Archive for Raya

Bukan OPEN HOUSE

Kenapa tajuk entry saya ‘Bukan OPEN HOUSE’?

Sebab saya tak nak ada yang berkecil hati, bila baca entry makan-makan di rumah saya ni. (ada ke yang nak kecil hati???hehehehe~) Semalam adalah bukan OPEN HOUSE rumah saya. Semalam kebetulan kawan-kawan En. Nazir nak datang beraya di rumah. Jadi saya pun masaklah Soto Ayam dan Mee Hoon Soto untuk tetamu.

Alang-alang dah masak lebih saya jemput juga kawan-kawan saya macam Aien, Mint, budak-budak GEMS PTP dan sepupu saya.

Kawan- kawan En. Nazir datang selepas Zuhur dan kawan-kawan saya selepas Asar. Kami buat macam ni sebab nak mengelakkan tetamu yang datang tak cukup layanan.

Kumpulan pertama sampai, Boy and family, Apong and Wife and Hafiz. Thanks untuk mereka yang sudi makan juadah tak seberapa yang kami sediakan tu.

Kumpulan kedua, sepupu saya Ina and family dan budak-budak GEMS PTP. (Ijal, Sashi and Nana) Budak-budak yang lain (Zaza, Siti and Shoba) tak dapat datang. Kesian dorang tak ada transport nak datang.

Kumpulan ketiga, Aien and family, Abang Zamri and ex-housemate En. Nazir masa duduk rumah sewa bujang-bujang dulu.

Amni yang dah semakin mantap isinya. Geram sangat tengok. Sementara ibu Amni makan, Amni main-main dengan Auntie Hernee dulu.

Lepas semua balik, Mak, Ana, Ayu dan Mak Anjang and family pula sampai. Tetamu-tetamu terakhir kami. Saya pun join makan sekali lagi. Diorang balik lepas maghrib dan kami pun bersiap-siap untuk ke Open House jiran sebelah blok dan ke rumah Apong.

Penuh sebu sarat perut saya semalam. Makan, makan dan makan. Di rumah jiran saya hanya makan 2 ketul lemang, roti jala dan kuah kari.

Sampai di rumah Apong, makan lagi. Tuhan saja yang tahu betapa semputnya nak makan lagi. hehehehe~ Zila masak mee hoon ladna kot. Saya tak pasti, yang penting sedap dan banyak aksesorinya.

Balik ke rumah ingatkan nak berehat, sekali ada tetamu (jiran tingkat 1) datang beraya. Tetamu mesti dilayan. Kebetulan ada lagi soto lebih kami jamukan untuk jiran yang datang. Lepas diorang balik terus terbongkang depan tv. Tak sempat tengok Cerekarama sampai habis kami dah tertidur. Sedar-sedar pukul 2 pagi. Penat sangatlah tu.

Untuk semua tetamu yang berkunjung ke rumah kami, terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang. Semoga kedatangan kalian membuka pintu rezeki kami sekeluarga. Amin

post signature

Leave a Comment

Beraya Di Rumah Boy

Aktiviti malam Sabtu kami adalah sambung beraya lagi.

Rumah seterusnya, rumah Boy kawan En. Nazir. Kami pergi bersama tiga orang lagi kawan En. Nazir, Apong and wife Zila and Hafiz.

The Tuan Rumah ;p

Wife Boy, Ayu dah sediakan makanan untuk kami. Dia masak mee hailam. Sedap mee hailamnya, cuma perut saya yang dah tak muat nak sumbat. Apa taknya, balik dari kerja dah serang KFC dulu. Akibatnya pergi beraya dengan perut kenyang. Tapi tetap menjamah mee hailam tu ya.hehehehe~

Me with Fiqa, Zila and Ayu..

Bila sekali sekala berjumpa, macam-macam cerita kami bualkan. Esok giliran mereka ke rumah kami pula. Selagi hari raya belum habis, selagi tu lah kami beraya.

En. Nazir with Fiqa, Boy, Apong and Hafiz

Ni anak Boy and Ayu, baru nak pandai bercakap. Best layan budak kecil sorang ni. Bila kami nak balik terus dia berbunyi.

Nak duit laya..

Kelakar tengokkan gaya dia ni. Comel, kulit putih gebu.

To Boy and family,

Thanks for the mee hailam yang best tu..

post signature

Leave a Comment

Open House Umi Nawfal

Malam Khamis lepas ke open house Umi Nawfal makin bertambah berat saya macam ni. Oleh kerana En. Nazir kerja malam, jadi saya terpaksa pergi sorang. Hasutan saya supaya Mummy Dasy pergi sama tak menjadi. Jadi saya bersaing dengan Jijah.

Ramai betul kawan-kawan Umi Nawfal yang datang. Mula-mula rasa malu juga, mana taknya saya sorang je yang tersesat. Semuanya kawan seofis dengan dia. tapi tak pelah dapat juga saya tambah-tambah kawan.

Bila dah ramai-ramai macam ni, sempat juga berkenalan dengan Liza, suaminya kawan Umi Nawfal. Rupanya dia jiran rumah saya, satu blok lagi. Ada ke patut saya tak kenal jiran. hehehehe~ Dia pun tak kenal saya. Adillah tu. Nasib baik saya kepoh kalau tak sampai ke sudah tak kenal jiran.

Kawan Umi Nawfal, Kak Chom yang baru saya kenal pun peramah sangat. Macam pernah jumpa je. Kalau Kak Chom baca entry ni, “thanks ek kak, lain kali jumpa lagi”.

Time to eat. Banyak gila makanan. Mula-mula saya ceduk nasi lemak. Tiba-tiba ternampak nasi impit. Terus tuang semula nasi lemak. Buruk perangai kan hehehehe~ Seriuosly masakan Umi Nawfal dan bonda memang tip top. Ayam masak merah Umi Nawfal dekat-dekat rasa masakan mak saya.

Sempat minta tolong Kak Chom snap gambar saya, Nawfal and Jijah. Buat kenangan and prove yang saya datang sini hehehehe~

To Umi Nawfal and family..

Thank you so much.. Next time jangan lupa jemput lagi..hehehe~

post signature

Leave a Comment

Open House Pok teh

Hari Rabu lepas kami ke open house Pok Teh. Kami antara tetamu yang terlewat, maklumlah saya balik kerja pukul 5.30pm jadi datang lambat sikitlah. Tak sangka bersaing pula dengan family Mak Anjang. Makanan sangat banyak.

Ini pilihan saya. Udang berlonggok-longgok. Tak cukup yang dalam pinggan Ija and Anna bagi lagi udang diorang yang tak habis membuatkan saya orang yang terakhir habis makan.

Me and my Pok Teh, yang akan berlepas balik ke Abu Dhabi this Sunday. Sedih pula bila tengok muka Pok Teh. Semoga perjalanan dia selamat nanti.

Gambar kami semua..


Sebelum balik ada ole-ole dari Abu Dhabi untuk kami.

Thanks Pok Teh, we will miss you..

Sempat jumpa Farah dan anaknya di taman permainan berhadapan dengan rumah Pok Teh. Dulu kami satu sekolah, lepas sama-sama kerja di 7-Eleven Gelang Patah. Sempat berbual-bual dan bergosip-gosip. Dah lama kami tak jumpa. Sebelum maghrib masing-masing bersurai.

post signature

Leave a Comment

Cerita Raya: Episod 7 (Gedik Santai)

Lepas beraya rumah Cdot kami berempat terus serang rumah Mummy Dasy.

Sebelum terjah saya call dulu. Dengar suara yang ala-ala serak basah tu, saya dah tahu apa aktiviti Mummy Dasy. Rupanya dia anak beranak tengah sedap mengulit mimpi. Ahhhh, tak peduli nak beraya gak.

On the way ke rumah Mummy Dasy. Kashah bersama mak angkat tersayang dia. Aeh, mak angkat ke mak mertua ek. hehehehe~ Muka kurang senyum sebab baru lepas nangis.


Sempat bergedik santai bersama Mummy Dasy, Cdot (perempuan dalam pantang yang tak reti berpantang) dan Dida (mak buyong). Cameraman kitorang, Kashah yang tak berapa professional.hahahaha~

post signature

Leave a Comment

Cerita Raya: Episod 6 (Bila Kami Berjumpa)

Hari Ahad lepas my BFF datang rumah beraya. Mula-mula plan nak beraya beramai-ramai, tapi ada yang ada hal jadi yang tinggal cuma saya, Cdot and Dida.

Plan asal dengan Idah, Mummy Dasy and Azie. Mereka-mereka inilah yang beriya sakan ajak beraya. Sampai masa kami bertiga je yang beraya huhuhu~

Ada orang tu, Along (bukan nama sebenar) beriya sakan suruh saya masak. Dialog dia yang masih terpahat dalam ingatan saya.

“Che’ Long, ko masak la. Ko rumah sendiri, aku malas nak masak”

Cadangan dia ni dipersetujui oleh dua orang lagi kawan baik saya.

Saya pun jawab.

“Korang confirmkan dulu, nanti aku masak korang tak datang pulak”

Masing-masing pun beriya poyo kata nak datang hari Ahad.

Dalam kepala saya dah terfikir nak masak Spaghetti. Sabtu pagi, sempat ke pasar beli barang-barang.

Sambil masak sambil sms dengan mereka-mereka ni. Azie and hubby janji datang petang ok la. Yang datang on time Dia and hubby. Cdot pun datang dengan anak antu saya, walaupun dia tak dapat makan apa-apa hanya minum air kosong. Sekejap lepas tu Idah and hubby datang.

Si pencadang suruh saya masak tu, tak kunjung tiba. Dia kata tak dapat datang. Dia tanya saya masak apa. Lepas suruh tapawkan, bawa masa kami beraya rumah dia. Tak sampai hati pula dengar rintihan dia tu, jadi saya tapawkan spaghetti tu untuk dia dan anak-anak.

Siapa la dia tu kan.. ;p

Time to eat. Tak tahulah sedap ke tak masakan saya tu. Yang penting saya ikhlas bagi kawan-kawan makan. Jangan serik ya kawan-kawan.


Sempat posing dengan mak-mak orang ni.

Idah the Mak Buyung. Next month, insya’Allah Idah bersalin. Semoga semuanya selamat.

Sempat juga posing bertiga. Nampak tak kepala Kasha tu. Actually, dia tengah menangis sebab terkepit antara kami bertiga. tapi kami tak hiraukan pun tangisan syahdu dia tu.

Akibatnya, Kasha merajuk tak nak salam dengan Uncle Nazir. Aeh, macamlah uncle yang buat Kasha nangis. Lepas settle di rumah saya terus bergegas beraya di rumah Cdot. En. Nazir tak nak ikut malam dia nak kerja, dia bagi green light untuk saya beraya dengan kawan-kawan.

Ada insiden nyaris dipatuk ular di rumah Cdot. Alhamdulillah, ular selamat dibunuh oleh Long Kadir.

Cerita selanjutnya, selepas ini.

post signature

Leave a Comment

Adegan Menyayat Hati Di Open House Seed

Sebelum sorang tukang karut tu mengarut dalam blog dia pasal adegan menyayat hati ni, baik saya dengan rela hati bercerita dulu.
Lunch hour tadi saya ke open house Seed. Sedang asyik makan mee hoon soto, tiba-tiba terasa sejuk aje. Bila toleh ke belakang, rupa-rupanya Seed terlanggar air sirap saya. Habis baju dan kain saya basah huhuhu~ Malang sungguh.

Terus basuh dan sambung makan walaupun macam dah hilang selera. cheh~


Haaaa, habis basah tau.

Dengan muka tak malunya saya tumpang iron baju di rumah mak Seed. Nasib baiklah family dia memang dah kenal saya. Jadi makin bertambah tak malulah muka saya. Sufi jadi mangsa untuk ironkan baju saya. Kesian Sufi kena dera nasib baik bawa bibik ;p. Thanks Sufi.

Minah berdua ni, tahunya menggelakkan saya dan snap gambar ni semua. Kurang asam betul. Kalau basah teruk tadi memang confirm saya balik rumah tukar baju hehehehe~ Thanks Cdot & Mummy Dasy, sebab korang gelakkan aku huh~

Ini tuan rumahnya. Iman with his mummy. Pelik Iman agaknya kenapalah auntie2 ni rouh sekali buat kacau kat rumah nenek Iman. Sorry ye Iman, mummy Iman yang salah. Dia yang tumpahkan air kat baju auntie tau. Thanks Seed, bagi aku lunch free hari ni.

Ada lagi gambar-gambar kami di kamera saya. Malas pula nak download hehehe~ Nanti-nantilah ya.

post signature

Leave a Comment

Makan Free Untuk Hari Ini

  • Open house rumah Seed aka Mummy Pink – mula pukul 1 – 6 pm di Kg. Paya Mengkuang. Sekejap lagi saya berdezup ke sana. Dah janji dengan Mummy Dasy, Cdot and Dida.
  • Open house rumah Umi Nawfal – mula pukul 8 – 11pm di Kg. Tiram Duku. Nampaknya kena pergi sorang, En. Nazir kerja malam. Dah sms Zizah ajak saing. Lepas ni nak hasut Mummy Dasy pula ajak ke sana.

post signature

Leave a Comment

Cerita Raya: Epsiod 5

Episod beraya di Parit Daun, Parit Raja di rumah Kak Andak. Kebetulan ada kumpulan marhaban datang berkunjung ke rumah Kak Andak, jadi ada jamuan ringkas. Sempat juga kami bergotong royong tolong Kak Andak masak apa yang patut.

Gambar Empunya Blog.. ;p


Dari kiri: Atam yang sedang pegang Aiman, Ibu Mertuaku, Nabila, Kak Long dan Saya
Duduk di bawah: Umi

Anak-anak Kak Long dan Kak Andak


Pakcik, Makcik dan anak-anak buahnya ;p

Bila kami berangan..


Anak-anak buah dan bapa-bapa buah ;p

Aiman dan Makcik yang cun

Along, Nazrul si gigi rongak dan Haziq

Tak tahulah siapa yang menyakat si Nabilah ni sampai mengamuk sakan. Yang penting walaupun nangis Bila tetap vogue, handbag mesti ada bila nak beraya. hehehehe~

Dalam pukul 1 lebih kami beraya ke rumah Mok De di Parit Bugis.

Esoknya beraya di rumah Abang Ngah, tapi tak ada satu gambar pun yang sempat di snap. Busy ke? Entah ek, lupa kot. Sempat makan tengahari di sana. Banyak juga lauk pauk Kak Wati masak. Alhamdulillah kenyang.

Kami balik ke Gelang Patah pada hari Rabu. Giliran keluarga En. Nazir beraya di rumah kami. Bertolak dari Senggarang pukul 10 lebih dan sampai lebih kurang pukul 1. Banyak persinggahan tu yang lambat sampai. Sempat beli ayam dan sayur saja, pasar tutup.

Sampai rumah bersilatlah saya di dapur di bantu oleh SIL dan MIL. Petangnya diorang balik semula ke Senggarang. Sebelum tu sempat beraya di rumah mak saya dan Pakcik Mat. Tinggallah Kak Long dan anak-anak di rumah saya sementara menunggu suaminya datang dari Pasir Gudang.

Itu saja pengalaman raya bersama keluarga En. Nazir.

post signature

Leave a Comment

Cerita Raya: Episod 4

Episod 4, berhari raya di Parit Jabar, Senggarang, Batu Pahat.

Kami bertolak balik ke Senggarang pukul 8.30pm malam hari raya kedua. Dalam pukul 10 lebih dah sampai sana. meriah juga rumah MIL dengan anak-anak buah yang dah tak sabar-sabar menunggu Pakciknya sampai.

Sempat menjamah juadah hari raya buatan MIL dan SIL. Saya pun bekalkan sedikit juadah dari Gelang Patah.

Esok banyak agenda, nak berhari raya di rumah sanak saudara sebelah En. Nazir. Sempat juga saya berhari raya di rumah my BFF Aien tapi tak sempat ambil gambar huhuhu~

Time to bodek Pakcik. hehehehe~ Semua malu-malu nak salam, tapi duitnya cepat je dia nak. Biasalah budak-budak kan. Macam-macam ragam. Siap minta Makciknya top up lagi duit raya.

Masa bermaafan dengan MIL dan SIL, saya rasa sangat terharu. Terharu sebab dapat family in law yang sangat sporting dan menerima saya seadanya. Boleh jadi kawan berbual, berjenaka dan berkongsi pendapat. Alhamdulillah syukur.

SIL pesan pada saya,

“Jaga Achik baik-baik, sebab Kak Long sayang sangat dia”

Saya yang gembeng ni pun makinlah rasa terharu. Basah juga bahu SIL kena air mata saya.

Insya’Allah Kak Long, Heni akan jaga adik Kak Long ni sebaik mungkin.

Dah penat nak cerita, gambar ada yang tak boleh upload bengangnya.

post signature

Leave a Comment

Mood Meng’update’ Dah Hilang

Mood meng’update’ dah hilang. Cerita raya episod 4 terpaksa ditangguh kerana saya tak boleh upload gambar. Dah banyak kali cuba, yang keluar “Bad Request”

Maknanya esok sajalah saya sambung ya.

Lagi satu, saya tengok blog saya ni ada problem kalau view guna Internet Explorer. Mesti keluar warna hitam tanpa tulisan. Apa masalahnya kalau macam tu ek? Pelik betullah. Blog saya yang problem atau IE yang problem. Untuk kawan-kawan, kalau nak view blog saya gunalah Mozilla Firefox baru ok.

Ok, stop dulu. Sekejap lagi nak balik ambil En. Nazir dan Anna. Kami nak ke open house Pok Teh di Taman Mas, Gelang Patah yeay! tak payah masak petang ni

post signature

Leave a Comment

Cerita Raya: Episod 3

Kemeriahan raya diserikan lagi dengan kehadiran kawan baik saya Noor Raihan dan Nooreha. Tak sangka raya tahun ni dapat jumpa dengan both of them.

Gambar keluarga An tak sempat saya nak snap. Jumpa pun tak lama, tapi hati saya rasa puas sangat. Kak Tam je yang tak ada.

Paling tak sangka bila No sms nak datang ke kampung yang dah bertahun-tahun dia tinggalkan. Nasib baik dia masih ingat lagi jalan ke Gelang Patah. Terubat rindu dengan No. Dia pun terkejut tengok keadaan mak saya. Parents No pun tak sihat. Insya’Allah nanti kalau ada masa saya nak melawat Pak Kassim dan Mak Gayah yang banyak berjasa pada keluarga saya.

Gambar No sekeluarga

Saya pun sempat bergambar dengan No untuk kenang-kenangan. Lepas ni tak tahu bila boleh jumpa lagi. Comel-comel anak No, dah macam kembar.

Kalau No ada dua orang puteri, An pula ada tiga orang putera. Kami masih menunggu Kak Tam punya kad jemputan. hehehehe~

Semoga persahabatan kami akan berkekalan hingga akhir hayat.

Sempat juga tunjukkan rumah Cdot dan An. Lepas No balik saya terus berkemas nak balik Senggarang. huhuhu~ (tiba-tiba jadi sedih)

[nota untuk Kak Tam: Tam.. jangan lupa ko janji 101010 nak naik pelamin..hehehe~ makcik tunggu ni]

post signature

Leave a Comment

Cerita Raya: Episod 2

Sebelum menziarah kubur, kami ke rumah Mok De dulu. Tok Mok ada di rumah Mok De, jadi kami kesana. Riuh rendah macam biasalah keluarga kami.

Kak Ngah sempat berposing dengan baby Dania and Mok De. Pertama kali Mok De berhari raya tanpa suami. Tengok muka dia pun sedih je.

Saya sempat juga Umi Long pegang Nik Nur Dania Emelda ni. Wah, nama berbelit-belit lidah nak sebut. hehehehe~ Umi dia panggil Emel, tapi lidah saya senang nak menyebut Dania. Suka hati je, macam anak sendiri.

On the way ke Kubur Tinggi, Kg. Tg. Kupang..

Izhan masih melekat dengan Abang Nashir dia tu. Sehati sejiwalah diorang berdua ni. Pernah sekali Izhan kena marah dengan ayah dia, nangis-nangis sambil sebut nama Abang Nashir. hehehe~

Layankan wajah puteri-puteri En. Samshudin dan Puan Kasmah. Sempat lagi berangan masa dalam kereta.

Lepas balik kubur semua menuju ke rumah mak.

Keluarga Pak Anjang sedang menjamu selera. Adik dan Kiki tak nampak bayang. Pak Anjang macam biasa tak boleh berpisah dengan anak saudara kesayangan dia, Anna.

Keluarga Mok De pula menjamu selera di bawah. Masing-masing layan diri. Mak, masih tak berbaju raya. hehehehe~

Lepas keluarga diorang balik, sampai keluarga Pak Ngah (abang mak) dan sepupu saya sebelah mak. Penat juga melayan tetamu yang tak henti bertandang, apa nak buat hari raya kan. Lagi pun lagi ramai orang datang rumah kita, lagi banyak rezeki kita dapat. Insya’Allah.

Bila tetamu dah reda, saya dan En. Nazir pergi beraya di rumah Mak Anjang, Pak cik Mat (bapa saudara En. Nazir) dan Tok Busu (adik Tok Abah) maklumlah kami nak balik Senggarang malam nanti. Rumah-rumah penting kena settlekan beraya dulu. Ok, cerita raya bersambung lagi episod akan datang.

post signature

Leave a Comment

Cerita Raya: Episod 1

Akhirnya sempat juga saya berceloteh pasal raya. Inilah rupa kami di pagi raya. Sedondon tak? hehehehe~ Baju hantaran kahwin haruslah sedondon.

Malam raya kami tidur di rumah mak. Kata En. Nazir, konon-kononnya kita balik kampung sebelah saya. hehehehe~ Poyolah pula. Malam raya saya gigih menjahit manik di baju. Berjaya juga walaupun simple.

Menu hari raya kali ni, hasil air tangan saya, Anna dan Ayu. Mak jadi pemerhati saja. Menu yang ada:

  • Nasi impit
  • Ketupat pulut
  • Rendang Daging
  • Ayam Masak Merah
  • Sambal Kacang
  • Serunding
  • Lodeh
  • Ikan Parang Masak Asam (lauk orang bugis)

Tahun ni tak dapat makan masakan mak. Redha je la makan apa yang ada. Terlupa pula saya nak snap gambar-gambar makanan.

Sesi bermaaf-maafan..

Mula-mula sesi bermaaf-maafan dengan mak tersayang. Sila abaikan baju kelawar mak saya tu. Walaupun saya dah ironkan baju kurung untuk dipakai, dia tetap tak nak salin. Jadi saya ikutkan saja kehendak dia. Dah petang sikit barulah dia salin baju itu pun tetap tak nak pakai baju raya.

Dalam keadaan mak macam ni, raya kami ala kadar saja. Menyambut hari raya dalam kesedihan. Alhamdulillah, kami masih sempat beraya bersama. Sedih hati bila mengucup tangan mak. Doa kami semoga mak cepat sihat dan kembali ceria macam dulu-dulu.

Seterusnya, sesi bermaafan dengan ayahanda Samshudin. Dimulakan dengan Pok Teh dan En. Nazir dan seterusnya kami adik beradik. Pertama kali bermaafan anak menantu.

Insiden yang menyentap hati saya, bila saya terlupa nak bermaafan dengan En. Nazir. Bila dah selesai sesi bermaafan saya terus ajak ayah ke kubur.

Tiba-tiba En. Nazir bersuara..

“Awak tak nak minta maaf dengan suami awak ke?”

Tersentap saya dengar ayat yang terkeluar dari mulut En. Nazir. Astaghfirullahal’azim. Macamana saya boleh terlupa yang saya dah bersuami. Selama ni bersalam dengan mak, ayah adik-adik dan sanak saudara, jadi saya terlupa yang saya dah berkahwin.

Terus rasa syahdu pula hati saya. Rasa macam zalimnya saya waktu tu. Seriously memang saya terlupa. Terus saya meluru dan mendapatkan En. Nazir. Maka bermulalah adegan syahdu syahdan buat kali kedua. Sambil gelak sambil nangis. Gelak sebab bengang dengan diri sendiri. Nangis sebab sedih pertama kali dapat berhari raya dengan suami walaupun ada insiden lupa bersalam. Gambar kami tak sempat nak di snap. Maklumlah tengah banjir masa tu. hehehe~

Masa ni hanya keluarga Pok Teh yang ada di rumah mak. Makcik pakcik yang lain belum sampai. Makcu dan Makcik beraya dengan keluarga mertua masing-masing.

Sebelum menziarah kubur arwah datuk nenek, En.Nazir sempat melayan Izhan. Mood pakcik kecik ni tengah baik dengan Abang Nashir dia tu.

To be continued in the next episode..

post signature

Leave a Comment

Update Ringkas Malam Selasa


Masih belum ada kesempatan nak update cerita raya.

Balik dari kerja terus bersilat di dapur. Boss besar kerja malam jadi haruslah masak sepantas kilat. Lepas maghrib mak suruh datang rumah ada marhaban. Dia minta tolong apa yang patut. Tahun ni mak saya tak dapat join geng-geng marhaban almaklumlah kesihatan tak mengizinkan. Di kawasan perumahan ni, marhaban seminggu selepas raya. Marhaban kumpulan ibu-ibu saja, bapa-bapa malu agaknya nak marhaban.

Saya tak join marhaban ke rumah jiran lain, adik saya je yang gantikan mak. Kalau saya join siapa nak temankan mak di rumah. Ok juga kalau jemput makcik-makcik ni marhaban di rumah saya, tapi kena bincang dengan En. Nazir dulu. Kawasan rumah saya masih belum ada kumpulan yassin dan marhaban macam ni, yang ada cuma “AHLI MESYUARAT TINGKAP” ;p

Sekejap lagi nak balik rumah, tapi sempat online sekejap. Dekat rumah baju selonggok dah menunggu. Mata dah berat ni, kalau postpone lipat baju boleh tak? hehehehe~

Esok ada open house Pok Teh saya, nampaknya balik dari kerja saya ambil En. Nazir di rumah dan bergegas ke rumah Pok Teh. Kalau tak mesti tak sempat En. Nazir nak join sama.

Lusa open house Seed. Insyal’Allah kalau tak ada aral melintang sampai la saya di rumah mak Seed lunch hour nanti. Nak datang after working hours takut tak sempat pula nanti ada yang tak makan pergi kerja. Wooooo.. tak sampai hati tu, wife makan sedap-sedap, hubby di rumah kebuluran. Panjang pula celoteh saya, nak cerita raya memang belum bersedia jadi ceritalah yang merepek-merepek dulu.

Lagi pun saya bagi peluang Cdot tayang gambar raya kami. Aura rajin update blog dia dah mari. Biarkan dia. Sampai masa giliran saya tayang muka dalam blog ni. hehehehe~

Mata pun dah kelat semacam ni. Sementara tunggu adik saya balik dari marhaban, sempat juga lelapkan mata dengan harapan boleh sambung lipat baju bila balik rumah nanti. Semoga impian saya menjadi kenyataan. Chaiyok2 Hernee!

post signature

Leave a Comment

Selamat Hari Raya Aidilfitri [Sticky Mode Entry]

Kepada semua pengunjung blog Hernee Nazir Life..

terimalah kad hari raya yang tak seberapa daripada kami..

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”

Maaf Zahir & Batin

[sorry tak ada gambar terbaru..kad raya pun macam tak ada ciri-ciri hari raya ;p]

post signature

Leave a Comment

Cerita Shopping Raya

Tepat pukul 5 semalam, bayang Hernee tak ada di office.

Turun bawah, En. Nazir dah menanti. Balik ke rumah terus siap-siap nak ke Bukit Indah.

Sampai Jusco Bukit Indah, terus tuju ke Vincci. Konon-kononnya nak cari kasut. En. Nazir pula ke bahagian baju. Tiba-tiba muncul seorang minah yang macam dikenali. Rupa-rupanya Sufi dan Noha pun tengah bershopping. Sufi ada tunjuk satu kasut tu, memang cantik dan selesa dipakai, tapi saya kiv dulu.

Oleh kerana masa tinggal 20 minit untuk berbuka, kami ke Pizza Hut dulu. Lepas tu baru sambung shopping.

Macam biasa inilah yang kami makan. Makan berdua tapi meja penuh. Mesti orang kiri kanan kata budak berdua ni ada bela jin ke apa. hehehe~

Lepas selesai semua, kami sambung cari barang-barang yang nak dibeli. Kami ke Vincci semula. Saya dah tak pandang kasut lain, selain yang saya minat tadi. Terus tanya salesgirl di situ saiz 5 ada tak. Salesgirl tu kata saiz 5 dah habis. Hancur hatiku mengenang kasut comel itu.

En. Nazir dah selamat dapat sehelai t-shirt. Saya juga yang melopong. Cuba ke kedai lain tapi tak ada satu pun yang menawan kalbu. Sempat belikan emak saya sandal.

Terus cari bekas kuih raya. Mula-mula tak ada yang berkenan. Saya ni memang cerewet sikit kalau membeli barang. Kena belek lama-lama dulu. Nasib baik ada penasihat, jadi idea nak beli tu datang. Beli balang yang simple saja, asalkan kuih dan kerepek tak lemau nanti.

Misi mencari kasut En. Nazir pula. Akhirnya dia beli sandal Lee Cooper, hajat hati dia nak beli lagi satu. Maklumlah sandal dia hilang hari tu, tak tahulah jin toncet mana yang curi di rumah.

Ini yang sempat kami beli. T-shirt dan kasut En. Nazir yang punya. Saya? Errmmm.. balang kuih saja yang saya beli. Balik dengan kaki yang melecet dan hati yang hampa. Melopong tak ada beli apa-apa.

