Baju Raya

Syukur alhamdulilllah.

Masih ada lagi tailor yang nak ambil tempahan baju raya. Itu pun tailor cina. Saya pun cuai, ada ke lupa nak tempah buat baju raya. Kalau dulu belum kahwin bolehlah senang ² hati tak tempah baju raya. Beli dah siap je kalau tak ada yang sanggup terima tempahan. Sekarang kena fikir dua tiga kali. Dah ada budget untuk raya.

Hari Sabtu lepas, sebelum belanja barang dapur di Kip Mart sempat juga saya menyinggah ke kedai tukang jahit ni. Sebelum ni memang saya tak pernah hantar pada tailor cina. Memandangkan tailor melayu yang biasa saya hantar dah tak terima tempahan, jadi terpaksalah.

Raya nanti sedondon la saya dan En. Nazir. Baju raya kami warna copper. Baju hantaran masa kahwin. Upah jahit untuk baju saya RM47 manakala upah jahit untuk baju En. Nazir RM77. Jumlah semuanya RM124. Boleh tahan mahal juga nyonya ni ketuk kami. Harga biasa yang saya tahu untuk baju lelaki RM60 dan baju kurung yang biasa saya tempah RM25-RM30 saja. Tak kisah la janji ada baju raya.

Tapi dalam hati saya ada satu suara halus yang menghasutlah😉

“Ala, nanti kalau tiba-tiba ada bonus budget lebih boleh juga beli baju yang dah siap sepasang”

Haruskah saya mengikut kata hati ni? Emmm.. kita tunggulah dulu nanti ya. Kalau ada rezeki lebih insya’Allah. Aeh tersasul pula.

Kawan-kawan macamana dah prepare baju raya ke? ;p

post signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: