Jalan-jalan Ke Parit Raja

petang sabtu, saya dan en. nazir bersama-sama MIL, BIL dan 2 orang anak buah ke rumah kakak en.nazir di parit daun, parit raja. sebenarnya kak andak ni baru saja berpindah ke rumah baru. suka betul saya tengok rumah dia. dari luar nampak comel. macam rumah dalam games the sim.

bila masuk dalam bukan main luas lagi. jenuh rasanya nak menghias rumah. rasa aman damai je dekat kawasan kampung ni. kak andak ajak kami tidur di sini.

malam saya dan en.nazir meronda pekan parit raja. maklumlah saya jarang sampai ke sini. haruslah en.nazir bawa ronda segenap pelusuk batu pahat. baru berapa minit ronda naik motor dah sakit pinggang. hehehe~ saya tertarik dengan satu cafe di parit raja, namanya “Bisik-bisik” nasib baik baru lepas makan kalau tak memang saya ajak en. nazir melepak di situ. mungkin next time kami nak ke sana.

balik dari ronda-ronda, saya melayan minah berdua ni, umi dan wahida main puzzle. en.nazir melayan anak buah lelaki main chess. penat main puzzle yang dah tak cukup tu, saya join MIL dan SIL berbual. lepas tu saya layan tv cerita mukhsin dengan en. nazir. sedar-sedar MIL kejut, rupanya kami tak tengok tv. tv yang tengok kami. hehehehe~

post signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: