Semalam Yang Mengenyangkan

Semalam adalah “hari periuk tergantung” (istilah kamus manalah ni??) bagi saya. Kenapa saya cakap macam tu? Mesti awak-awak semua dah boleh agak. Semalam hari yang amat mengenyangkan bagi saya. Sampai rasa tak tak larat nak makan tapi tetap sumbat juga makanan yang ada ;p

Tak masak langsung semalam. Tengahari alas perut di rumah Mak. Pukul 3 ajak Ayu teman pergi open house Jijah. Ada roti jala, ada laksa, ada buah-buah, macam-macam ada. Tapi saya makan roti jala saja.

Sempat lagi snap gambar walaupun tak berapa jelas. Semua Ayu punya pasal, tak nak bagi kerjasama pada saya ;p.

Dalam pukul 4 lebih baru balik. Tukar baju, then ke rumah sewa budak-budak GEMS jiran seblok saya. Diorang buat makan-makan juga. Rajin sungguh budak-budak ni masak. Banyak gila makanan. Walaupun perut dah sendat, tapi tetap jamah makanan. Orang dah pelawa tak elok tolak.

Balik rumah rasa perut nak meletop dah. Hadoi, memang kenyang gila.

Sebelum tu sms, En. Nazir nak confirmkan nak ke rumah Emmy ke tak. Alhamdulillah hasutan saya berjaya. Dia setuju. Yeay! dapat jumpa Emmy and Ajie (both of them adalah “Mak Buyung”)

Sementara tunggu En. Nazir balik kerja pukul 8 malam, saya merehatkan diri dulu. Takut tak larat pula nanti. Ayah call, minta tolong hantar Ayu balik hostel sekali. Suka hati je kan balik hostel lambat-lambat, ingat SM Teknik Tanjung Puteri dan Samshudin Yahya ada share ke? Tapi Ayu dah inform warden yang dia balik lambat.

Sampai rumah Emmy pukul 9 lebih. Sempat juga tersesat barat. Tersalah tunjuk jalan daaa. Akibatnya “beliau” membebel sepanjang jalan. Ramai juga kawan-kawan Emmy dan Shah yang datang.

Ajie dan Jul dan sampai dulu. Kesian dia terpaksa menunggu kami.

Terlepas rindu saya pada bestfriend saya ni. Masing-masing bakal jadi ibu next year. Emmy (baju merah) 20 weeks and Ajie (baju biru) 17 weeks. Alhamdulillah rezeki diorang datang dulu.

Kesian Emmy sibuk bersilat di dapur sambil melayan tetamu.

Saya dan Ajie. Sebelum balik sempat snap sekali lagi. Walaupun dekat tapi susah nak jumpa. Masing-masing ada komitmen sendiri. Ni pun tak tahulah bila dapat jumpa lagi.

Pukul 10.30 malam kami beransur balik. Hantar Ayu sekejap dan terus pecut balik rumah. On the way, saya tak sengaja tertidur ;p

Ampun En. Nazir.

post signature

Leave a Comment

Blogspot "Mak Buyung" Raya

Apakah yang awak cari sebenarnya???

Blogspot “Mak Buyung” Raya???

Pelik bunyinya kan. hehehehe~

Siapakah gerangan yang mencari “mak buyung raya” tu ek? Tiba-tiba terjumpa blog saya yang “bukan nak buyung” hehehehe~

post signature

Leave a Comment

Dia Kata..

Dia kata..

Blog kita tak cantik..

Saya kata..

Kenapa? Oklah tu..

Dia kata..

Blog dulu colour hijau gak yang cantik..

Saya kata..

Yang ni pun cantik gak.. mood suci colour putih ni.. ;p

Dia kata..

Tukar semula la, biar warna hijau.. blog lagi satu pun sama tukar hijau.

Saya kata..

Ermmmm.. ye la.. nanti tukar semula..

.

..

Dia.. adalah En. Nazir yang komplen lay out blog kami ni. Nampaknya saya kena tukar semula lay out ni. Nantilah kalau ada free time akanku ubah lay out ini ;p Tak dapatlah nak meneruskan mood putih suci murni ni. huhuhu~

post signature

Leave a Comment

Selamat Jalan Pok Teh

Hari ni ayah kedua saya, Pok Teh saya akan bertolak balik ke Abu Dhabi. Tak sanggup nak hantar sama, sebab kesian tengok anak-anak dia nanti. Mesti ada adegan air mata di Senai Airport.

Untuk Pok Teh,

Selamat jalan dan selamat menjalankan tugas, rajin-rajinlah kirimkan perkhabaran untuk kami disini. Semoga Allah melindungi Pok Teh di tempat orang. Update terkini keluarga akan di pos di blog orang ni..

[nota kecil: sedih bila teringat muka Pok Teh]

post signature

Leave a Comment

Blog Khas En. Nazir

The Touch of Nazir, blog khas untuk En. Nazir masukkan gambar-gambar yang di snap. Walaupun masih belum mampu untuk beli DSLR, kami guna kamera Nikon murah kami tu saja.

Kalau diberi rezeki lebih, insya’Allah kami akan dapatkan DSLR idaman.

Our wishlist:

  • DSLR Camera
  • Hantar En. Nazir ke kelas fotografi

Angan-angan tinggi, sebab saya tahu En. Nazir ada minat yang mendalam cuma belum ada kesempatan. Kalau ada minat dan bakat plus modal, semuanya boleh dilaksanakan. Insya’Allah.

post signature

Leave a Comment

Bukan OPEN HOUSE

Kenapa tajuk entry saya ‘Bukan OPEN HOUSE’?

Sebab saya tak nak ada yang berkecil hati, bila baca entry makan-makan di rumah saya ni. (ada ke yang nak kecil hati???hehehehe~) Semalam adalah bukan OPEN HOUSE rumah saya. Semalam kebetulan kawan-kawan En. Nazir nak datang beraya di rumah. Jadi saya pun masaklah Soto Ayam dan Mee Hoon Soto untuk tetamu.

Alang-alang dah masak lebih saya jemput juga kawan-kawan saya macam Aien, Mint, budak-budak GEMS PTP dan sepupu saya.

Kawan- kawan En. Nazir datang selepas Zuhur dan kawan-kawan saya selepas Asar. Kami buat macam ni sebab nak mengelakkan tetamu yang datang tak cukup layanan.

Kumpulan pertama sampai, Boy and family, Apong and Wife and Hafiz. Thanks untuk mereka yang sudi makan juadah tak seberapa yang kami sediakan tu.

Kumpulan kedua, sepupu saya Ina and family dan budak-budak GEMS PTP. (Ijal, Sashi and Nana) Budak-budak yang lain (Zaza, Siti and Shoba) tak dapat datang. Kesian dorang tak ada transport nak datang.

Kumpulan ketiga, Aien and family, Abang Zamri and ex-housemate En. Nazir masa duduk rumah sewa bujang-bujang dulu.

Amni yang dah semakin mantap isinya. Geram sangat tengok. Sementara ibu Amni makan, Amni main-main dengan Auntie Hernee dulu.

Lepas semua balik, Mak, Ana, Ayu dan Mak Anjang and family pula sampai. Tetamu-tetamu terakhir kami. Saya pun join makan sekali lagi. Diorang balik lepas maghrib dan kami pun bersiap-siap untuk ke Open House jiran sebelah blok dan ke rumah Apong.

Penuh sebu sarat perut saya semalam. Makan, makan dan makan. Di rumah jiran saya hanya makan 2 ketul lemang, roti jala dan kuah kari.

Sampai di rumah Apong, makan lagi. Tuhan saja yang tahu betapa semputnya nak makan lagi. hehehehe~ Zila masak mee hoon ladna kot. Saya tak pasti, yang penting sedap dan banyak aksesorinya.

Balik ke rumah ingatkan nak berehat, sekali ada tetamu (jiran tingkat 1) datang beraya. Tetamu mesti dilayan. Kebetulan ada lagi soto lebih kami jamukan untuk jiran yang datang. Lepas diorang balik terus terbongkang depan tv. Tak sempat tengok Cerekarama sampai habis kami dah tertidur. Sedar-sedar pukul 2 pagi. Penat sangatlah tu.

Untuk semua tetamu yang berkunjung ke rumah kami, terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang. Semoga kedatangan kalian membuka pintu rezeki kami sekeluarga. Amin

post signature

Leave a Comment

Beraya Di Rumah Boy

Aktiviti malam Sabtu kami adalah sambung beraya lagi.

Rumah seterusnya, rumah Boy kawan En. Nazir. Kami pergi bersama tiga orang lagi kawan En. Nazir, Apong and wife Zila and Hafiz.

The Tuan Rumah ;p

Wife Boy, Ayu dah sediakan makanan untuk kami. Dia masak mee hailam. Sedap mee hailamnya, cuma perut saya yang dah tak muat nak sumbat. Apa taknya, balik dari kerja dah serang KFC dulu. Akibatnya pergi beraya dengan perut kenyang. Tapi tetap menjamah mee hailam tu ya.hehehehe~

Me with Fiqa, Zila and Ayu..

Bila sekali sekala berjumpa, macam-macam cerita kami bualkan. Esok giliran mereka ke rumah kami pula. Selagi hari raya belum habis, selagi tu lah kami beraya.

En. Nazir with Fiqa, Boy, Apong and Hafiz

Ni anak Boy and Ayu, baru nak pandai bercakap. Best layan budak kecil sorang ni. Bila kami nak balik terus dia berbunyi.

Nak duit laya..

Kelakar tengokkan gaya dia ni. Comel, kulit putih gebu.

To Boy and family,

Thanks for the mee hailam yang best tu..

post signature

Leave a Comment

Aktiviti Beraya/ Open House Hujung Minggu

  • Open House Sure NZ Cafe – 03 Oktober 2009, 3 – 10pm @ Taman Desa Tebrau.

Tak pergi kot, kami ada agenda lain siang dan malam. Jauh la..

  • Open House Jiran (Pengerusi Ahli Mesyuarat Tingkap ;p) – 03 Oktober 2009, 8-11pm @ Pangsapuri Seri Mengkuang.

Dekat sepelaung.. confirm kami datang..

  • Open House Apong Kawan En. Nazir – 03 Oktober 2009, 8-11pm @ Kampung Mengkuang.

Musti pergi..

  • Open House Kawan En. Nazir – 04 Oktober 2009, 8-11pm @ Benut.

Jauh lagi.. En. Nazir kerja siang balik malam, confirm tak sempat..

Maka weekend ni kami hanya menadah perut di rumah kawan-kawan yang buat open house. Rezeki, alhamdulillah. Malam ni pun masih beraya di rumah kawan En. Nazir.

Ada lagi jemputan, malas nak type. Teringin nak ke rumah Mimi, tapi macam tak berkesempatan je.

Open house kami? Belum ada rancangan. Tapi kalau kawan-kawan nak ke rumah make sure bagitahu awal-awal, sekurang tak datang makan kuih raya saja.

post signature

Leave a Comment

Deko..Deko..Deko..

Bukan. Kami bukan pemenang deko..deko..deko.. tu. Ni cerita dua hari lepas. Balik dari kerja saya tengok ada lampu tergantung depan pintu. Sebelum ni cuma ada sarang burung tempua, sekarang dah ada lampu pula.

Semuanya hasil kerja tangan En. Nazir men’deko’ rumah kami. Memang dah lama plan nak pasang lampu pada sarang burung tempua ni, tapi asyik tertangguh. Sekarang dah pun mnyala lampunya.

Jadilah kan, tak perlu modal yang banyak. Sarang tempua pemberian Pak Anjang, beli mentol dan wayar untuk wiring. Itu saja, mudahkan. Mudah cakap, sebab bukan saya yang buat hahahahaha.

post signature

Leave a Comment

Open House Umi Nawfal

Malam Khamis lepas ke open house Umi Nawfal makin bertambah berat saya macam ni. Oleh kerana En. Nazir kerja malam, jadi saya terpaksa pergi sorang. Hasutan saya supaya Mummy Dasy pergi sama tak menjadi. Jadi saya bersaing dengan Jijah.

Ramai betul kawan-kawan Umi Nawfal yang datang. Mula-mula rasa malu juga, mana taknya saya sorang je yang tersesat. Semuanya kawan seofis dengan dia. tapi tak pelah dapat juga saya tambah-tambah kawan.

Bila dah ramai-ramai macam ni, sempat juga berkenalan dengan Liza, suaminya kawan Umi Nawfal. Rupanya dia jiran rumah saya, satu blok lagi. Ada ke patut saya tak kenal jiran. hehehehe~ Dia pun tak kenal saya. Adillah tu. Nasib baik saya kepoh kalau tak sampai ke sudah tak kenal jiran.

Kawan Umi Nawfal, Kak Chom yang baru saya kenal pun peramah sangat. Macam pernah jumpa je. Kalau Kak Chom baca entry ni, “thanks ek kak, lain kali jumpa lagi”.

Time to eat. Banyak gila makanan. Mula-mula saya ceduk nasi lemak. Tiba-tiba ternampak nasi impit. Terus tuang semula nasi lemak. Buruk perangai kan hehehehe~ Seriuosly masakan Umi Nawfal dan bonda memang tip top. Ayam masak merah Umi Nawfal dekat-dekat rasa masakan mak saya.

Sempat minta tolong Kak Chom snap gambar saya, Nawfal and Jijah. Buat kenangan and prove yang saya datang sini hehehehe~

To Umi Nawfal and family..

Thank you so much.. Next time jangan lupa jemput lagi..hehehe~

post signature

Leave a Comment

Open House Pok teh

Hari Rabu lepas kami ke open house Pok Teh. Kami antara tetamu yang terlewat, maklumlah saya balik kerja pukul 5.30pm jadi datang lambat sikitlah. Tak sangka bersaing pula dengan family Mak Anjang. Makanan sangat banyak.

Ini pilihan saya. Udang berlonggok-longgok. Tak cukup yang dalam pinggan Ija and Anna bagi lagi udang diorang yang tak habis membuatkan saya orang yang terakhir habis makan.

Me and my Pok Teh, yang akan berlepas balik ke Abu Dhabi this Sunday. Sedih pula bila tengok muka Pok Teh. Semoga perjalanan dia selamat nanti.

Gambar kami semua..


Sebelum balik ada ole-ole dari Abu Dhabi untuk kami.

Thanks Pok Teh, we will miss you..

Sempat jumpa Farah dan anaknya di taman permainan berhadapan dengan rumah Pok Teh. Dulu kami satu sekolah, lepas sama-sama kerja di 7-Eleven Gelang Patah. Sempat berbual-bual dan bergosip-gosip. Dah lama kami tak jumpa. Sebelum maghrib masing-masing bersurai.

post signature

Leave a Comment

Tolong Menolong Bantu Membantu

Dalam kesibukan sempat juga saya menolong kakak ipar saya, Kak Wati touch up blog. Seorang ustazah, di Sekolah Agama Banang Jaya, Batu Pahat. Sebenarnya ni tugasan yang lecturer dia bagi. Lecturer dia bagi assigment, lepas tu tugas dia kena upload assignment tu ke dalam blog. Lecture tu akan check dengan baca blog saja. Senangkan hehehe~ Saya tolong sikit-sikit apa yang patut untuk touch blog. (macam pandai sangat) Isi kandungan semua karya asli Kak Wati.

Kalau rajin jengah-jengahlah blog Kak Wati ni.

post signature

Leave a Comment

Musim Kahwin Dah Mula

Jemputan pertama.My ex-classmate masa zaman sekolah, sekarang kerja satu company.

Azli Shah & Zaitie Ezwa

25 Oktober 2009 – Taman Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah, Johor.

Kawan-kawan yang lain tunggu je kat korang sampai depan pintu rumah. Yang jauh di mata, baca je blog saya ni maknyanya anda pun dijemput hadir. Baru nak pencen jadi posmen kad kahwin, tapi Azli dah lantik semula jadi posmen daaaa. Tak pe lah tolong menolong sesama kawan.

Jemputan kedua. Kawan secompany juga but different department.

Zalizawati & Mustafah

11 Oktober 2009 – Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi, Johor.

To both couple, selamat menempuhi alam perkahwinan. Semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat. Amin. Insya’Allah saya akan habiskan nasi minyak mereka ;p

post signature

Leave a Comment

Open House Makcu

Open house untuk anak beranak aje. Memandangkan Makcu bakal ibuk dengan kelas lepas raya ni, jadi dia jemput anak beranak ke rumah sambil beraya. Mak, tak nak pergi. Jadi Ana dan Ayu kena teman mak di rumah.

Menu yang ada, mee bandung, nasi goreng, ayam madu hangus hehehe cocktail dan apa lagi entah malas nak ingat yang penting kenyang.


Kami.. Pok Teh, En. Nazir, Makcu, Mok Teh, Makcik dan saya..

Jelitawan ;p

Bersanding sekali lagi.. hehehehe~

Makcu yang tengah gila men”deko” rumah English style. Syasya ni memang pantang nampak kamera. Mesti dia ada terselit.

Ayan masih melekat dengan Abang Nashir dia.

Minah ni mula-mula nak nangis, tapi bila cakap nak bergambar dia stop nangis then sambung nangis semula bila dah snap. hehehehe~

Layankan Tok Mok dan Pakcu. Saya tengah asyik masyuk menyedut vitagen orange. Favouritelah katakan.

Akhir sekali..

Gambar salah seorang tuan punya blog yang menyepikan diri ;p

Lepas maghrib kami terus bergegas ke Pasir Gudang, rumah Kak Long. Malangnya tak ada satu gambar pun yang saya snap.

post signature

Leave a Comment

Barulah Saya Rasa

Baru je saya sebut tak rasa gegaran. Baru sekejap ni, masa tengah buat kerja, tiba-tiba terasa gegaran. Bangunan bergoyang. Saya fikir saya yang pitam. Rupa-rupanya semua terasa gegaran tu.

Semalam petang dalam pukul 6.30pm semua staff turun bawah. Patutlah saya tak terasa, masa tu saya dah selamat di rumah.

Meremang bulu roma saya. Kepala saya masih terasa ting tong.

“Ya Allah, selamatkanlah kami semua dan mangsa-mangsa gempa bumi. Jauhkanlah kami dari sebarang perkara yang tidak diingini. Ampunkanlah segala dosa-dosa kami”

post signature

Leave a Comment

Gempa Bumi Lagi

  • Wilayah Sumatera Barat, Indonesia digegarkan gempa berukuran 7.9 skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh.
  • Gegaran memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.
  • 330 pelajar Malaysia di Padang selamat.
  • Orang ramai di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Johor Bahru mengosongkan bangunan tinggi ekoran gegaran gempa bumi itu.
  • Pada masa sama, ribut merosakkan lebih 100 buah rumah masing-masing di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu.
  • Seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemayang, Bachok dan empat parah di Pengkalan Chepa. Sebanyak 10 rumah turut rosak di Kepala Batas.
  • Lima kampung di Tembeling Tengah, Jerantut dilanda hujan air batu sebesar penumbuk.
  • Di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik awal pagi ini.
  • JAKARTA 30 Sept. – Indonesia sekali lagi dilanda gempa bumi kuat, kali ini wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan gempa berukuran 7.9 pada skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan beratus-ratus rumah musnah.

    Bencana tersebut dilaporkan turut menyebabkan kebakaran di bandar Padang dan bekalan elektrik terputus mengakibatkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

    Gempa yang berpusat di Kilometer 57, Padang Pariaman dengan kedalaman 87 kilometer di bawah laut itu dilaporkan berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (pukul 6.16 petang waktu Malaysia), 53 kilometer ke barat laut bandar Padang.

    Gempa di Sumatera Barat itu berlaku hampir sebulan selepas Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat digegarkan dengan gempa kuat yang mengorbankan 123 orang.

    Ia juga berlaku selang sehari selepas gempa kuat menggegarkan Lautan Pasifik yang mencetuskan tsunami di kepulauan Samoa, American Samoa dan Tonga awal pagi ini menyebabkan 113 orang terkorban, manakala 50 yang lain cedera dan berpuluh-puluh lagi dilaporkan masih hilang.

    Gempa di Lautan Pasifik tersebut mencetuskan ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.

    Di Sumatera Barat, pasukan mencari dan menyelamat dari Medan, Aceh, Palembang dan Pekanbaru telah dikerahkan ke lokasi gempa membawa peralatan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

    Sementara itu, televisyen tempatan melaporkan jalan di Kota Padang terputus sama sekali dan bekalan elektrik serta komunikasi juga terputus.

    Sumatera Barat dilanda gempa kedua berukuran 6.2 pada skala Richter pada pukul 5.38 petang yang turut menggegarkan kawasan Pariaman di kedalaman 110 kilometer dari dasar laut.

    Reuters melaporkan gempa menyebabkan sejumlah rumah dan jambatan rosak serta berlaku kebakaran di Padang.

    “Ratusan rumah rosak sepanjang jalan. Juga ada kebakaran, jambatan terputus dan kepanikan luar biasa terjadi kerana paip air bocor sehingga membanjiri jalan,” ujar seorang saksi.

    Pusat Peringatan Tsunami Pasifik sebelum itu telah mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Thailand, Malaysia dan India, tetapi kemudiannya menarik balik amaran tersebut.

    Agensi berita AFP yang memetik jurucakap Jabatan Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Rahmat Triyono berkata, beberapa buah hotel di Padang dilaporkan turut musnah.

    “Pada masa ini kami tidak dapat menghubungi Padang kerana komunikasi terputus sama sekali,” kata Rahmat.

  • (Sumber: Utusan Malaysia Online)

  • ….

    Malam tadi sebelum pergi kerja En. Nazir dapat sms dari anak buah dia, Luqman di Batu Pahat.

    “Pakcik, kite luqman ni. Acik ade rase gegaran gempa bumi tak? Kite kat sekolah tadi bangunan sekolah bergegar, cikgu suruh semua baca doa. Kite rase takut sangat masa tu”

    Yang si Pakcik nya tak rasa apa-apa sah tidur tak sedarkan diri, termasuklah Makcik nya walaupun berada di tingkat enam tapi alhamdulillah tak ada rasa apa-apa gegaran. Mungkin sebahagian kawasan saja. Takut pulak rasanya.

    Bumi dah semakin tua…

    post signature

    Leave a Comment

    Playing With Your Names – Hernee Nazir

    The Result is

    H : stick to one (of course!)
    E : has gorgeous eyes (sepet ado la)
    R : funny (memang kot)
    N : is a very good kisser too! (18sx ni)
    E : has gorgeous eyes (makin bertambah sepet)
    E : has gorgeous eyes (dan lagi..)

    N : is a very good kisser too! (no komen ;p)
    A : crazy (kadang-kadang memang crazy..hehehe)
    Z : very broad minded (yeszza!)
    I : is really sweet & romantic (memang pun)
    R : funny (like me.. tu yang sekepala)

    >> Saja layan FB sekejap tadi..


    post signature

    Leave a Comment

    Cerita Raya: Episod 7 (Gedik Santai)

    Lepas beraya rumah Cdot kami berempat terus serang rumah Mummy Dasy.

    Sebelum terjah saya call dulu. Dengar suara yang ala-ala serak basah tu, saya dah tahu apa aktiviti Mummy Dasy. Rupanya dia anak beranak tengah sedap mengulit mimpi. Ahhhh, tak peduli nak beraya gak.

    On the way ke rumah Mummy Dasy. Kashah bersama mak angkat tersayang dia. Aeh, mak angkat ke mak mertua ek. hehehehe~ Muka kurang senyum sebab baru lepas nangis.


    Sempat bergedik santai bersama Mummy Dasy, Cdot (perempuan dalam pantang yang tak reti berpantang) dan Dida (mak buyong). Cameraman kitorang, Kashah yang tak berapa professional.hahahaha~

    post signature

    Leave a Comment

    Cerita Raya: Episod 6 (Bila Kami Berjumpa)

    Hari Ahad lepas my BFF datang rumah beraya. Mula-mula plan nak beraya beramai-ramai, tapi ada yang ada hal jadi yang tinggal cuma saya, Cdot and Dida.

    Plan asal dengan Idah, Mummy Dasy and Azie. Mereka-mereka inilah yang beriya sakan ajak beraya. Sampai masa kami bertiga je yang beraya huhuhu~

    Ada orang tu, Along (bukan nama sebenar) beriya sakan suruh saya masak. Dialog dia yang masih terpahat dalam ingatan saya.

