Harga Penjimatan Saya

Semalam lunch dengan Munirah. Tiap-tiap hari pun lunch dengan dia. Tinggal seminggu aje lagi tempoh praktikal dia. Maknanya minggu depan minggu akhir dia kat sini. Lepas ni saya balik semula ke rutin yang asal. Makan sorang-sorang. Kalau ada pun geng-geng makan Aien dan Mint. Kawan yang sebangunan ni ada yang tak gemar makan tengahari. Nak ajak pun segan. hehehe~

Saya suka sangat makan ‘Beef Kue Tiaw’ di cafe. Memang sedap pada tekak saya. Harga pun ok tak mahal RM3.90. Penuh dengan aksesori, daging, sayur mayur, tapi kue tiaw atau mee nye ciput jek. Di cafe ni, harga ala carte lebih murah dari harga nasi campur biasa. Sama juga menu untuk sarapan pagi. Kadang-kadang harga melampau-lampau.

Harga penjimatan saya (Order Ala Carte) = RM 3.90
Air Suam = RM0.20
Belanja Makan Tengahari saya = RM4.10

Jimat la juga kalau nak dibandingkan saya makan nasi campur yang pernah mencecah harga RM6.10 padahal lauk yang saya ambil cuma ayam dan sayur tanpa air. Kalau pergi cafe lagi satu boleh dapat makanan untuk dua hari. Tapi malas nak drive ke belakang. Redha je la. Apa pun dengar-dengarnya dah ada yang komplen. Harap-harap lepas harga turun sikit.

Cafe tempat kerja kawan-kawan macamana pula?

post signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: