Terkenang-kenang

Sejak bulan puasa ni, saya selalu teringat kenangan tahun lepas.

Bila duduk seorang diri di rumah, ada satu rasa halus dalam jiwa. Wah, ayat tak boleh tahan. Tapi memang itu yang saya rasa.

Tahun lepas bulan puasa memang sibuk bagi saya. Apa taknya, masa ni lah nak uruskan hal-hal perkahwinan. Majlis nikah saya dua minggu selepas raya.

Sibuk menyiapkan barang-barang hantaran. Kami dah janji masing-masing nak buat hantaran sendiri. Seingat saya tiap-tiap minggu En. Nazir akan balik kampung semata-mata nak siapkan hantaran. Kiranya apa yang kami buat tu luahan hati untuk si suami dan si isteri la. Saya tak kisah apa rupa hantaran tu pun asalkan hasil tangan En. Nazir. Pantang ada masa terluang, mesti sibuk mengerjakan hantaran. Rasa puas bila buat sendiri, hasil kerja sendiri.

tengah khusyuklah konon-kononnya tu..

Inilah antara hasil kerja tangan saya. Hantarannya simple saja. Yang di bawah ni pula hasil kerja tangan En. Nazir. I gave him “the chocolate yummy2 theme” and he gave me “the black and white theme”

Walaupun simple tapi kami puas hati. Saya pun tak sangka yang En. Nazir mampu buat macam ni. Ingatkan tangan dia “tangan bangku”. Eh, ada ke peribahasa tu? hehehe~

Masa ni juga tengah sibuk pergi balik ke AZ Saloon & Bridal nak kena pilih busana pengantin, kena ukur (takut tiba-tiba lepas raya tak muat). Mula-mula hajat saya nak cari warna copper. Tapi bila sampai AZ saya terpesona dengan warna coklat. Terus pilih baju sanding warna coklat, dan nikah warna putih.

Ada incident disebalik baju melayu nikah untuk En. Nazir. Dia tempah baju tu di Senggarang. Tiba-tiba kakak tailor tu buat silap, dia buat leher jadi kembang. Kain tu kami beli sama-sama di Jakel. Rasa menyirap juga lah. En. Nazir pulang semula pada kakak tu, dan nasib baik kakak tu mengaku kesilapan dia dan ganti dengan kain lain. Dugaan kan.

Dalam bulan puasa juga saya, emak dan Ider sepupu saya ke Ayer Hitam beli bunga telur dan macam-macam lagi. Jauh betul kami menjelajah. Walaupun penat terpaksa juga redah kalau tak memang tak ada masa lagi dah.

Rasanya selagi tak habis bulan puasa ni, selagi tu saya akan terkenang-kenang pengalaman manis persiapan perkahwinan saya ni.

Ada masa nanti saya ceritakan “kisah perkenalan kami” yang tak disangka-sangka hingga ke jinjang pelamin.

post signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: