Cuba Jadi Orang Gomen

Dua minggu lepas saya ditemani En. Nazir ke Kota Iskandar, Nusajaya. Saja mencuba nasib dengan memohon jawatan kosong untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor. Adik saya juga mencuba nasib manalah tahu kalau-kalau ada rezeki datang bergolek. Pertama kali sampai betul-betul di bangunan ni, puas juga mencari pejabat SUKJ ni. Akhirnya barulah kami jumpa. Bangunan baru, lif pun bengong. Nak naik tingkat tiga dia naik tingkat empat. hehehe~ Siapa yang belum jalan-jalan ke Nusajaya, jom lah tengok pusat pentadbiran baru negeri Johor.

Sebelum balik masih sempat posing lagi padahal cuaca panas terik. Tak sanggup nak tunggu lama-lama di luar. Balik rumah terus singgah KFC. Malas masak punya pasal. hehehe~

post signature

Leave a comment