Sejuk Itu Mengantuk.

Hujan yang semakin lebat di luar sana memaksa mata saya terpejam semula. Rasa mengantuk bermaharajalela.

Walaupun keseluruhan tubuh sudah di basahi air kolah yang sejuk tapi tetap tidak menyegarkan mata saya. Puas menggodeh telefon bimbit sendiri, telefon bimbit En. Nazir pula yang menjadi mangsa.

Aroma bijian kopi menusuk ke rongga hidung. Kadangkala baunya menyegarkan tapi semakin lama semakin menyesakkan dan memeningkan. Hakikatnya, saya bukanlah “Pencinta Kopi Sejati”. Dalam hati tertanya-tanya “Siapakah hamba Allah yang membancuh kopi di pagi hari ini?” Oh, rupanya jiran ibu mertua saya yang sedang menggoreng bijian kopi.

Di sudut ruang tamu rumah, sekujur tubuh En. Nazir sedang asyik menyambung mimpi. Mungkinkah saya akan mengikut jejak langkahnya? Mungkin juga tapi bukan sekarang.

Sepanjang menaip entri ini, mata saya tak henti terpejam. Jadi saya harus berhenti di sini buat seketika kerana mata ini tak mampu dibuka lagi.

[“Sejuk Itu Mengantuk” posted via nokia xpressmusic]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: