Kami Tertipu

kami tertipu.

tertipu dengan iklan. semalam kami berbuka di kfc. kononnya nak mencuba shrimp stix combo. tengokkan iklan macam sedap. boleh tahan la. tapi saiznya indah khabar dari rupa.


[ulang tayang gambar]

dalam gambar dan iklan rupa shrimp stix nampak panjang dan besar. tapi yang sebenarnya kecil molek saja. macam gambar di bawah. tak sampai sejengkal jari saya pun.

tengok tu, sudu coleslaw dan whipped potato pun lebih panjang dari shrimp stix tu. tertipu kami rupanya. oleh kerana dah niat nak makan, kami bedal saja tapi tak puas hati sebab sekali ngap dah habis. rasa memang boleh tahan la.

kata en. nazir..

“beriya iklan dalam tv tunjuk nelayan masuk kfc sebab udang dah habis, tapi udang yang ada dalam pinggan tak effect langsung yang kat laut”

memang betul pun. makan je la walaupun perut saya dah masuk angin.


en. nazir sempat buat donation dapat la buku kecil ni.

sebelum balik sempat ke kedai buku, cari word puzzle and crossword. saja nak mengisi masa lapang. tak dilupakan ke big apple beli choreo untuk sahur.tapi sampai rumah dah kena ngap satu

terus ke giant belanja barang dapur sekejap. dah kepenatan menunggu giliran di kaunter. sempat snap gambar. hidung kembang ramai betul orang rasa macam tak bergerak-gerak barisan ni.

sudahnya. masuk kereta saya terbongkang sampai ke rumah.

penat sangat.

post signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: