Archive for Eat Out

Izhan Di JSH

Semalam petang saya dapat berita yang sepupu saya Izhan anak kepada Pok Teh dimasukkan ke Johor Specialist Hospital. Malam tadi saya dan En. nazir datang melawat. Dia demam teruk dan menyebabkan tonsilnya membengkak. Kesian Izhan. Dia dijangka akan menjalani operasi membuang tonsil pagi tadi. Bila doktor buat check up malam tadi dia kekurangan darah dan suhu badan dia mencecah 40

°C. Pagi tadi Mok Teh beritahu yang pembedahan dibatalkan.

Sedih pula saya melihat Mok Teh. Apa lagi bila melihat Izhan. Sekejap diam, sekejap nangis. Mungkin tak selesa dengan tekak yang perit, tambahan pula dicucuk sana sini. Sebelum ni dia memang selalu demam puncanya dari tonsil dan doktor kata nak buang tonsil tu bila umur Izhan 6 tahun. Tapi semalam doktor ubah fikiran kena buang juga dan tak boleh tunggu lama-lama kerana dah di tahap kritikal.
Malam tadi juga Pok Teh saya bertolak dari Abu Dhabi. Flight dijangka sampai KLIA petang ni. Mungkin ada hikmah atas apa yang terjadi. Harap-harap keluarga Pok Teh bersabar. Kami sentiasa mendoakan semoga Izhan cepat sembuh.
Lepas balik dari JSH, kami singgah di Restoran Johan, Taman Perling. Both of us, makan chicken chop yang bergambar kabur di bawah.
Sedap memanglah sedap, tapi ada kesan sampingan untuk saya pagi ni. Pagi ni dah berkali-kali saya buat lawatan di tandas. Mungkin terlalu banyak makan black pepper sauce. Sendiri yang nak makan sendirilah yang tanggung ;p
post signature

Leave a Comment

Buka Puasa Semalam

Semalam seperti yang saya beritahu, saya terpaksa balik lewat kerana ada tugas yang perlu diselesaikan.

Perkara pertama yang saya buat ialah sms En. Nazir. Mestilah kena beritahu dia dulu. Nanti tak pasal-pasal dia menunggu saya.

Oleh kerana dah pukul 6 petang jadi kami memilih untuk berbuka di sekitar Gelang Patah saja. Malas nak keluar jauh-jauh. Kedai pilihan, tak lain dan tak bukan, Kedai Awe. (pandai-pandai tukar nama kedai)

Sebelum menerjah ke kedai makan, kami sempat ke Bazar Ramadhan. Memandangkan saya kepenatan, jadi En. Nazir saja yang beli makanan. Lagi pun dia yang mengidam “Cendol Racun” jadi biarkan dia saja yang turun. Saya tunggu dalam kereta.

Cendol Racun yang sedap

Inilah “Cendol Racun” yang sedap kegilaan En. Nazir. Memang sedap, cukup rasa dan tak mengecewakan. Cendol ni tak beracun ya kawan-kawan, cuma peniaga ni bagi nama ni untuk tarik pelanggan.

Inilah dia Hamba Allah yang mengidam nak minum cendol. Sampai kekenyangan nasib baik habis juga cendol nya.

Menu kami untuk buka puasa. Macam biasa, tak ada yang berbeza. Masih memilih nasi putih, tomyam seafood, kailan ikan masin, telur dadar dan tak dilupakan sambal belacan yang sedap itu.

Alhamdulillah, kenyang. Sementara menunggu waktu berbuka, kami didendangkan dengan rancangan radio yang tak dikenali. Mula-mula rasa pelik, kenapa asyik ada iklan loghat Kelantan. Rupanya dia buka radio THR. Tunggu punya tunggu azan maghrib, tapi tak kunjung tiba, saya terus call adik saya tanya dah masuk waktu berbuka ke belum. Bila dah confirm waktu berbuka kami terus berbuka macam biasa.

Separuh nasi habis, baru radio umumkan.

“Sekarang masuklah waktu berbuka puasa di daerah Kota Bharu, Kelantan”

Azan pun ke udara.

Wahai En. Awe sekalian, anda berada di negeri Johor. Apalah kiranya anda membuka radio Johor.fm atau pun Best104 untuk memudahkan kami para pelanggan mengetahui waktu berbuka puasa. Layankan saja.

Itu saja cerita buka puasa kami semalam. Hari ini saya akan berbuka seorang diri atau mungkin berbuka di rumah emak. En. Nazir berbuka di tempat kerja yang sememangnya juadah berbuka yang di sponsor oleh pihak syarikat. Rancangan saya untuk masak seringkas mungkin maklumlah saya kan pandai masak…tapi x cukup hebat…..

post signature

Leave a Comment

Kami Tertipu

kami tertipu.

tertipu dengan iklan. semalam kami berbuka di kfc. kononnya nak mencuba shrimp stix combo. tengokkan iklan macam sedap. boleh tahan la. tapi saiznya indah khabar dari rupa.


[ulang tayang gambar]

dalam gambar dan iklan rupa shrimp stix nampak panjang dan besar. tapi yang sebenarnya kecil molek saja. macam gambar di bawah. tak sampai sejengkal jari saya pun.

tengok tu, sudu coleslaw dan whipped potato pun lebih panjang dari shrimp stix tu. tertipu kami rupanya. oleh kerana dah niat nak makan, kami bedal saja tapi tak puas hati sebab sekali ngap dah habis. rasa memang boleh tahan la.

kata en. nazir..

“beriya iklan dalam tv tunjuk nelayan masuk kfc sebab udang dah habis, tapi udang yang ada dalam pinggan tak effect langsung yang kat laut”

memang betul pun. makan je la walaupun perut saya dah masuk angin.


en. nazir sempat buat donation dapat la buku kecil ni.

sebelum balik sempat ke kedai buku, cari word puzzle and crossword. saja nak mengisi masa lapang. tak dilupakan ke big apple beli choreo untuk sahur.tapi sampai rumah dah kena ngap satu

terus ke giant belanja barang dapur sekejap. dah kepenatan menunggu giliran di kaunter. sempat snap gambar. hidung kembang ramai betul orang rasa macam tak bergerak-gerak barisan ni.

sudahnya. masuk kereta saya terbongkang sampai ke rumah.

penat sangat.

post signature

Leave a Comment

Bila Kami Berkumpul

Seperti yang saya war-warkan di blog, tengahari semalam saya ada temujanji bersama-sama makcik-makcik di atas tu.. hurmmmm.. biasalah bila dah berjumpa, kecoh dibuatnya.. masing-masing ‘speaker’ kuat-kuat belaka.. Kami berempat saja yang ada.. perancangan awal nak berjumpa waktu petang selepas balik dari kerja.. tapi Mummy Dasy dah di ‘booked’ untuk ke Putrajaya.. pagi di ofis saya ber’sms’ dengan Cdot.. setahu saya hanya kami bertiga [saya, Mumy Dasy & Cdot] yang ada.. tiba-tiba Cdot sms saya lagi..
Cdot: “Long ko ble tlg amik seed tak tghari nti..aku nak amik along..”
dengan pantas dan yakin tak salahnya saya membalas ..
Saya: “Seed kt hsptl la m.cik oi”
Cdot: “hah?td haku dia ckp tpon, dia ckp ada kat umah mak dia..”
Saya: “La dh blik ke?xjd bslin ae? kalo seed tbranak ko bidan aeh..hahaha..”
Saya menggaru kepala yang tak gatal seorang diri di ofis.. apa dah jadi dengan kawan saya ni..perasaan nak tahu buatkan saya tak sabar-sabar menunggu jam 12.30pm.. saya cuba buka blog suaminya, En. Azam Ateh.. tapi tak ber’update’ itu yang menyebabkan saya menyangka dia masih di hospital..
Shidah nun di Kuantan yang tahu rancangan kami ada juga menelefon saya pagi semalam.. dia akan balik ke Johor insya’Allah minggu depan kalau tak silap telinga saya mendengar.. saya menelefon Azie.. dia tak dapat join kami kerana sedang berperang dengan ‘morning sickness’ yang agak teruk.. Idah??? saya dah lama tak sms dia.. apa khabar mak buyung sorang tu kan..
Pukul 12.30 tepat saya & Munirah keluar dari ofis dan bergegas ke KFC [saya ajak Munirah..kesian dia tinggal sorang di ofis] kesian lagi kerana dia terpaksa meminjamkan telinga mendengar celoteh kami..hehehe~
Sesampai di KFC saya terkejut beruk bila tengok Seed a.k.a Mummy Pink & En. Azam dah sampai.. memang sah Seed belum bersalin.. dorang dah selesai makan rupanya, En. Azam terus bergegas untuk solat Jumaat.. rupa-rupanya Cdot dengan Mummy Dasy tak sampai lagi.. saya dan Munirah apa lagi terus meng’order’ makanan.. tup-tup tengah beratur muncul la makcik yang berdua tu dengan Kashah sekali.. riuh rendah la dibuatnya.. masing-masing sibuk nak bercakap.. macam KFC tu ayah kami yang punya..hehehe~
Sambil makan sambil berborak.. Seed ceritakan apa yang dia alami di hospital.. makcik berdua tu pun menceritakan pengalaman dorang bersalin.. saya.. dengar dengan perasaan seriau.. mesti Seed pun rasa apa yang saya rasa..hehehe~

Ini aksi Kashah masa enjin belum panas lagi.. saya panggil pun dia buat tak tahu saja.. macam tak kenal.. ada ke patut menyombong dengan bakal ibu mertua sendiri..hehehe~ tak sudah-sudah berangan.. nampaknya Mummy Dasy cuba nak menggoda Kashah supaya jadi menantu dia.. isyhhh.. penat saya booked Kashah dari dalam rahim.. bila dah besar Mummy Dasy nak jodohkan dengan Daneen pula.. terpaksalah saya booking yang dalam perut Cdot tu..hehehe~ Sebenarnya Cdot balik ke kampung dah dekat seminggu tapi tak ada kesempatan nak berjumpa.. dia ni masih mc ada masalah kesihatan maklumlah ibu mengandung.. tapi selama dia mc macam-macam jenis cuti lain yang dia ambil.. AL.. EL.. MC lagi.. ingat Dato’ K ada share dengan Public Bank ke?hehehe~

Ini aksi Kashah bila enjin dah mula panas.. dah boleh senyum lebar.. jerit-jerit satu KFC.. baru sedar depan mata dia ada makanan.. baru ada nafsu nak makan agaknya.. yang Mummy nya duk pot pet pot pet.. sampaikan kena sedas dengan Kashah.. tiba-tiba Kashah berbunyi.. “Mummy cengal..” Cdot tanya semula.. “Siapa Kashah?”.. “Mummy cengal” ulang Kashah.. hehehe~ kami duk menggelakkan Cdot kena sedas dengan anak sendiri..hehehe~

Tatabahasa Kashah: “cengal = sengal”


Dalam pada menggelakkan Kashah tu.. tak sedar rupanya si Kashah dah buat kes kat KFC.. apa yang dia pijak agaknya sampai tercabut batu bata dinding KFC.. ya ampun~ vandalisme betul anak apek ni..hehehe~ dia buat muka tak bersalah di celah-celah meja.. bertuah betul budak sorang ni..

Oleh kerana Kashah dah buat kes.. jam pun dah menunjukkan pukul 2.15pm.. kami bergegas keluar dari KFC.. dengan muka yang tak bersalah..hehehe~ saya balik semula ke ofis.. dan Cdot as a driver kena la hantar Mummy Dasy balik ke ofis dan hantar Seed balik ke rumah..

Thanks to all of u!..
To Mummy Dasy>> Hati-hati drive ke Putrajya.. [aeh..dia tak drive daaa..hubby nya sila hati-hati]
To Cdot>> Semoga sihat-sihat selalu.. jangan risau nanti aku jengah-jengah Kashah kat sini..
To Seed aka Mummy Pink>> Semoga cepat bersalin.. dan segala urusan dipermudahkan & selamat semuanya..Amin..
To kawan-kawan lain[Shidah, Azie, Idah, Mamie (my silent reader)]>> Next time kita jumpa k..

post signature

Leave a Comment

Entry Ala Kadar

Semalam balik dari kerja rehat sebentar di rumah..Dalam pukul 8 kami rancang nak ke Kip Mart untuk belanja barang dapur..siap belanja semua dalam pukul 9 lebih..kami terus ke Taman Perling, En. Nazir nak jumpa adik dia Nuar..rupanya Nuar belum balik dari kerja..kami pun lepak-lepak di Rawa Cafe isi perut seketika..walaupun sebenarnya kami dah makan sebelum keluar.. makan nasi goreng buatan En. Nazir.. not bad.. saya makan mee hoon tomyam dan En. Nazir makan mee goreng.. selalunya saya pantang keluar makan mesti nak snap.. tapi malam tadi excited dapat mee hoon tomyam.. terus bedal sampai habis.. bila dah habis barulah saya sedar yang saya terlupa ambil gambar..hehehe~ tengah buat-buat kerja tiba-tiba ilham datang.. malam ni saya rancang nak masak ayam paprik.. tunggu saja kemunculannya entry nya.. ;-p


[Nota hijau: Entry ala kadar.. supaya blog tak sunyi ;-p]

post signature

Leave a Comment

Dasar Kuat Makan ;p

Entry ni sangatlah dah basi..
mulanya macam malas nak masuk dalam blog..
malu nak tayang pasal makan..
nampak sangat tuan punya blog kuat makan kan..
hahahahaha~

Masa ni makan kat Saujana..
saja je nak ambil angin laut malam.. ;-p
menu macam biasa lah..
favourite kami..tomyam seafood..
slurpppp..slurpppp..sedapnya..
air saya belimbing..air En. Nazir apple..

malas la cerita panjang lebar lagi..
lepas makan..menghirup udara laut sekejap..
kami terus je balik ke rumah..

post signature

Leave a Comment

Lunch @ Pizza Hut Nusa Bestari

Tadi kan saya ada bagitau nak lunch dgn Geng Makan..
tepat pukul 12.30 saya dah terpacak menunggu Aien..
Mint datang lambat sikit..ada hal katanya..
baru nak parking tup² kereta Mint dah ada kat belakang..

sampai² terus order coz semua dah lapar..
Aien nak makan pizza..so order Combo Set No1..
Mint nak makan spagetthi.. Combo Set 2..
Saya nak makan spagetthi gak..
tapi saya amik Meatball Bolognise..
plus Garden Salad share bertiga..
air macam biaso la..
makcik tak minum air gas ni haa..
ice lemon tea je la..

saya sempat snap gambar kat atas tu je..
spagetthi saya..hampeh.. dah abis makan baru ingat..
dah lapar sangat dapat terus bedal..
kami sangat tamak ambil garden salad okeh..
menggunung ko..boleh bankrupt Pizza Hut..hehehe~
ala kita bayar kan..makan je la..

Ni la Geng Makan sejati saya..
Aien N Mint..dua² sebaya..23 tahun..
sorang dah jadi ibu..yg sorang lagi belum..
terasa muda i kawan dgn org 23 tahun ni..hehe~
sebelum menayang muka dorang kat sini..
saya dah mintak kebenaran dulu..
ala..dorang tak bagi pun saya tetap nak tepek gak..
sebenarnya yg teringin sangat nak makan spaghetti ni Mint..
tapi macam biasa lah..dia yg tak abis makan..
saya pun tak larat nak tolong kenyang gila..
apa pun saya sangat enjoy lunch dgn dorang..
thanks ye adik²~

post signature

Leave a Comment

Lunch Di Yeo’s Restaurant

Tadi join lunch beramai² di Restoran Yeo Sekeluarga..
Lokasi di Persisiran Pantai Kg. Tg. Adang, Gelang Patah..
bersebelahan dengan Restoran Saujana..
[promote sikit..tapi saya tak dapat komisyen ok ;-p]

