Cerita Raya: Episod 1

Akhirnya sempat juga saya berceloteh pasal raya. Inilah rupa kami di pagi raya. Sedondon tak? hehehehe~ Baju hantaran kahwin haruslah sedondon.

Malam raya kami tidur di rumah mak. Kata En. Nazir, konon-kononnya kita balik kampung sebelah saya. hehehehe~ Poyolah pula. Malam raya saya gigih menjahit manik di baju. Berjaya juga walaupun simple.

Menu hari raya kali ni, hasil air tangan saya, Anna dan Ayu. Mak jadi pemerhati saja. Menu yang ada:

  • Nasi impit
  • Ketupat pulut
  • Rendang Daging
  • Ayam Masak Merah
  • Sambal Kacang
  • Serunding
  • Lodeh
  • Ikan Parang Masak Asam (lauk orang bugis)

Tahun ni tak dapat makan masakan mak. Redha je la makan apa yang ada. Terlupa pula saya nak snap gambar-gambar makanan.

Sesi bermaaf-maafan..

Mula-mula sesi bermaaf-maafan dengan mak tersayang. Sila abaikan baju kelawar mak saya tu. Walaupun saya dah ironkan baju kurung untuk dipakai, dia tetap tak nak salin. Jadi saya ikutkan saja kehendak dia. Dah petang sikit barulah dia salin baju itu pun tetap tak nak pakai baju raya.

Dalam keadaan mak macam ni, raya kami ala kadar saja. Menyambut hari raya dalam kesedihan. Alhamdulillah, kami masih sempat beraya bersama. Sedih hati bila mengucup tangan mak. Doa kami semoga mak cepat sihat dan kembali ceria macam dulu-dulu.

Seterusnya, sesi bermaafan dengan ayahanda Samshudin. Dimulakan dengan Pok Teh dan En. Nazir dan seterusnya kami adik beradik. Pertama kali bermaafan anak menantu.

Insiden yang menyentap hati saya, bila saya terlupa nak bermaafan dengan En. Nazir. Bila dah selesai sesi bermaafan saya terus ajak ayah ke kubur.

Tiba-tiba En. Nazir bersuara..

“Awak tak nak minta maaf dengan suami awak ke?”

Tersentap saya dengar ayat yang terkeluar dari mulut En. Nazir. Astaghfirullahal’azim. Macamana saya boleh terlupa yang saya dah bersuami. Selama ni bersalam dengan mak, ayah adik-adik dan sanak saudara, jadi saya terlupa yang saya dah berkahwin.

Terus rasa syahdu pula hati saya. Rasa macam zalimnya saya waktu tu. Seriously memang saya terlupa. Terus saya meluru dan mendapatkan En. Nazir. Maka bermulalah adegan syahdu syahdan buat kali kedua. Sambil gelak sambil nangis. Gelak sebab bengang dengan diri sendiri. Nangis sebab sedih pertama kali dapat berhari raya dengan suami walaupun ada insiden lupa bersalam. Gambar kami tak sempat nak di snap. Maklumlah tengah banjir masa tu. hehehe~

Masa ni hanya keluarga Pok Teh yang ada di rumah mak. Makcik pakcik yang lain belum sampai. Makcu dan Makcik beraya dengan keluarga mertua masing-masing.

Sebelum menziarah kubur arwah datuk nenek, En.Nazir sempat melayan Izhan. Mood pakcik kecik ni tengah baik dengan Abang Nashir dia tu.

To be continued in the next episode..

post signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: