%&((^#**@???

Tiba-tiba saya rasa %&((^#**@???
Susah nak digambarkan.

Sebelum ni memang tiap-tiap tahun saya apply KPLI. Tapi belum ada rezeki. Ada seorang officemate yang tanya sejarah kerja saya. Saya pun pernah ceritakan yang saya pernah jadi cikgu dan masih lagi apply KPLI setiap tahun.

Saya rasa apa yang saya ceritakan ni dah berlalu berbulan-bulan yang lepas. Tak sangka dia masih ingat. Dia pernah tanya saya samaada saya ada “cable” di Kementerian Pendidikan.Of course lah tak ada.

Dan tak sangka juga dia pergi bercerita dengan my boss. Dia tanya dengan boss pula samaada boss ada kenal siapa-siapa di Kementerian Pendidikan. Sudah semestinya boss saya menjadi pelik. Apa kaitannya dengan skop kerja kami. Then, dia pun story mory pada boss saya. Dia minta tolong kalau boss saya ada kenalan di sana. Boss saya pun agak terkejut, tak sangka yang saya nak meninggalkan office ni. Mereka berdua rupa-rupanya bergossip pasal saya. (ni pun officemate saya tu yang bagitau la)
Dia suruh saya standby kalau-kalau boss akan panggil saya dan tanya hal sebenar.

Alahai. Saya macam nak tepuk dahi. Tak tahu nak kata apa masa diberitahu dan tak sangka ada gossip dibelakang saya. (lelaki lebih pandai bergosip ya!) Saya belum terfikir nak meninggalkan kerja-kerja saya dalam masa terdekat unless saya dapat offer yang betul-betul menjamin masa depan saya. KPLI tu pun dah berapa kali apply tapi jawapannya hampa. Takkanlah senang-senang saya nak berhenti kerja.

Saya hargai pertolongan dia. Tapi i feel like…… ahhhhh.. kenapalah dia boleh bagitahu boss benda yang tak nampak apa-apa. Memang dia suruh saya kejar cita-cita saya tu. Belum ada rezeki nak buat macamana kan.

Entahlah apa saya nak cakap dengan boss nanti. Mesti dia ingat saya dah tak bersungguh-sungguh nak buat kerja di office. Ahhhh.. tak apalah nanti saya terangkan satu per satu.

[ada tag & award dari Mummy Dasy, akan di settle kan lepas ni]

post signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: