Archive for Info Sharing

Gempa Bumi Lagi

  • Wilayah Sumatera Barat, Indonesia digegarkan gempa berukuran 7.9 skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh.
  • Gegaran memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.
  • 330 pelajar Malaysia di Padang selamat.
  • Orang ramai di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Johor Bahru mengosongkan bangunan tinggi ekoran gegaran gempa bumi itu.
  • Pada masa sama, ribut merosakkan lebih 100 buah rumah masing-masing di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu.
  • Seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemayang, Bachok dan empat parah di Pengkalan Chepa. Sebanyak 10 rumah turut rosak di Kepala Batas.
  • Lima kampung di Tembeling Tengah, Jerantut dilanda hujan air batu sebesar penumbuk.
  • Di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik awal pagi ini.
  • JAKARTA 30 Sept. – Indonesia sekali lagi dilanda gempa bumi kuat, kali ini wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan gempa berukuran 7.9 pada skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan beratus-ratus rumah musnah.

    Bencana tersebut dilaporkan turut menyebabkan kebakaran di bandar Padang dan bekalan elektrik terputus mengakibatkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

    Gempa yang berpusat di Kilometer 57, Padang Pariaman dengan kedalaman 87 kilometer di bawah laut itu dilaporkan berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (pukul 6.16 petang waktu Malaysia), 53 kilometer ke barat laut bandar Padang.

    Gempa di Sumatera Barat itu berlaku hampir sebulan selepas Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat digegarkan dengan gempa kuat yang mengorbankan 123 orang.

    Ia juga berlaku selang sehari selepas gempa kuat menggegarkan Lautan Pasifik yang mencetuskan tsunami di kepulauan Samoa, American Samoa dan Tonga awal pagi ini menyebabkan 113 orang terkorban, manakala 50 yang lain cedera dan berpuluh-puluh lagi dilaporkan masih hilang.

    Gempa di Lautan Pasifik tersebut mencetuskan ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.

    Di Sumatera Barat, pasukan mencari dan menyelamat dari Medan, Aceh, Palembang dan Pekanbaru telah dikerahkan ke lokasi gempa membawa peralatan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

    Sementara itu, televisyen tempatan melaporkan jalan di Kota Padang terputus sama sekali dan bekalan elektrik serta komunikasi juga terputus.

    Sumatera Barat dilanda gempa kedua berukuran 6.2 pada skala Richter pada pukul 5.38 petang yang turut menggegarkan kawasan Pariaman di kedalaman 110 kilometer dari dasar laut.

    Reuters melaporkan gempa menyebabkan sejumlah rumah dan jambatan rosak serta berlaku kebakaran di Padang.

    “Ratusan rumah rosak sepanjang jalan. Juga ada kebakaran, jambatan terputus dan kepanikan luar biasa terjadi kerana paip air bocor sehingga membanjiri jalan,” ujar seorang saksi.

    Pusat Peringatan Tsunami Pasifik sebelum itu telah mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Thailand, Malaysia dan India, tetapi kemudiannya menarik balik amaran tersebut.

    Agensi berita AFP yang memetik jurucakap Jabatan Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Rahmat Triyono berkata, beberapa buah hotel di Padang dilaporkan turut musnah.

    “Pada masa ini kami tidak dapat menghubungi Padang kerana komunikasi terputus sama sekali,” kata Rahmat.

  • (Sumber: Utusan Malaysia Online)

  • ….

    Malam tadi sebelum pergi kerja En. Nazir dapat sms dari anak buah dia, Luqman di Batu Pahat.

    “Pakcik, kite luqman ni. Acik ade rase gegaran gempa bumi tak? Kite kat sekolah tadi bangunan sekolah bergegar, cikgu suruh semua baca doa. Kite rase takut sangat masa tu”

    Yang si Pakcik nya tak rasa apa-apa sah tidur tak sedarkan diri, termasuklah Makcik nya walaupun berada di tingkat enam tapi alhamdulillah tak ada rasa apa-apa gegaran. Mungkin sebahagian kawasan saja. Takut pulak rasanya.

    Bumi dah semakin tua…

    post signature

    Leave a Comment

    Jawatan Kosong Terkini

    Kepada yang sedang mencari kerja.

    Rajin-rajinlah ke laman Jawatan Kosong Terkini

    [Find all information about info terkini jawatan kosong,job vacancy,kerja kosong,jawatan kosong,iklan jawatan kosong felda,kerajaan,swasta,mardi,kastam,peluang kerja,kerja sambilan,part time job,resume,tips…we search for you!!!]

    Semoga pencarian anda berhasil.

    Good luck!

    post signature

    Leave a Comment

    Hukum Injection Ketika Berpuasa

    Kawan saya bertanya, “Apa hukum injection ketika berpuasa?”

    Kawan seorang lagi menjawab, “Batal la puasa kalau buat injection”

    Seingat saya tak batal. Tapi saya tak terus memepertahankan jawapan saya takut-takut kalau saya juga silap. Saya hanya katakan pada mereka yang saya akan dapatkan jawapannya.

    Saya pun meng’google’ dan saya dapat jawapannya di sini.

    “Tidak batal puasa samada injection untuk memasukkan ubat ataupun mengambil darah”

    Harap-harap kemusykilan mereka terungkai dengan jawapan ini.

    Untuk bacaan seterusnya bolehlah menjeguk blog muhammadshahrulifwat.

    post signature

    Leave a Comment

    Emergency on TV9


    credit pic disini

    First time tengok rancangan Emergency malam tadi. Rasa seram pun ada bila tengok yang kemalangan serius yang berdarah-darah tu. Saya rasa macam pedih satu badan.

    Mencabar betul kerja diorang tu kan. Kalau yang tak kuat semangat rasanya dah terbongkang bila tengok darah bersepah-sepah sana sini.

    Teringat pula cerita kawan saya Lina. Dia ni kerja sebagai Attendan di Hospital Sultanah Aminah. Masa mula-mula dia dapat kerja ni, dia dihantar ke wad orang accident yang serius. Patah kali la, patah tangan segala macam. Ada suatu hari tu ada patient yang pecah kepala or something like that la. Yang penting darah bercucuran. Apa lagi minah ni pun terpengsanlah disebabkan terkejut tengok darah banyak. Tapi bila dah lama-lama alhamdulillah dia dah boleh sesuaikan diri dengan suasana kerjanya dan sekarang sedang berkhidmat di Hospital Sultan Ismail, JB.

    Saya tak dapat bayangkan kalau saya ditempat dia. Mahu terus resign lepas kena macam tu hehehehe~

    post signature

    Leave a Comment

    Today is 09.09.09

    Today is 09.09.09
    Merangkap Hari Radio Malaysia
    Saya tahu pun sebab terbuka radio Era semalam.
    (kalau tak jangan harap saya tahu ;p)
    Apa pun hari ni saya akan:

    • Berkampung di rumah emak selama 2 hari (En. Nazir dah bertolak balik kampung nak ambil stok kerepek)
    • Membatalkan jemputan berbuka puasa di Hotel Thistle kerana tak ada transport nak ke sana lagi pun saya memang tak bercadang nak pergi
    • Menyiapkan kad hari raya yang nak dihantar ke government agencies and customers
    • Will be updated
    • Will be updated
    post signature

    Leave a Comment

    Perubatan Tradisional Untuk Emak

    Sambungan entri ini.

    Cerita saya di Benut, Pontian.

    Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 10 pagi dan sampai lebih kurang jam 11 lebih. Actually, my mom’s neighbour yang suggestkan tempat ni. Kami pun cubalah mana tahu serasi.

    It is hard for me to explain tau, apa yang saya tengok. Actually, ni perubatan cara batin.

    Pengamal perubatan ini adalah seorang wanita yang memainkan dua peranan. Seorang “Doktor” dan seorang lagi dipanggil “Bapak” Mula-mula saya fikirkan ada dua orang rupanya tidak.

    Peranan “Bapak” – Merawat pesakit yang diganggu makhluk halus atau sebagainya

    Peranan “Doktor” – Merawat semua jenis penyakit

    See, ramai sangat orang yang menunggu. Ada yang membawa isteri, suami, anak, emak, ayah yang sakit. Memang terkenal rupanya tempat ini. Kami saja yang tak tahu.

    Cuba kawan-kawan tengok, red carpet yang dia dudukkan tu. Adakah kawan-kawan nampak apa-apa selain carpet dan si “Doktor” itu? Tentu tak nampak apa-apakan? Kalau saya kata ada benda atas carpet tu kawan-kawan boleh percaya tak? Actually, I can’t see anything there. Memang tak ada apa-apa pun, tapi si “Doktor” kata di kiri kanan dia ada ubat yang hanya Allah dan dia saja yang nampak.

    Ada sekali seorang kanak-kanak lalu dan terpijak carpet tu, terus “Doktor” bagi amaran.

    “Jangan langgar ubat doktor”

    Saya hanya memerhati benda yang tak nampak.

    (Gambar kiri) Pesakit yang sedang dirawat oleh “Doktor”
    (Gambar kanan) Emak saya semasa dirawat oleh “Bapak”

    Bila “Doktor” merawat, segala pergerakannya saya perhatikan. Cara dia bercakap memang seperti seorang doktor professional. Fakta-fakta saintifik semua keluar. Tapi cara rawatan dia bukan seperti rawatan doktor di klinik atau hospital. Tak ada satu alat pun yang kita nampak. Totally invisible. Dia akan bagi injection, tapi picagari hanya dia yang nampak, kami hanya nampak gerak gaya dia saja.

    Bila dia bagi ubat, semua hanya pada gerak gaya. Saya masih ingat segala gerak geri “Doktor”. Sampai satu masa dia akan berhenti rehat dan selang beberapa minit diganti dengan “Bapak”.

    Bila “Bapak” mengambil alih, dia akan menukar baju dan seluar hitam. Suaranya pun bertukar menjadi suara seorang lelaki Indonesia. Dia akan bertanya masalah pesakit dan akan memberikan ubat yang dimasukkan ke dalam air. Sama macam “Doktor” ubat yang dimasukkan pun kami tak nampak. Dia akan bagi arahan sama ada minum air tersebut atau sapu pada bahagian yang sakit. Tak ramai yang berjumpa “Bapak”. Selesai pesakit terakhir, “Bapak” pun berhenti rehat dan diganti dengan “Doktor” semula.

    Tiba giliran emak saya, saya dan Anna menemani emak. (itu yang tak sempat nak snap gambar). Dia tanya emak ada penyakit apa. Dia suruh emak pusing ke belakang. Dia nak check darah emak, dia kata memang ada masalah rahim. Dia bagi injection (tapi saya tak nampak jarum). Dia masukkan ubat dalam air emak. Satu lagi, pantang “Doktor” jangan buka penutup botol sehingga diberi arahan. “Doktor” suruh kami tinggalkan alamat dan datang semula minggu depan.

    Sebelum tiba giliran emak, saya dengar perbualan “Doktor” dengan pesakit lain.

    “Awak bagi address, nanti malam Selasa specialist datang buat operasi”

    Saya saling berpandangan dengan Anna. Kami tersenyum. Bukan nak mentertawakan cuma ada sesuatu yang menggelikan hati. Dalam hati berkata, “uiks.. siap ada specialist ke?”

    Actually, “operasi” yang dimaksudkan ialah, “Doktor” akan datang ke rumah atau hospital (sekiranya pesakit ditahan di hospital) untuk menjalankan pembedahan terhadap pesakit tanpa pengetahuan pesakit. Mungkin masa pesakit tidur dan yang penting tanpa pesakit sedari. Saya pun tak pasti kesahihannya semuanya Allah punya kuasa.

    Minggu depan kami akan ke sana lagi menemani emak. Kami hanya berusaha, mujarab atau tidak semua kami serahkan pada Yang Maha Kuasa.