Sebenarnya lunch ni untuk trainer²..
saya pun tak perasan yang saya di invite..
last minute ni baru check email..
saya bukannya trainer..
jadi saya buat tak tahu je lah..
tiba² officemate saya terus ajak gi..
rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari.. ;-p
saya pun join je la..makan free kan..hehe~
ikutkan ade 3 org perempuan yg join tmasuk saya..
tapi dua² orang cancel..
maka saya menebalkan muka la ke sana..


ini saja makanan yang sempat saya snap..
[malu pulak orang tengok..sakai nya minah ni ;-p]
dengan muka separa malu saya ngapp je makanan yg ada..
kalau malu lebih sangat lapar pulak nanti..

makanan kat sini boleh tahan gak..
ni kali ke 3 saya ke sini..
selama kewujudan restoran ni la..
semenjak saya sekolah menengah..
saya lebih suka ke Saujana..
kat sini masakan Chinese style..
anak beranak tauke ni saya kenal sangat..
sempat juga berborak tadi..
saya mana boleh duduk diam..
selagi ada orang kenal selagi tu lah..
saya pot pet pot pet..hehehe~

makan tadi sangat kenyang..
thanks to our big boss & our company too..
kekenyangan membuatkan mata saya jadi layu..
saya MENGANTUK sekarang ni..
betul..tak tipu..rase nak bersenam jap..
biar rase mengantuk ni pergi..
shuhhh..shuhhhh.. ;-p

post signature

Leave a Comment

Ke Mana Saya Menyepi

Semalam saya menyepi dari dunia blog..
ke mana saya pergi..
saya tak kemana.. ada di rumah..
bagi peluang Ayu n Ana update blog dorang..
cheh~

aktiviti pagi macam last n3..
lepas balik poco² tetiba nak makan meat ball spagetthi..
terus ajak En. Nazir ke pasar..
nak beli bahan²..chewah..
balik pasar terus masak pung pang pung pang..
pukul 12.30 dah ready nak makan..

masihkah anda ingat..
semalam hari last PC Fair..hehehe~
yang sudahnya saya tak pergi juga kali ni..
tetiba rase takde perasaan nak pergi..
ikutkan memang dah plan nak pergi lepas balik hantar Ayu..
tapi saya cakap dgn En. Nazir tak nak pergi..hehehe~

last² kami ke Jusco Taman U..hehehe~
kami belanja barang² untuk rumah..
ada lah sikit yg kami belanja..
malas snap..coz dah huru hara dgn barang²..

dah penat membeli dan membelah..
kami singgah SR..
penat gila + lapar gila..nasib baik tak gila..hehe~


saya order..Frosty Lemon Tea
+ Rosted Chicken with Tumeric Sauce..
En. Nazir pulak order.. Grilled Blackpepper Chicken
+ Green Apple Kasturi..
kami share mushroom soup..
mula² plan nak makan pizza..
tapi orang ramai sangat..
tu yg ubah haluan tu..

dah siap² makan terus balik..
nak tengok ABPBH..hehehe~

post signature

Leave a Comment

Ini Semua Zie Punya Pasal

Percayakah anda kalau saya katakan..
Ini semua Zie The Princess Redbloodsnow punya pasal..
dia yang dah buat saya kecuq ayaq liuq semalam..
hehehehe~ apa lah..tekak sendiri nak salahkan orang..

;-p

oleh kerana semalam petang Zie dah menepek gambar roti canai..
makanya balik dari keje saya terus plan ajak Ana dan Bariah ngeteh..
kami pergi lepas maghrib..hehehe~
wahhhhh..mentang² En. Nazir balik kampung..kan main lagi..
saya dah mintak izin dulu b4 keluar..hehe~
sepatah kata Ceera.. masih ingat suami..hehe~

Kami mengeteh kat Restoran Marni..
roti canai dan teh ais dia memang kegemaran saya..
sangat sedap..Roti tampal goyang for us..
malam ni macam ada plan nak makan something la..
wahhhhh..semakin over..
mesti Azam & Seed cakap..
“Che’ Long ni keje makan je..hehehe~”

Leave a Comment

Isi Perut Bagi Kenyang


Lepas kereta dah ok..
kami terus plan nak isi perut dulu..
kang duk sibuk pilih kain langsir..
terpengsan kelaparan pulak..

tak berlengah kami terus ke KFC..
dekat area situ juga..

makan dengan bersungguh² ya..
perut sangat lapar gila..hehehe~

dah siap makan..
kami terus ke Starworld Lighting..
nak carikan Kak Andak kipas..
kami pun beli kipas kat kedai ni..
service dia bagus.. promoter nya Edwin..
very friendly..masa ni tak beli kipas lagi..
takde yg ok kot..
terus kami ke Jakel..
cerita beli belah next n3.. ;-p

Leave a Comment

Dinner @ Gerai Kaki Bukit

Balik dari keje tadi lebih kurang pukul 7 lebih..
jengah di dapur lauk masih ada..tapi isi ayam dah tak ada..
oleh kerana vitamin M banyak dalam badan..
saya ajak En. Nazir makan luar saja..hehehe~

mula² nak pergi berdua saja..
memandangkan Anna dan Ila ada..
saya ajak mereka berdua..
pada awalnya Anna jual mahal..
kononnya dah kenyang makan dengan Ila..
tup² tiba² nak ikut..
Ila tak nak ikut..mak pun same..

kami makan di Gerai Kaki Bukit..
dekat kawasan Bukit Kuching – Kg Ladang..
orang GP mungkin tahu..
tempat ni tersorok sikit..
kawasan dia memang sunyi sepi..

saya macam biasa order air belimbing..
En. Nazir.. sirap laici dan Anna minum apple juice..

sambil tunggu makanan sampai..
En. Nazir sms siapa tu? nak kena neh..hehehe~
ni makanan En. Nazir..
dia order Nasi Goreng Daging Merah..
macam menu masa makan di Pontian jek..
not bad..daging merahnya sedap..

pencinta mee hoon tomyam macam biasa lah..
tapi tak berapa sedap lah..
rasa masam nya terlebih sangat pada saya..
tapi tetap licin..
Anna makan nasi putih dan tomyam campur..
kata dah kenyang..tapi tetap habis okie..
kesimpulannya..gerai ni bukan pilihan saya..
sebagai penggemar mee hoon tomyam..
sebelum ni selalu makan di gerai ni..
tapi saya selalunya order mee bandung..
rasanya boleh tahan sedap..
tak mengapa..
yang penting makanan tadi dah kenyangkan saya..
lepas lepak di gerai ni..
kami lepak di Tanjung Nelayan..
saja ambil angin laut..hehe~

Leave a Comment

Makan ler pulak

Kami bertolak dari Pantai Punggur lebih kurang pukul 7pm..
bila sampai Pontian perut rasa sangat lapar..
En. Nazir ajak berhenti makan dulu..
tapi kami sangat tak tahu kedai mana yang best..
pusing punya pusing..kami berhenti di gerai sebelah stesyen bas..

Satu perkara yang saya tak suka..
bila gerai beratur banyak²..
sukar nak membuat pilihan..
kami akhirnya memilih gerai yang ramai pelanggan..
kemungkinan gerai yg ramai orang masakannya sedap..
pandai² je buat andaian..hehehe~
so kami pilih ZS Awana Seafood..

ini dia mangsa kelaparan yang saya jumpa di Pontian..haha~
aeh.. tadi singgah rumah Kak Andak bukan dah makan ke? ;-p
dasar lor.. 2 x 5 je kami ni..kuat makan~


tengoklah Air Cikong En. Nazir.. sangat meliurkan..hehe~
sekarang pakcik sorang ni suka sangat minum ais..
kalau dulu masa bercinta..minum ais sikit terus tak sihat..
sekarang dah jadi kebal pula dengan ais ye..


Ini Nasi Goreng Daging Merah En. Nazir..
pun sedap..boleh tahan..dia ceduk kuah tomyam saya..
saya pun ceduk nasi goreng dia..adilkan? hehehe~

Ini pula Mee Hoon Tomyam saya..
sedap rasanya..kalau tak, takkan ada orang ceduk kuahnya kan..hehe~
kesimpulannya.. tak rugi kami singgah di Pontian..
makanan boleh dikira sedap.. dan sesuai dgn tekak kami..

masa on the way ke kereta..
saya sempat suruh En. Nazir snap gambar di bawah..
sangat terpana dan terkesima saya bila baca tulisan ni pada dinding lori..

“BERIKHTIAR HABIS-HABISAN SEBELUM BERTAWAKKAL”

sangat mendalam maksudnya..
saya tak pasti lori ni menjalankan perniagaan apa..
memang betul pun..
dah usaha berhabis-habisan sepatutnya baru bertawakkal..
ni kadang² usaha ciput je.. dan² terus nak bertawakkal..
saya tak kata orang lain..
kadang² berlaku pada diri saya sendiri.. ;-p
sama² kita renung sejenak..chewah~

lepas makan terus gerak balik..
sampai GP dlm pukul 9.25pm..
ayah saya call suruh tunggu dia sekejap..
dia nak tumpang kami balik rumah..
tunggu punya tunggu pukul 10pm dia baru sampai..
huhu~ penat gile rasanya..

sampai rumah pukul 10 lebih..
wahhh..mengalahkan perjalan dari KL ek..
keluar rumah MIL pukul 5pm..
sampai GP pukul 10pm..
sabar je lah~

Leave a Comment

Makan Kat ZZ

Malas nak banyak ckp..
malas nak banyak cerita..
tengok gmbr mesti dah tau kan?
hehehe~

sampai ZZ terus order makan..
cam biasa la sampai sini dah tau nak order ape..

Mee rebus tulang mesti ada..
Ayu order Nasi Ayam..
tapi tak berapa sedap lah..
saya cuba rasa.. dan saya setuju pendapat Ayu..
dah beli makan je la..syukur ok..


sempat bergmbr dgn Nasi Ayam dia yg tak sedap tu..hehe~
minah ni bab makan mmg #1..
adik badik kuat makan..hehehe~

muka tuan punya blog n suami tidak dilupakan..
mesti tayang gak kat blog ni..
nampak En. Nazir semakin berisi la..
isyhhhh2..dah gumok rupanya hubby ku ini..hehe~
tadi my MIL pun tegur..Achik dah gemuk..badan dah naik..
hahahaha~ padan muka!
dulu ejek abang dia..skrg giliran dia pula.. ;-p

Leave a Comment

Lapo gile

Lepas habis exam lapar gile..
so terus je plan nak gi makan before gerak balik kampung..
pusing2 area Taman Perling tapi tak de satu kedai yg menarik..

at last En. Nazir plan nak singgah kat area Pekan Nenas je..
saya sempat terlelap..muka pun sememeh je tu..
dah nak muntah jawab exam tadi..hehehe~

ni la muka lapar + ting tong jawab exam..
tapi masih sempat tayang muka..hehehe~

pusing punya pusing kat area Pekan Nenas ni..
sampai tak tau nak makan kat mana..
semua kedai adalah tidak menarik ye kawan2..
mintak maaf kalau ada org Pekan Nenas yg terbaca..
maybe kami tak biasa kat sini..

saya terus bagi cadangan kat En. Nazir supaya makan dekat..
kat mane lagi.. the 1 n only fast food restaurant kat situ.. Marrybrown..
huhu~ mase study dulu ni la fast food terdesak saya..
dah terdesak sgt kat Larkin baru singgah MB ni..
so this is our 1st time gi sini same2..maksud saya dgn En. Nazir..
dah lapar sgt..redah je la..fast food terdesak la katakan..hehehe~

seingat saya la..kami order entah apa tajuk makanan tu..
tapi yg penting ada mushroom..
tup2 yg dia hantar..ada black pepper sauce pulak..
mulut saya ni pulak gatal menegur..
“Aeh..tadi kat gambar ada mushroom..nape ni takde pun?”
tapi saya layankan aje..dah lapar la katakan..

tiba2 En. Nazir bangun dari tempat duduk dia..
saya ingat dia just nak ambil sos..
rupanya dia gi jumpa cashier yg layan kami tadi..

sekejapan dia dtg semula kat meja bawak sos..
tak lama lepas tu cashier tadi dtg..
saya yg tgh layan makanan ni agak terpinga2 la..
cahsier tu duk terangkan la itu ini..
dia tak mengaku yg dia silap..
En. Nazir soal siasat gak la dia..saje je nak psycho..
masa kami bayar tadi dia tak bagi resit..
bila dia tahu yg dia tersalah hantar order..
dia buang resit yg lama n ganti dgn yg baru..
En. Nazir perasan waktu dia print 1.29pm..
sedangkan kami dah bayar n tunggu makanan dlm 10 minit..
dia bagi alasan yg jam kat mesin duit dia tu memang setting tak betul..
tak sama dgn waktu sebenar..pandai je nyonya ni tipu..
En. Nazir pun pot pet pot pet..
Nyonya tu pun jawab.. bla.. bla.. bla..
saya cuma diamkan diri n mencelah sikit..
selebihnya saya duk layan makanan..hehehe~
last2 malas nak dengar En. Nazir membebel..
saya kenyit kat dia suruh lepaskan je nyonya tu..
coz saya nampak jari dia menggigil2..hahaha~
dia takut dgn En. Nazir ke???

Satu yg saya menyirap kat MB Pekan Nenas ni..
customer service dia..memang zero..
ada ke patut sorang cashier yg lain ni..
masa hantar order kami dia main campak je makanan..
tak de budi bahasa langsung..ingat kita tak bayar ke..
dah ler muka putih ibarat tepung gomak..
alis kening hitam legam.. Astaghfirullahalazim..
berdosa saya! geram sangat ni..
kalau lah bos dia terbaca blog saya ni..
please lah..hantar ur staff for customer service training..
nasib baik la saya bukan peminta MB..

muka control marah..hehehe~
jangan main2 dgn En. Nazir ni..
dia selamba je dia tegur apa yg tak betul..

pernah masa kami makan kat satu gerai kat Taman Nusantara, GP..
kami order tomyam campur n makanan lain la..tak ingat pulak..
tomyam yg kami order tu..siyes tak de rasa tomyam..
macam hirup air kosong yg pedas je..
masa nak bayar tup2 budak tu kira rm20++..
makan apa je..tak banyak pun..
ni dah menambah kemarahan dah ni..
dia panggil waiter dtg kat kami..
dia cakap apa tau..
“Dik sapa tukang masak awak ni? cakap dgn dia tomyam ni tak sedap langsung..dah la mahal”
dgn muka yg cuak n serba salah mamat tu pun angguk kepala..
rupa2nya dia silap kira..makanan tu tak sampai pun rm20++..

wahh..terlajak cerita saya ni..
ok..lepas makan kat MB tadi terus je drive balik kampung..

Leave a Comment

Lunch @ Sedap Corner

Hummm..tak sempat nak update blog ari ni..
maklum la busy wat preparation Maulidur Rasul Isnin ni..
nanti saya update (kalau rajin ;-p)

Semalam macam yg dah di plan..
saya nak ke Maybank Tmn Perling coz ATM card problem..
saya ajak Mint temankan..
rehat 2 jam boleh la merayau kat Perling Mall jap..

Sampai bank dlm pukul 1..
gedebak gedebuk siap kul 1.20..
card saya dah ok..die reset ape entah..
b4 this memang tak boleh withdraw duit..
dah byk kali try..
maybe ari tu saya tersilap tac no kot..
alhamdulillah skrg dah ok..

Lepas tu kitorg terus ke Perling Mall..
perut dah lapar sgt ni..
terus tuju ke Sedap Corner..
tekak saya memang ngidam nak makan..
Beef Kuew Tiaw..
tapi bile tengok makanan lain..
alamak..rase rambang tekak la..hehe~
ooo..tidak..tekak ni sgt ngade² okie..

