Ahhh.. Jiwaku Tidak Di Sini

Betapa sengsaranya jiwa bila tengok keadaan office saya hari ni. Kosong dan lengang. Yang ada cuma saya, seorang pilot dan tiga orang management trainee, yang lain dah selamat bercuti. Boss saya yang cina tu pun dah mula bercuti. Dia nak rebus ketupat dan bakar lemang agaknya. hehehe~

Dalam kebosanan tu, terhasillah gambar-gambar sengal ini ;p

Penat bershopping malam tadi tak hilang lagi. Rasa macam nak terjelepuk atas lantai penatnya. Alhamdulillah, semua dah settle belanja baju raya segala bagai. Kami ke Angsana, tak tukar plan pun. Manusia, subhanallah ramainya. Rasa tak selesa nak pilih barang. Serabut gila. Nasib badanlah, siapa suruh shopping last minute.

Kalau malam ni sambung shopping lagi, mahu saya tergolek tepi kaki lima shopping complex. Malam ni dan esok misi mengemas rumah lagi dan yang paling penting misi menjahit manik di baju. Lagi satu misi “Deko Bersama Hernee”. Apa saya nak buat, hermmm.. nak menghias bakul kuih raya.

Semalam on the way balik kerja, ada orang Jusco call En. Nazir. Dia datang ke rumah nak hantar hamper tapi kami tak ada di rumah. Kami pun bergegas balik. En. Nazir dapat hamper dari “Penghantar Misteri”. Kalau tak silap namanya “Yu Lok apa entah” yang penting En. Nazir tak pernah kenal pun dia ni. Nama dan alamat memang nama En. Nazir. Siapalah dia ni yang murah hati tu kan.

Apa pun kepada “Mr/Mrs/Ms Yu Lok Apa Entah” yang tak mungkin baca blog saya ni thank you so much. Tahun depan hantar lagi ya. hehehehe~ Sekarang En. Nazir tengah menunggu orang Jusco hantar hamper untuk saya pula ;p and i know the sender.

post signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: