk esok nak cuci rumah pulak..
ohhhh..lupa..plan asal nak jahit langsir..
tapi terkelendat lagi..hehehe~

Ahad..

Pagi bangun sarapan..lepas tu terus pergi cuci rumah..
kami mula dalam pukul 10 lebih..
rasa selesa sikit bila satu rumah dah cuci..
penat bukan kepalang..
dah tengahari..belum makan lagi..
saya suruh Ayu ambil nasi kat rumah..
kami makan macam pelarian yg dah tak jumpa makanan sebulan.. ;-p
lepas makan sambung cuci semula..
dalam pukul 4 lebih baru kami berhenti..
pukul 5 nak hantar Ayu balik hostel..

Siap² hantar Ayu dalam pukul 5 lebih..
singgah jumpa Nuar kat Taman Perling..
kesian Nuar dia pesan nak hanger dgn selimut..
kami teruskan perjalanan ke Jalan Yahya Al-Datar..
chewah~

dah settle hantar Ayu..
tekak saya teringin nak makan McD..
so kami singgah sekejap di Perling Mall..
ronda² sekejap kat ground floor..
kami terjumpa booth.. Thai Foot Massage..
tiba² En. Nazir buat keputusan nak buat foot massage..
layankan saja..entry foot massage lepas ni..malas nak combine..
lepas tu ronda lagi..jumpa kawan masa keja 7E kejap..
borak² sambil tergoda dgn brooch yg dia jual..
dalam pukul 8 lebih baru kami balik rumah..

tiba rumah Ana takde..
ooohhh..dia berpoco²an rupanya..
sempat saya menjengah di rumah jiran..
dorang tengah asyik berpoco²..
next time saya join..hehehe~

balik rumah kepala jadi ting tong..
En. Nazir online sekejap..
tapi saya join sipi² je..
kepala pusing..saya tak boleh nak buka mata..
saya rasa dalam rumah berpusing..
oooohhhh..tidak..penat sangat agaknya..
akhirnya saya tertidur di sofa..
sampai lah En. Nazir kejut suruh beralih masuk bilik..

itu saja cerita kepenatan saya dihujung minggu..
kami plan untuk pindah rumah dalam 2 minggu lagi..
mungkin pada 3 Mei..Insya’Allah..

Nota tangan: Kejang tangan nak update..hehehe~

post signature

Leave a Comment

Ke Mana Saya Menyepi

Semalam saya menyepi dari dunia blog..
ke mana saya pergi..
saya tak kemana.. ada di rumah..
bagi peluang Ayu n Ana update blog dorang..
cheh~

aktiviti pagi macam last n3..
lepas balik poco² tetiba nak makan meat ball spagetthi..
terus ajak En. Nazir ke pasar..
nak beli bahan²..chewah..
balik pasar terus masak pung pang pung pang..
pukul 12.30 dah ready nak makan..

masihkah anda ingat..
semalam hari last PC Fair..hehehe~
yang sudahnya saya tak pergi juga kali ni..
tetiba rase takde perasaan nak pergi..
ikutkan memang dah plan nak pergi lepas balik hantar Ayu..
tapi saya cakap dgn En. Nazir tak nak pergi..hehehe~

last² kami ke Jusco Taman U..hehehe~
kami belanja barang² untuk rumah..
ada lah sikit yg kami belanja..
malas snap..coz dah huru hara dgn barang²..

dah penat membeli dan membelah..
kami singgah SR..
penat gila + lapar gila..nasib baik tak gila..hehe~


saya order..Frosty Lemon Tea
+ Rosted Chicken with Tumeric Sauce..
En. Nazir pulak order.. Grilled Blackpepper Chicken
+ Green Apple Kasturi..
kami share mushroom soup..
mula² plan nak makan pizza..
tapi orang ramai sangat..
tu yg ubah haluan tu..

dah siap² makan terus balik..
nak tengok ABPBH..hehehe~

post signature

Leave a Comment

BerPOCO²an di pagi Ahad

Pagi semalam sempat berpoco²an..
dengan Anna, Mak Idah, Aci n orang setaman..
saja coz dah lame tak join aktiviti gaya hidup sihat macam ni..cheh~
pagi² lagi kami dah keluar rumah..
takde lah pagi sangat pun ..
pukul 7.30 pagi jek..hehehe~
semua berkumpul dekat dataran Klinik Desa Paya Mengkuang..
maklum ler yang menganjurkan pun nurse² kat situ..
before this pernah gak join poco² ni..
kat tempat saya ni tak aktif lagi..
saya tahu sikit² je basic step nya..