Mint order cendol..cam sedap je kan..
saya tak rase pulak ari tu..hehehe~

saya pulak order sirap bandung.
main order je mase ni..
ntah nape ntah..hehe~
selalunye kalau ke sini saya akan order Ice Lemon Tea..
ni la yg saya ngidamkan tu..
Beef Kuew Tiaw..sedap gile..
(pada tekak saya la)
tapi saya makan tak berape nak abis..
tibe² rase kenyang gile..hehe~
lapar mata je tuh..


Mint pulak makan set ni..
Fish Asam Pedas..ikan pari..
rase asam pedasnye cam kuah belacan..hehe~
kuah die pekat gile..
pas tu Mint complaint ikan ni dah lame..hahaha~
saya sempat la menjamah..

Ni pulak Sedap Ayam Goreng..
sorang seketul..
actually kitorg terpengaruh ngn gmbr..
tngok kat menu sikit punye cantik hias..
rupe pun cam best jek..
dah sampai depan mate..
rase die so so jek..
sodap lagi goreng sendiri kat umah..hehe~

Syok sgt makan..tak sedar..
jam dah kul 2..
haiyoo..ade 1/2 jam lagi tu..
sempat gak kitorg meronda kat bwh..
saya sempat beli seluar shelai..hehe~
terbang melayang duit RM27..

tinggl 15 minit je lagi..
bawak keta sikit punye laju..
at last sampai PTP kul 2.40..
masuk ofis jln senyap² takut bos perasan..hehehe~
jengah bilik bos die tgh terlelap..
fuhhhh..selamat gue..

Leave a Comment

Lunch with My Best Frenz

Semalam macam yg dah di rancang dgn Mummy Dasy n Dida..

kami pun gi lunch beramai ² kat KFC RnR..

(tak de la ramai sgt..tapi lbh dari sorang kire ramai kan?)

yang join kami bertiga + Seed & Azie (si darah manis)

Mint (geng makan) join gak walaupun die tak kenal kakak² lain ni..

sabo je la die tengok gelagat kakak² ni..hehe~

Biase la kalau dah berjumpe..

sure kecoh tak terkata..KFC dah macam rumah sendiri..

walaupun kami duduk kat area yg same tapi susah nak lepak² cam ni..

maklum la masing² ade hal..

masa dari kul 12.30 hingga 2.30 rasenye tak cukup..

byk topik nak dibualkan..

tak lupe ade part² “menganyam ketupat”..hehe~

biase la tu kan..



nie saya dengan Seed (the Mak Buyong)..

bertambah bulat die bile dah preggy ni..due date Jun ni kot..

semoga selamat bersalin yek..


Ini die..dari kiri Dida..Mummy Dasy (Along).. Azie..

Cube tengok si Dida tu..gangster semacam ek..hehe~

actually dorang berdua tak bagi saya letak muka dorang kat blog..

malu sgt la tu kononnye..hehehe~

mintak ampun la kawanku..

tak best la kalau cite je tapi tak de gambar..

Semua order benda yang sama jek..Snack Plate sorang 1 set..

+ Cheesy wedges n nugget..

perghhh..kenyang gile la..Alhamdulillah..

walaupun mase jeles dgn kami..

tapi saya rase puas hati gak dpt jumpe dorang..

sejak kawin tak de lepak² dgn dorang..

Lepas makan² + borak² tengok jam dah kul 2pm..

masing² dah kemas² nak balik..

Saya, Seed n Mint satu keta..terus balik PTP semula..

Dida pun balik ofis gak drive Kura² Silver die..hehe~

Mummy Dasy antar Azie balik GP..

coz Azie nak ke Pejabat Agama..hantar borg nikah…

then, makcik tu terus balik umah coz die keje half day jek..

Kitorang ni sekelas sejak form 1..

after form 3..Seed..Azie n Mummy Dasy pindah sekolah lain..

so tinggal la saya n Dida jek dan geng² lain..

(Kak Tam, Ann, Cdot, Idah)

ade lagi geng² kami..

tapi masing² duk dah jauh²..

nak jumpe pun tunggu hari raya..

tak pun time wat reunion baru dpt jumpe..

organizer reunion biase la sape lagi kalau bukan saya..

dibantu oleh AJK² iaitu Dida & Azie..

last year tak de plan ape² pun..

cume beraya beramai² jek..

this year maybe nak pakat datang ramai² masa Azie kawin..

Insya’Allah kalau saya mampu utk arrange..



Nota kaki: Agak lambat nak mengupdate..busy ler..hehe~

Leave a Comment

Bukan Mengidam Cume Teringin

Lunch hour tadi malas nak balik umah..
Tekak rase teringin nak makan mee bandung..
tapi nak mee bandung kat Warung Mee Udang jek..
dgn jayanye saya dah menghasut geng makan.. Mint..
die pun teringin nak makan mee gorng kat sane..

ini mee bandung saya yg punye!

mee goreng ni..budak kecik ni punye..
Saya ajak Puan Dida join sekali..
tapi malu katenye..(ape yg die malu ntah)
saje nak meramaikan kaum..hehe~
dah die tak nak saya ber2 Mint jek la..
kul 12 saya siap² order bagai..
nanti senang le smpai² je terus ngapp..hehe~
nak order ice lemon tea..
jap lagi abg tukang amik order kate..
“Ari ni limau tak de la dik”
ler pulak dah..order air sirap jek la..
kul 1 tepat saya terus bergegas ke Warung Mee Udang..
smpai² je trus mamam..hehe~
gosip² jap terus balik ofis.. kat ofis ni tinggal sorang²..
bahagianye makcik rase skrg ni..
My boss half day jek ari ni..die gi medical check up..
kul 5.30 je saya cabut balik ler gamaknye..