Petang ni En. Nazir janji nak pergi cari kasut saya pula. Macamana pun malam ni kena beli juga. Hajat hati nak ke Angsana, tapi bila fikirkan jalam jam rasa malas. Saya nak ke romantika nak cari hiasan rumah. Tengoklah petang macamana petang ni, maybe tukar lokasi ke tempat lain.

Impak dari kepenatan yang amat sangat beserta kaki melecet, En. Nazir bangun sahur sendiri makan balance pizza yang kami bawa balik. Isteri dia yang bercuti ni, tidur tak sedarkan diri. Ampun En. Nazir~

post signature

Leave a Comment

Duit Baju Raya

Baju raya dah ambil dua hari lepas. Jahitan kemas puas hati, tapi seluar En. Nazir kurang panjang. Jadi kami hantar semula pada nyonya tailor tu untuk di adjust semula. Bukan saya tak nak jahitkan, dah bayar mahal-mahal haruslah nyonya tu juga yang adjust panjang seluar tu kan. Baju raya kami simple saja. Kain hantaran kahwin. Niat hati nak jahit manik, tapi tak tahulah kesampaian ke tidak. Manik dah siap beli tunggu kerajinan datang.

Duit raya pun dah tukar dengan kawan saya Kak Eija. Kebetulan hubby dia kerja di bank, jadi mudahlah kawan-kawan nak menukar duit.

Petang ni nak berbuka di luar dengan En. Nazir sambil mencari kasut raya, baju raya dan apa-apa saja yang berkaitan dengan raya terutamanya bekas kuih raya yang belum lagi dibeli.

post signature

Leave a Comment

Bila Dengar Lagu Raya

Bila dengar lagu raya baru..

Jiwa rasa kosong. Tak ada rasa nak raya langsung. Kenapa entah. Saya rasa lagu-lagu baru ni ibarat lagu-lagu biasa. Melodinya macam dah biasa kita dengar. Kadang-kadang rasa macam pelik pun ada.

Bila dengar lagu raya lama..

Baru ada mood nak beraya. Masa tu lah teringat zaman kanak-kanak. Zaman menggila kutip duit raya. Semua rumah dijelajah semata-mata nak duit raya. Tak kiralah sepuluh sen, dua posen semua diambil. Paling bangga bila dapat duit lima puluh sen atau seringgit. Rasa dah cukup kaya tuan rumah yang bagi banyak tu. Bestnya masa kanak-kanak dulu.

Raya kali ni, mesti lebih syahdu syahdan. Lagi-lagi bila tengok emak yang masih kurang sihat. Nampaknya kami bertiga (read: saya, anna, ayu) yang akan bersilat di dapur without my mom. Emak rehat saja, biar kami yang uruskan semuanya.

post signature

Leave a Comment

Persiapan Hari Raya Hernee Nazir ;p

Bila jengah blog kawan-kawan, masing-masing dah ada persiapan hari raya. Bagi saya dan En. Nazir, banyak lagi yang belum kami settlekan.

  • Baju raya – Baju kurung dan baju melayu untuk kami masih pada tangan Nyonya. Belum diambil lagi. Sempat ke saya nak jahit manik-manik (ada hati kan) Ada niat nak beli baju lagi tapi tunggu next week baru terjah mana-mana shopping complex.
  • Kuih raya – Dah namanya tauke kerepek, haruslah banyak kerepek di rumah. Semalam juga ambil chocolate chip cookies yang saya tempah dengan umi. Esok saya akan berusaha membuat Cornflakes Madu dan satu lagi kuih pilihan. (harap-harap niat suci murni saya ni berhasil)
  • Kasut raya – Belum beli lagi daaa.. tunggu bonus masuk
  • Duit raya – Tukar dengan officemate yang suaminya kerja di bank.
  • Sampul duit raya – Company dah bagi free.
  • Bayar zakat – En. Nazir dah settlekan dua hari lepas. Alhamdulillah.
  • Lokasi raya – Malam raya kami di rumah emak saya. Rancangan awal berhari raya dengan keluarga En. Nazir dulu, oleh kerana emak saya sakit atas budi bicara En. Nazir kami akan berhari raya dengan keluarga saya dulu.

Itu saja yang terfikir setakat hari ke 21 puasa. hehehe~


[nota sakit perut: pinggang macam nak putus tahan sakit perut]

post signature

Leave a Comment

Older Posts »