ni pun baru permulaan..
tiba² makcik² kat sini nak berpoco²..
org² muda yg datang tak ramai..
as usual saya berdua beradik mesti ade la di tengah² makcik²..
hehehe~ praktis bergaul dgn orang tua..
nanti senang..hehehe~

malas nak update panjang²..
next week ade poco² lagi..
maybe tukar hari Sabtu pulak..
layankan aje..
tapi saya layan lite² je..
tak boleh nak aktif² sangat..
mau membebel org² yang sayang saya nanti..
cheh~ perasan..

Nota kaki: Amacam menjadi tak gambar kat image signature & highlight yg Mummy Dasy ajar tu.. tq to Mummy Dasy..lain kali ajar lagi yek..

post signature

Leave a Comment

Preparation Maulidur Rasul

Emm..weekend ni saya sgt busy..
Busy buat ape? Hurmm..cam yg saya dh bgtau..
Busy dgn preparation Maulidur Rasul esok..
Mcm biase setiap tahun kat taman ni memang ade pertandingan..
Setiap jalan akan terlibat dgn perarakan..
Ade gak jalan² yg tak join..
Tapi bagi jalan rumah saya.. Jalan Kelasi 7..
Kami mesti masuk walau ape pun jadi..hehe~
Bukan nye nak menang yg kami harapkan..(kdg² mengharap gak ;-p)
Cuma nak same² meraikan Hari Kebesaran Nabi Muhammad S.A.W..
Mase ni la kami dpt bekerjasama antara jiran²..

Pagi semalam saya, Ana n Mak Idah..
Kami same² rewang buat ape yg patut..
Tengah buat keje sempat suruh En. Nazir snap gmbr kami..
Hehehe~ saje je nak tayang muke..
petang tu kami ke Tampoi jap..
nak cari bunge telur tak beli lagi..
idea nak menang ni dah mencurah² dah..hehe~
usahakan tangga kejayaan..
aeh..tadi kate tak fikir nak menang..
cmane tuh????hehe~
Kami gi Tampoi Indah dlm pukul 2 lbih..
En. Nazir keje malam..so die tinggal tido kat rumah..
Pegi berlima..saya, mak, Ana, Bariah n Mak Idah..
sampai² kitorg terus ke kedai RM2..hehe~
lain plan lain yg dituju..kedai yg nak dituju kat depan lg..
dah round² baru sampai kedai Mulan..
kedai jual accessories perkahwinan..
hehe~ rase cam nak beli brg kawin dulu² plak..

boleh tahan la price kat sini..
dah beli² terus ke Kedai Kain Sally..
nak cari kain cotton nak wat selepang..hehe~
kenape kami tak ke Jakel? Padahal berdepan je..
hurmmmm..kalau dh ke Jakel..
jawabnye.. lain yg dibelanja..tgh sales plak tu..
Sales until 10 March 2009.. tak ke tergoda tuh..
That’s why la kami tak ke sana..hehe~
Dah siap² terus balik..
Actually saya tak lunch tadi..
Perut rase lapar sgt.. nak ajak ngeteh Restoran Johan..
Tapi belum bukak plak..
last² lepak kat Kedai Talib Gelang Patah jek..

Fuhhhh..makan ati makcik tengok..
Makanan dorang semua dah sampai..
Makanan saya n Mak Idah jek belum sampai lg..
Dah ler saya yg paling lapar..hadoi..dugaan..
Tu la order yg leceh² sape suruh..hehe~
Tak de la leceh mane..
Order Chicken Chop jek..

Kecor seh tengok makanan Mak n Bariah..
Dorang makan Rojak Asma..
Ana makan Nasi Paprik..


Bengangnye makanan tak sampai lg..
Huhu~ perut dah krek krok..krek krok..
Akhirnye sampai gak..dah lapar sgt saya tak snap gmbr pun..
Boleh tahan la sedapnye..dah lame tak makan..