    “Che’ Long, ko masak la. Ko rumah sendiri, aku malas nak masak”

    Cadangan dia ni dipersetujui oleh dua orang lagi kawan baik saya.

    Saya pun jawab.

    “Korang confirmkan dulu, nanti aku masak korang tak datang pulak”

    Masing-masing pun beriya poyo kata nak datang hari Ahad.

    Dalam kepala saya dah terfikir nak masak Spaghetti. Sabtu pagi, sempat ke pasar beli barang-barang.

    Sambil masak sambil sms dengan mereka-mereka ni. Azie and hubby janji datang petang ok la. Yang datang on time Dia and hubby. Cdot pun datang dengan anak antu saya, walaupun dia tak dapat makan apa-apa hanya minum air kosong. Sekejap lepas tu Idah and hubby datang.

    Si pencadang suruh saya masak tu, tak kunjung tiba. Dia kata tak dapat datang. Dia tanya saya masak apa. Lepas suruh tapawkan, bawa masa kami beraya rumah dia. Tak sampai hati pula dengar rintihan dia tu, jadi saya tapawkan spaghetti tu untuk dia dan anak-anak.

    Siapa la dia tu kan.. ;p

    Time to eat. Tak tahulah sedap ke tak masakan saya tu. Yang penting saya ikhlas bagi kawan-kawan makan. Jangan serik ya kawan-kawan.


    Sempat posing dengan mak-mak orang ni.

    Idah the Mak Buyung. Next month, insya’Allah Idah bersalin. Semoga semuanya selamat.

    Sempat juga posing bertiga. Nampak tak kepala Kasha tu. Actually, dia tengah menangis sebab terkepit antara kami bertiga. tapi kami tak hiraukan pun tangisan syahdu dia tu.

    Akibatnya, Kasha merajuk tak nak salam dengan Uncle Nazir. Aeh, macamlah uncle yang buat Kasha nangis. Lepas settle di rumah saya terus bergegas beraya di rumah Cdot. En. Nazir tak nak ikut malam dia nak kerja, dia bagi green light untuk saya beraya dengan kawan-kawan.

    Ada insiden nyaris dipatuk ular di rumah Cdot. Alhamdulillah, ular selamat dibunuh oleh Long Kadir.

    Cerita selanjutnya, selepas ini.

    post signature

    Leave a Comment

    Adegan Menyayat Hati Di Open House Seed

    Sebelum sorang tukang karut tu mengarut dalam blog dia pasal adegan menyayat hati ni, baik saya dengan rela hati bercerita dulu.
    Lunch hour tadi saya ke open house Seed. Sedang asyik makan mee hoon soto, tiba-tiba terasa sejuk aje. Bila toleh ke belakang, rupa-rupanya Seed terlanggar air sirap saya. Habis baju dan kain saya basah huhuhu~ Malang sungguh.

    Terus basuh dan sambung makan walaupun macam dah hilang selera. cheh~


    Haaaa, habis basah tau.

    Dengan muka tak malunya saya tumpang iron baju di rumah mak Seed. Nasib baiklah family dia memang dah kenal saya. Jadi makin bertambah tak malulah muka saya. Sufi jadi mangsa untuk ironkan baju saya. Kesian Sufi kena dera nasib baik bawa bibik ;p. Thanks Sufi.

    Minah berdua ni, tahunya menggelakkan saya dan snap gambar ni semua. Kurang asam betul. Kalau basah teruk tadi memang confirm saya balik rumah tukar baju hehehehe~ Thanks Cdot & Mummy Dasy, sebab korang gelakkan aku huh~

    Ini tuan rumahnya. Iman with his mummy. Pelik Iman agaknya kenapalah auntie2 ni rouh sekali buat kacau kat rumah nenek Iman. Sorry ye Iman, mummy Iman yang salah. Dia yang tumpahkan air kat baju auntie tau. Thanks Seed, bagi aku lunch free hari ni.

    Ada lagi gambar-gambar kami di kamera saya. Malas pula nak download hehehe~ Nanti-nantilah ya.

    post signature

    Leave a Comment

    Older Posts »