    Waktu operasi Ahad – Isnin & Rabu – Sabtu – 10.30 am – 5.30 pm (too many dash ;p)

    Cuti pada hari Selasa.

    Saya akan cerita kisah seterusnya untuk rawatan akan datang.

    post signature

    Leave a Comment

    Mencari "Sarapan" Di Bulan Ramadhan

    Saya ada satu cerita.

    Perkara ni dah lama saya perhatikan. Tapi saya tak pasti, takut tersilap pandang mengundang fitnah.

    Sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja, saya akan melalui satu warung yang memang milik orang Melayu. Dari awal Ramadhan saya perhatikan memang warung ni dibuka tiap-tiap pagi dan pagi ni saya nampak warung tu beroperasi seperti biasa (macam bukan bulan Ramadhan)

    Apa yang menyedihkan, pelanggan yang datang membeli makanan adalah orang Melayu yang tanpa segan silu membeli “sarapan” di bulan puasa. Kalau tak larat sekali pun dan ada sebab-sebab tertentu rasanya tak perlulah menunjuk-nunjuk macam tu.Hormatilah bulan yang mulia ni.

    Kita yang ada reason kukuh untuk tak puasa pun malu nak beli makanan, apa lagi nak makan di khalayak ramai. Kenapalah orang macam tak sedar kan?

    Bukan saya nak mengaibkan orang lain tapi itu yang saya nampak kerana pada pemikiran saya perbuatan ni kurang tak manis lebih-lebih lagi di kawasan kampung. Pendapat masing-masing kan walaupun saya tahu di luar sana dah lali dengan kelakuan macam ni,
    Apa pula pendapat anda?

    post signature

    Leave a Comment

    Rumah Tangga

    Email dari seorang kawan untuk di kongsi bersama.



    Sedikit bingkisan rasa untuk dikongsikan bersama. Semoga Allah memberi kita keberkatan atas apa jua usaha yang murni dan mendoakan kita beroleh kejayaan selalu, InsyaAllah. SUATU PERJALANAN

    “Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.” Teringat pesan ayah di suatu petang.

    “Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

    Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

    SILAP ISTERI



    Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :



    Wahai kaum wanita, aku lihat

    kamu ini lebih banyak di neraka”.

    Seorang wanita lalu bangun bertanya, ‘Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’

    Rasulullah SAW menjawab, ‘Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

    • Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
    • Kamu kufurkan kebaikan suami.’



    Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

    YANG LEBIH, YANG KURANG

    ” Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, ” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

    ” Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, ” jawab saya supaya dia buka mata.

    ” Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘ memandang tinggi ‘ kehadiran seorang suami.

    ENGKAU TERBAIK UNTUKKU



    ” Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

    Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

    Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, ” Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.” Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

    Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

    post signature

    Leave a Comment

    Daging berkecai di ‘paya hangus’

    tadi en. nazir forward email “daging berkecai di ‘paya hangus'” ni pada saya. saya pun nak share dengan kawan-kawan blogger. mungkin ada yang sedia maklum tentang sejarah ni, mungkin ada juga yang tak pernah tahu lokasinya. ya lokasinya di kampung tanjung kupang, tanah kelahiran saya. tak jauh dari rumah lama saya.

    semasa kejadian kapal terbang terhempas ni saya masih belum ujud di muka bumi ni. tapi saya pasti arwah tok abah dan tok mok saya melalui pengalaman ini.kejadian ni berlaku 4 disember 1977, semasa makcu saya baru saja 4 hari melihat dunia. makcu saya lahir 1 disember 1977. apa yang saya tahu, kebetulan semasa tragedi ini berlaku nama makcu saya belum diberikan nama lagi. jadi dengan kekreatifan yang ada pada arwah tok abah saya, dia memberikan nama makcu saya “MASlinda” sempena kapal terbang MAS terhempas di kampung kami.hehehe~ kreatif juga orang dulu-dulu kan.

    ada cerita lagi di sebalik nama makcik saya pula. kalau kawan-kawan nak tahu seorang lagi makcik saya bernama “puteri gunung ledang binti yahya” dan namanya juga ada cerita tersendiri. nanti saya ceritakan di entry akan datang.

    cerita-cerita sampingan disebalik tragedi tu saya tak pasti kebenarannya. apa pun kawan-kawan boleh baca artikel di bawah, dari seorang jurnalist.


    ****************************************************************

    “Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.

    Antara faktor pemula kisah
    yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.

    “Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

    “Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, ‘bang, saya nak cari tangan saya yang putus’. Gugur jantung saya,” cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengka n kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.



    Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

    Isnin 4 Disember 1977 adalah
    tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.



    Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.

    Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung
    nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.

    “Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar, ” ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.



    NAHAS MH653 mendapat perhatian ramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Hussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan Sri Manickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.

    Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat ‘raksasa’ apakah yang jatuh ke kampungnya itu.

    Kutip duit berguni

    Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

    “Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.

    “Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya,” katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

    “Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun ‘menyelit-nyelit’ lah.

    “Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!” kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.

    “Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka,” katanya.

    Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

    Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.

    Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.

    “Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam,” imbasnya.



    MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

    Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.

    “Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas,” kata Ahmad.

    “Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat,” tambah Zaiton pula.

    Suara jeritan

    Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.

    “Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.

    “Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku,” kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.

    Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad ‘menceroboh’ masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.



    SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.

    Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.

    “Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara,” kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.

    “Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur,” ujarnya.

    Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.

    Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnalsekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.

    Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara.”





    post signature

    Leave a Comment

    Tarian Poco-poco

    dapat email ni daripada en.nazir. berkaitan dengan ‘tarian poco-poco’. na’uzubillah. saya memang dah lama tak ‘berpoco-poco’ adik saya pun dah slow sekarang. tapi semalam masa ke rumah mak, makcik-makcik jiran mak tengah asyik berpoco-poco belakang rumah. adik saya mungkin mudah nak diberitahu. kalau makcik-makcik ni macamana pula?

    “Assalammualaikum.

    Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.

    Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang

    sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya

    masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2

    kerajaan ketika manghadiri kursus.

    Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari

    Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka

    menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja

    bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

    Mungkin kita x perasan

    kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.

    Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu

    apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama

    maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga

    yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma

    tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.

    Marilah kita sama2 fikirkan.”



    post signature

    Leave a Comment

    Ayoyo Aci

    Minggu lepas En. Nazir ke Ambank Taman Tun Aminah. semasa perjalanan balik melalui Bukit Indah dia terjumpa seorang mak angkat sepasang pasangan India yang sedang naik motor. apa yang menggelikan hati, aci yang jadi penumpang tu dengan selamba kodoknya memakai helmet terbalik. cuba perhatikan betul-betul gambar di atas.

    Ayo yo aci.

    Kenapa jadi itu macam. rasanya aci ni tak pernah pakai helmet kot. tak pun dia saja nak buat lawak di tengahari. tak pun dia tak berapa sihat. Pandai-pandai je buat andaian. apa-apa lah aci. yang penting untuk peringatan bersama. pakailah helmet dengan cara yang betul. walaupun saya tak suka pakai helmet, tapi saya tetap pakai dengan cara yang betul. jangan salah gunakan helmet anda. utamakan keselamatan, ingtalah orang yang tersayang. pesanan khidmat masyarakat di HerneeNazir’s blog ;p

    [nota malu: saya suruh En. Nazir yang update entry ni, tapi dia kata dia malu coz kawan blog ramai perempuan. pemalu rupanya suami saya. sejak bila agaknya???? ;p]

    post signature

    Leave a Comment

    Fungsi Lain Anak Tudung Syria


    [Abaikan hidung model yang kembang ;p]

    Hari ni saya nak berkongsi fungsi anak tudung syria. Mungkin ada yang dah sedia maklum. Tapi saya nak juga kongsi di blog saya ni. Sharing is caring~

    Nampaknya ramai juga kawan-kawan yang dah terjebak dengan pemakaian tudung syria. hehehe~ Ok lah tu kan. Sekurang-kurangnya kita boleh bertukar tudung syria pandangan.

    Ok, apa yang saya nak share disini.. selain digunakan untuk tudung syria ni, anak tudungnya juga boleh kita jadi kan anak tudung untuk shawl yang kita pakai. Contoh seperti model professional di atas ;p

    Sekiranya, uolls tak berminat nak pakai shawl tanpa anak tudung. Atau dengan kata lain bentuk muka tak berapa sesuai. Atau dengan kata lain lagi, tak nak nampak melekap di muka, jadi boleh gunakan anak tudung ni. Saya belum confident nak pakai shawl tanpa anak tudung syria Nampak muka saya macam kelakar. Belum pun saya keluar rumah, baru je try di rumah dah ada orang gelakkan. Nyampah~

    Untuk yang dah terjebak di dunia tudung syria tu, tambah-tambahkanlah koleksi ya. Saya tengah slow ber’online shopping’ buat masa ni. Takut kena bebel 7 hari 7 malam ;p

    post signature

    Leave a Comment

    Info Kanser

    KANSER

    Apakah kanser ? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan anda telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan anda. Untuk mengelakkan darah anda menjadi asidik perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan.



    PENGETAHUAN AM

    Gigi manusia menunjukkan bahawa anda sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi 4 batang gigi tajam ( gigi kanine ) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk buah dan sayur. Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging.Kitab agama Al-Quran pun beri petunjuk bahawa anda perlu makan sedikit daging sahaja.



    PENYEBAB KANSER

    Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit anda dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Menghisap sekali lebih 600 kali merbahaya daripada bernafas asap daripada kenderaan awam.



    MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER :

    a) Makanan yang di BBQ

    b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.

    c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.

    d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.

    e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )

    g) Makanan yang berkurangan serat. Contoh : roti putih. Badan kami memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Anda perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari.

    h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.



    UBAT KANSER SEMULAJADI

    Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah anda dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi…….tetapi oleh kerana tiada pilihan lain ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ).



    Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel kanser makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa.

    [Email from: Wawa]

    post signature

    Leave a Comment

    Job Vacancies @ PTP

    Kawan-kawan, saja saya nak berkongsi maklumat. Ada 3 kekosongan jawatan di syarikat saya bekerja. Kalau ada sesiapa anak beranak, saudara mara yang berkelayakan bolehlah mencuba.

    Planner

    Responsibilities:

    • In charge of planning and monitoring activity, before, during and after operations.
    • Focal point for smooth and efficient operations between Operations & Planning team.

    Requirements:

    • Possess a Diploma or Degree in Transportation or Logistics Management or its equivalent.
    • Minimum 3 years related working experience in Vessel Planning / Vessel officer.
    • Strong leadership abilities and be able to work under pressure.
    • Hands on experience in planning skills especially Navis SPARC is a must.
    • Have analytical thinking and shipping knowledge.
    • Good communication skills in Bahasa Malaysia and English.
    • Computer literate especially in Microsoft Office.
    • Able to work shifts.

    Notes: Only shortlisted candidates will be notified.

    Shift Executive

    Responsibilities:

    • Supervise the vessel operation and yard operation to ensure all company’s safe working conditions are complied with and high productivity is achieved.
    • Carry out planned crane and yard operation sequence.
    • Advise operational input to the vessel planners (on the wharf activities), dispatchers (on the yard activities) and the shift manager.
    • Communicate vessel operation sequence and stevedoring particulars to the vessel.

    Requirements:

    • Possess a Diploma or Degree in Transportation or Logistics Management or its equivalent.
    • Self starter, strong leadership with excellent interpersonal and communication skills.
    • Possess people management skill and analytical thinking.
    • Possess IMDG and heavy lift cargo knowledge.
    • Proactive attitude toward safety.
    • Good communication skills in Bahasa Malaysia and English.
    • Computer literate especially in Microsoft Office.
    • Able to work shifts.

    Notes: Only shortlisted candidates will be notified.