Dah siap makan terus balik rumah..
Penat lorrr…

Saya tapaukan En. Nazir Chicken Chop gak..
So mase En. Nazir makan saya curi snap..hehe

Nie la barang² yg kami beli..
Malam terus je amik bahagian masing²..
Buat ape yg patut..ari ni pun still continue..
Tak sabar nak tunggu esok..
Doakan Jalan Kelasi 7 menang ek..hehe~

Leave a Comment

Rumah Pengantin

Hari ni saya menyepikan diri buat sementara..
sibuk menyiapkan report yg masih tak siap²..
kalau saya penyebabnye tak ape..saya akui la..
ni yg punca dari orang lain..
tu yg “Ari nie rase nak makan ORANG”
hehehe~tapi saya tak sezalim itu..
“As Sabarul Minal Iman”
ni nak cerite aktiviti hari Ahad..
macam yang dah diberitahu..
saya, mak n bariah nak ke rumah pengantin..
ade 2 buah rumah sebenarnye..
1 jiran terdekat saya..
dan lagi 1 kawan sekolah saya juga la..
n adik die kawan En. Nazir 1 department..
masa tengah bersiap² En. Nazir sms..
die kate dekat rumah kawan kami tu makanan best..
yang penting..ade ayam golek n kambing..
huishhh..faberet tuh..
(telan air liur sorang²)
En. Nazir siap pesan jangan makan kambing banyak²..
siap pesan²..tau ler wife de ni kuat makan..hehe~
sampai dekat rumah pengantin..
jalan punye la jem..berape ramai la jemputan pakcik ni gaknye..
nasib baik saya dapat parking keta tempat yang senang..
cume kena jalan jauh sikit je la..
ahhh..tak peduli..
lepas bersalam² dengan penyambut tetamu..
cam biase ade soalan cepu emas utk saya tiap kali jumpa org yang dikenali..
“Mane suami ko Long?”
jawapan yang pendek, ringkas, tepat dan padat..
“Die keje..datang dengan kawan².. kitorang cuti tak sama”
makcik nak saya tambah jawapan lagi ke..hehe~
lagi satu soalan teka teki..
“Dah ade isi ke?”
Jawapan saya..
“Ari tu dah ade..tapi belum ade rezeki la makcik”
banyak sangat soalan makcik² ni kan..
die tak tahu saya datang nak makan kambing n ayam golek agaknye..
sampai kat canopy tu..saya amik nasi minyak sikit jek..
dah kenyang..lagipun makan nasi minyak banyak..
sure nanti kepala ting tong..
saya perhatikan seluruh meja..
emmmm..tak de pun kambing n ayam golek..
tibe² makcik yang senduk nasi kate..
ayam tak siap lagi..stok dah habis..
hancusss..harapanku..huhu~
kambing pun tak nampak bayang..
dengan hati yang kecewa..chewah..
saya ajak mak duduk kat tengah..
air yang ada sangat banyak pilihan sampai rambang tekak..
macam kat pasar malam pulak..
saya ambik air mata kuciing jek..

oleh kerana dah kecewa..
saya cume ambik seketul ayam masak merah..
tembikai 3 hiris..dah cukup la tu..
tengah² makan saya nampak seseorang..
saya lambai die..die ialah Kak Umi..
sedara saya..dia tolong rewang..
dengan muka seposen dan tak malunye..
saya tak kat die..
“Kak Umi ayam golek takde lagi ke?”
Dia kate.. “Ade..tapi tak siap bakar lagi..nape? kak long nak ke?”
“Boleh gak..kalau Kak Umi nak ambikkan..” hehehe~
“Ar tunggu kejap..nanti Kak Umi ambikkan”
tak sampai beberapa minit Kak Umi datang..
saya nampak die ade bawak pinggan..
rupenye die dah berjaya ambikkan saya 3 ketul ayam..
“TQ..Kak Umi”

dapatlah saya menjamah ayam golek tu..
dapat sikit pun jadi la kan..
hehe~tak malu betul saya neh..
mak saya gekeng kepala jek la..
(dlm ati.. “Wat malu betul anak aku ni”)
kalau tak de Kak Umi tadi saya makan je ape yang ade..
ni namenye rezeki..hehe~
tak dapat kambing pun tak pe la..
saya tak excited nak makan kambing ari tu..

sangat gumbira dapat jamah ayam golek..
dah siap makan terus balik..
habis tu takkan nak gi basuh pinggan pulak..hehehe~

Leave a Comment

Mee Hoon Soto

Semalam saya buat Mee Hoon Soto..
tapi ringkas seringkasnye la..
tak sempat nak buat begedil..
n tak sempat gak nak siat² isi ayam..
coz sibuk nak ke rumah pengantin..
actually saje nak cube rempah yang saya beli dgn cousin saya..
dah lame beli tapi belum cuba lagi..
tajuk rempah ni “Rempah Soto Power”
dan ni la hasilnye..
boleh tahan la tapi tak de la power sgt..

yok makan yok!
::Caranye::
(ni copy yg kat bklg plastik rempah)
1) Rebus 2 ekor ayam dgn 26 cawan air (jenuh nak kire..agak ² je la) sehingga mendidih dan masak..
2) Angkat rebusan ayam tadi dan tuskan serta gaulkan dengan 1 sudu garam + 2 sudu serbuk kunyit + ½ cawan air untuk di goreng..
3) Setelah digoreng hendaklah disiat²kan dan tulang²nye dimasukkan semula ke dalam air rebusan tadi sehingga mendidih..
4) Masukkan Rempah Soto 100gm dan kacau serta tambah garam jika kurang masin..
5) Hidangkan bersama 6 pack ketupat nasi atau mee hoon, tauge, bawang goreng, daun sup, soo hoon goreng, begedil & sambal kicap..
Notes: Jika Soto daging, rebus dulu dagingnya sehingga empuk dan hiris nipis² serta ikut cara seperti di atas..

*******************

dah siap makan with Bariah n mak..
terus siap²nak ke rumah pengantin..

Leave a Comment

Kek Gula Hangus

Macam yg saya ceritakan kat n3 ni..
Tahap kerajinan saya memuncak pada hari Sabtu lepas..
bangun je pagi saya terus plan nak buat Kek Gula Hangus..
Resepi ni ditiru bulat² dari Umi Sufira..
dah lame simpan..tak de mase nak buat..
orang lain dah berkali² cube..but for me..
this is the 1st time..
kalau tak menjadi dan tak sedap kire tak pe kan?
hehehehe~

::Bahan²nye::

4 biji telur
2 cwn tepung
1 sudu soda bikarbonat
1 cwn susu pekat (mcm Mimi ckp mmg kena letak lebih utk lebih manis)
1 cwn minyak masak
1 cwn gula dihanguskan dgn satu cwn air

**Senang je kan bahan² nye**

::Cara²nye::

(ayat kat bawah ni dicedok dari ayat Mimi..di tukar sket..malas nak wat ayat sendiri..sorry ae Mimi)

Sediakan gula hangus…masak gula dalam kuali panas…
sampai cair dan berwarna kehitaman tuang air satu cawan…
dan kacau sampai rata..tunggu air gula hangus sejuk baru start baking..
Cara2nya..pukul telur sampai kembang….
lepas tuh masukkan susu pekat, minyak masak, dan gula hangus….
akhir sekali tepung yang telah di ayak ngan soda bikarbonat..
tapis dulu sebelum masuk dalam acuan membakar..
perap adunan 3-4 jam..then baru bakar..

dan hasil yg saya dapat adalah seperti di bawah..hehe~
actually terlebih perap dlm 5 jam.. (gi cuci keta punye pasal)
not bad..boleh tahan sedap..cheh..puji diri sendiri..
cume kurang manis sket jek..
padahal saya tak tambah kemanisan die..
ape pun masih boleh di makan..


malam tu Mak Anjang saya datang ke rumah..
merasa la die Kek Gula Hangus saya ni..
dan terus je die mintak resepi..
maka bertambah lah ilmu memasak Mimi..
saya dah panjang²kan resepinye ke org lain..
Nota kaki: Kawan² yang lain rajin²lah share resepi² memasak ye..

Leave a Comment

Cuci Keta

Pagi Sabtu lepas..bangun je saya terus teringat sesuatu..
nak gu cuci keta la..dah berzaman tak cuci..
tapi ade lagi satu yg saya teringat nak wat gak ari ni..
saya nak cube wat Kek Gula Hangus yg Mimi ajar tu..
sebelum gi cuci keta..saya adun dulu kek..
jadi tak de la buang mase kan nak tunggu 3 – 4 jam..
Ape yang mwmbuatkan saya lagi cepat nak gi cuci keta..
coz kat rumah tibe² black out plak..
boring kan kalau time macam ni..rumah jadi sunyi sepi..
kebetulan Adah (anak jiran) ade kat rumah..
so saya ajak die n Ana sekali teman ke GP cuci keta..
Niat hati saya nak gi bank bayar duit keta sekali..
tup² sampai bank saya terlupe bawak Maybank Card..hehe~
ape la nasib..jumpe lak Dida kat bank..
terus tanye die mane satu Car Wash yg ok..
n die tunjukkan ler yg mane..
saya pun singgah 7E jap beli jajan..
coz si Adah kat belakang ni dah merengek nak jajan..
siap nak permainan lagi..
saya n Ana pun mengelentong die..
kami cakap permainan kat 7E ni tak bagus cepat rosak..
si Adah pun percaya..hehehe~
(budak 4thn bleh la nak tipu..hehe~)
Sampai kat Car Wash tu kena tunggu turn la plak..
nasib baik tak ramai..kalau tak mau merentan si Adah..

betapa kotornye keretaku..hehehe~
ni tunjuk sket jek..tempat lain tak tunjuk lagi..
memang dah lame tak cuci..
pemalas bermaharajalela..byk Vitamin “M” dlm badan..
nak suruh En. Nazir..cmane plak..
time die cuti saya bawak keta gi keje..
sudahnye terbiar cam tu je la..
(ayat² tu semua alasan..nak 1000 daya..hehe~)

tengok macha tu dgn gigihnye mencuci keta saya..
mesti dlm ati die kate..

“Minah ni keluar dari utan mane la gaknye”

hehehe~pandai je saya buat cerita..
nasib baik bekal jajan kalau tak mesti jenuh tunggu..

sambil² tunggu sambil melayan Adah..
die bebual macam org tua..ade je yg nak ditanya..
geli hati kadang² kalau dengar die membebel..
die seboleh² tak bagi saya duk atas buai same dgn die..
umpan nak ambik gambar baru die bagi..
kalau kat rumah die ala malu² kucing dgn En. Nazir..
die panggil En. Nazir “Pak We”
kalau dtg rumah mesti tanye..

“Kak Long..pak we ade tak?”
(sambil jeling² gatal..hehe~)


bile pak we ade depan mata mula die wat aksi gedik die..
malu tapi mau..hehe~ Adah..Adah..
actually saya penah buat n3 pasal die ni..

Ayat Rosa by Adah (yg merosakkan tajuk lagu.. ;-p)

Mase otw gi tu..
singgah kedai kat taman jap..
kebetulan dlm kat Sinar FM ade lagu Ayat² Cinta..
terus je minah ni menyanyi penuh perasaan..
mule² saya lupe nak record..dah last² baru teringat..
tu yg dpt part yg last jek..
tapi die tak panggil lagu ni Ayat² Cinta..
Die dah tukar jadi “Ayat² Rossa”
tak boleh sebarang² sebut depan die..nanti die hangin..hehe~

lepas cuci keta..terus je kami balik rumah..
kek yg saya adun dah lame tunggu..
sampai² rumah dah ade karen..Alhamdulillah..

Leave a Comment

Jalan² Rumah Kak Long

Saya sangat lambat nak bercerita..
Hari Sabtu yang lepas..after balik dari OT..
saya n En.Nazir jalan² ke Pasir Gudang..
Kitorang ke rumah Kak Long..kat Taman Cendana..
Kak Long is my SIL.. kakak sulong kepada En. Nazir..
Dah lama sangat tak jumpa dia anak beranak..
kebetulan hari tu En. Nazir balik awal..
tu yang plan ke sana..
Sebelum sampai rumah Kak Long..
kami singgah kat Kompleks Pusat Bandar P. Gudang (KPBPG)..
nak beli KFC.. sampai sana nanti boleh makan ramai²..
Ape la bingit sangat kat KPBPG ni..
ada pertandingan nyanyi² la plak..
entah band ape² jek..wat bingit telinge..
tak suke..tak suke..