Nota kaki: Dida & Mummy Dasy.. jangan lupe sok 12.30 ok!

lagi satu thanks to Mint belanja akak lunch..

Leave a Comment

Makhluk Berwarna Hijau

Ahad lepas..saya n En. Nazir hantar Ayu balik hostel..
Ade cerite seram pasal yg adik saya alami kat hostel..
Fuhhhh..meremang bulu romaku..
nie la minah yg kena kacau dengan ….. itu

Last week..adik saya terserempak dengan satu makhluk..
eeee sgt seram saya dengar..
Mase adik saya duk baring kat dlm dorm..
tibe² die ternampak ade something atas locker kaler hijau..
benda itu juga melihat adik saya..
adik saya tergamam..die bace ape yg patut..
maka terkumat kamit la mulut die..
sekejap pas tu benda tu hilang..
die terus bagitau kwn² lain..
dorang buat bacaan Yassin beramai²..

Mase dekat sekolah..
Adik saya rase tak sedap ati..
Kepala die rase sakit yg amat sgt..
Ape die buat semua tak kena..
Kata die mase dlm kelas cikgu siap tegur die..
Keje yg die buat dah siap die padam..
Dah siap die padam lagi..
Pas tu die gi call mak nak cari semangat..
Dah dpt cakap dengan mak die ke toilet..
Die sedar yg die menangis..
Cume die agak terkejut tibe² cikgu die dtg meluru..

“Ayu..kenapa awak menjerit?”
kata ustazah n sorang lagi cikgu

“Aeh..mane ade cikgu..saya pening kepale je”
adik saya jawab

Masing² rase pelik..
Semua cikgu n classmate die berkumpul..
Termasuk la Pak Cu saya..cikgu kat sekolah tu..
Adik saya pun cerita dengan cikgu ape yg die nampak..
Baru la cikgu tahu hal sebenar..
Adik saya ternampak T***L berwarna hijau..
Die memang x sedar masa die terjerit²..
Orang sekeliling je yang sedar..
Cikgu bagi die balik tapi die tak nak..
Die ade azam baru.. Tak nak balik sesuke ati..hehe~
Pak Cu nak bawak balik umah die pun die tak nak..
Alhamdulillah lepas tu die ok..
Mase balik ari tu..
mak dah bekalkan dengan kacang hijau..
(nanti cik …. khayal main kacang hijau)
Mak Cu pun pesan suruh letak benda tajam kat locker..
Petua orang tua² kena ikut gak..
Yang penting baca Yassin selalu..
Harap² cik T***L tak kacau lagi..

Pas hantar die saya n En. Nazir ke Restoran ZZ..
Dah lame tak makan kat sini..
Dulu mase bercinta kami la pengunjung tegar..
Hehehe~ makanan kat sini sedap gile..
(pada tekak saya la)

Mee Hoon Tomyam saya yang punye..




Mee Rebus Tulang En. Nazir yang punye..

Cam biase En. Nazir order Mee Rebus Tulang..
Sangat sedap ok..tapi saya tak rase nak makan yg sama..
Tekak saya teringin nak makan Tomyam..
Rase nak hirup² kuah panas..hehe~
Cam biase gak saya pilih air belimbing..
En. Nazir teh o jek..


licin sudahhh..

See.. habis licin kami keje kan..
Memang sedap..sgt keco tengok makanan En. Nazir..
Maka saya pun mengecek la kat die sket..
(kate sayang wife..mesti bagi walau tak rela..hehe~)
Otak² pun selesai saya kejekan..
En. Nazir sempat jamah sekeping jek..hehe~
Dah siap makan terus balik..
En. Nazir keje malam daaaa…

Leave a Comment

Breakfast kat Warong Poyot

Emm..pagi tadi oleh kerana saya n En. Nazir..
coti² Mesia.. my adik Ana plan ajak b’fast roti canai..
kitorang pun gerak la ke Warong Poyot..
one of the fames warong roti canai kat kampung..
mmg dah lama saya tak datang sini..
maklum la saya ni pemalu..mane nak lepak cam ni..hehe~
Sampai sane..orang masih ramai..
nasib baik la bukan weekend..kalau tak lagi la ramai..
Mat² Saleh dari Singapore pun suke lepak sini..
slalunya kalau dorang datang..segerobolan gitu..
roti canai dia memang best..
plus byk pilihan lain..cam soto..mee kari..
nasi ambeng..nasi lemak..kuih muih..
Kitorang order roti tampal telur goyang sorang satu..
En. Nazir nak tambah lagi roti kosong plak..
tengah² makan rasa cam tak cukup..
saya n Ana share mee hoon soto..
kuat makan sungguh..anak sapa la ni..
sungguh tak berdisiplin adikku ini dengan diet dia..
Siap makan terus balik n tapaw kan mak n Aip kat rumah..
(mak saya sakit gigi tak dapat join..)
Pas ni nak pergi ziarah jiran meninggal dunia..

Hancus ler diet Cik Ana..

En. Nazir asyik menjamu..

Pinggan saya!

The Second Round.. Soto plak..sedap gile..

On The Way..

Leave a Comment

Older Posts »