    Shift Manager

    Responsibilities:

    • Manage, motivate and supervise all container stevedoring and yard activities during the shift with due regard to safety, quality and productivity.
    • Ensure maximum production levels and efficient utilization of labor and equipment

    Requirements:

    • Possess a Degree in Transportation or Logistics Management or its equivalent.
    • Experience in logistics/transportation/warehouse/shipping is an advantage.
    • Possess strong leadership, self starter, diplomatic, authoritative, people management skill and excellent interpersonal skills.
    • Proactive attitude toward safety.
    • Flair in writing and effective communication skils in Bahasa Malaysia and English.
    • Proficiency in Microsoft Office is essential.
    • Able to work shifts.

    Notes: Only shortlisted candidates will be notified.

    For more info, please visit the web site [PTP]

    post signature

    Leave a Comment

    Solat Sunat Gerhana Matahari

    Pagi ni ada gerhana matahari kan? So kepada sesiapa yang berkesempatan bolehlah tunaikan Solat Sunat Gerhana Matahari.



    Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

    أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

    Ertinya :

    “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”



    Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.

    Untuk info lebih lanjut, boleh didapati di sini.



    Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

    “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.”

    post signature

    Leave a Comment

    The 6th JB Arts Festival

    Sesiapa yang berminat dengan Arts.
    Boleh terjah Plaza Kotaraya, JB 10th July – 31 August.
    Ada macam-macam pertunjukkan kesenian dan pameran.

    Jom!

    post signature

    Leave a Comment

    Road To Grammar


    Frenz.. Just want to share with all of you.

    Try this out, a lot of quizzes for your English revision.

    Road To Grammar

    post signature

    Leave a Comment

    Waktu Mustajab Untuk Berdoa

    Berdoa adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.”

    Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya. Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya:

    Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.

    Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

    Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)

    Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

    “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

    – Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:

    “Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)

    Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

    Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.

    Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

    Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

    “Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).

    Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:

    “Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.”

    Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

    Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.

    Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.

    post signature

    Leave a Comment

    Online Photo Editor

    [click image to link to the website]


    Hari tu..Mummy Dasy & Lady D..
    ade tanya saya..
    saya edit gambar guna PS ke?
    untuk makluman kawan²..saya agak lemau nak guna PS..
    hehehe~ jadi gambar yang ada..
    saya edit guna Picnik..online photo editor saja..
    itu pun kalau datang rajin..
    kalau tak rupa tu lah gambar asalnya..

    memang mudah guna yang ni..
    terutamanya untuk orang yang nak mudahkan kerja macam saya..
    saya blur tengok PS..hehehe~
    nanti saya nak menuntut ilmu dgn pakar² PS..

    ok..kepada yang nak cuba Picnik..
    Selamat Mencuba!

    post signature

    Leave a Comment

    Kenapa Mesti Ke Sini??????

    Kenapa Mesti Ke Sini??????
    Nampak tak dorang tuju ke mana tu..
    kemana lagi kalau tak ke Kedai Magnum 4D..
    mencuba nasib kalau² nombor ramalan dorang mengena..
    yang mungkin akan memberikan kekayaan berlipat kali ganda..

    situasi ni saya rakamkan semasa menunggu ABK di baik pulih di workshop..
    kedainya di kawasan Tampoi Utama..
    betul² berhadapan dengan workshop..
    rasanya dah macam mamarazzi pulak hari tu..
    selama lebih kurang sejam saya di situ..
    saya perhatikan yang ramainya pengunjung Melayu..
    sedih rasa bila tengok kan..
    kenapa lah dorang ni tak nak usaha lebih sikit²..
    kenapa lah nak mengharapkan duit yg entah datang dari mana..
    yang dah sememangnya kita tahu hukumnya..
    yang kafir tu lantak lah..
    yang Melayu Islam ni..selamba tok nenek je keluar masuk..
    mintak dijauhkanlah kita dari benda² macam ni..
    kesian kat anak bini..

    bukannya saya nak memburuk²kan orang Melayu..
    tapi hakikatnya inilah yang berlaku di luar sana..
    sekadar nak berkongsi pemerhatian..

    Leave a Comment

    Older Posts »