Selesai beli KFC kami pun menuju ke Taman Cendana..
En. Nazir membuatkan saya hampa ye tuan² dan puan²..
Dia kata Pesta Layang² Antarabangsa dah mula..
(dalam hati dah berangan nak tengok layang² yg cantik²)
tapi bila lalu kat kawasan tu saya baca kat bunting tulis..
start 17-22 Feb 2009..
rabun sungguh mata En.Nazir..entah iklan mana la yg di baca..

Ada cerita disebalik Pesta Layang² Antarabangsa (PL²A) nie..

“Kisah berlaku setahun yang lepas..
semasa kami sedang asyik masyuk bercinta..hehe~
En. Nazir ajak saya ke PL²A.. saja nak jalan²..
sebelum tu Kak Long ada gak suruh dia datang ke P.Gudang ni..
tapi En. Nazir telah memberi alasan yang tak berapa nak kukuh..
yang dia tak de duit..kiranya tengah pokai la masa tu..
Masa kitorang tengah duk perhatikan layang² terbang melayang..
n otw jalan² nak balik..tibe² ada suara kanak² panggil..

“Achik..Achik..”

“Ooohhh.. Anak saudaraku”..dlm hati En. Nazir berkata..

alamak terkantol sudahhh..
rupe²nya.. Kak Long pun ada kat padang tu..
bawak anak² dia..
dengan muka yang malu + bengangnya..
En. Nazir pun introduce saya pd Kak Long nye..
memang saya tak pernah kenal pun dengan family dia masa ni..
terus kitorang gerak ke rumah Kak Long..
(haaa..padan muka..kelentong lagi..amik bahagian)
ketawakan En. Nazir..hahaha~
Ye itu cerita setahun yang lepas..
Konon² nye nak mengimbau zaman² bercinta lagi..
tapi tersilap tarikh daaaaa..
cmane pun nak paksa gak dia bwk saya ke sana..
Ok..berbalik pada cerita ke rumah Kak Long..
sampai² jek terus tuju tingkat 3..
saya 1st time dtg sejak Kak Long pindah..
tapi En.Nazir ni ade sikit nyanyok..
dia boleh terlupa rumah tu tingkat berapa..
terpusing² cari rumah..nasib baik tak termasuk rumah India..
(nyasor betul mamat ni tau)
malu bertanya sesat jalan..jadi dengan muka tak malu..
En. Nazir pun bertanya dengan kakak ahli mesyuarat tingkap kat situ..
rupe² nye rumah Kak Long tingkat bawah daa..
(ape punya adik la ni..hehehe~)
Sampai² bual² jap terus melantak itu KFC..
perut sudah lapar taw!jangan tunggu lama² ..
nanti KFC habis di makan oleh En. Nazir..
Sambung sembang² dengan Kak Long n anak² ..
Actually Kak Long ni tengah sarat preggy..
insya’Allah next month dpt anak buah baru..
Kak Long ni open minded gak orgnye..
byk kongsi ilmu dengan saya..
maklum la dia pun pernah miscarriage..
saya pun ceduk la pengalaman yang dia ada..
Saya melayan Nazrul..anak Kak Long yg ke-3..
saya suruh dia mengeja & membaca..
saja check² buku sekolah dia..
saya duk gelak baca latihan BM dia..
“Ini burung belatuk..
burung belatuk tinggal di atas pokok..
burung belatuk buat lubang di dahan pokok..
bunyi burung belatuk..
tuk..tuk..tuk..”
Maklum la budak darjah 2..
ayat pun senang² je yang cikgu bagi..
Dalam pukul 10pm kitorang gerak balik..
coz esok En. Nazir keje..
otw balik cam biasa En. Nazir drive..
sementara Puan Hernee…
tido kat sebelah..sampai ke rumah..hehehe~
(saya semakin mudah terlena bila naik keta..)
En. Nazir sangat makan hati ok!
Nota kaki: Gambar nanti la upload..rasa malas sgt ni..hehe~

Leave a Comment

Older Posts »