Kalau Kamera Mahal Inilah Hasilnya


Gambar ini diambil petang semalam. Kamera yang dimaksudkan bukanlah kamera kami. Sesungguhnya kami belum mampu untuk membeli kamera ini. Kamera milik kawan sekerja En. Nazir iaitu En. Rizal. Kebetulan malam tadi dan hari ini En. Rizal ada tugasan mengambil gambar untuk majlis perkahwinan kawan mereka, jadi pada sebelah petang dia singgah di rumah kami. Selepas Isyak tugasan bermula. En. Nazir mengambil kesempatan untuk mencuba kamera ini. Wajah-wajah yang kurang hensem dari En. Nazir diambil oleh En. Rizal. Manakala wajah gemuk dan hidung kembang comel saya itu diambil oleh En. Nazir. Sebentar lagi kami akan ke rumah pengantin. Saya akan saksikan aksi-aksi kreatif En. Rizal dibantu oleh En. Nazir. Harap-harap suatu hari nanti En. Nazir akan mengikut jejak langkah En. Rizal. Boleh juga dijadikan pendapatan sampingan. Cuma perlukan ilmu yang lebih juga yang penting modal untuk membeli kamera. Kalau En. Rizal perlukan model wanita, sila hubungi saya! hehehe~
[Nota Ungu: Jenama kamera Canon model apa saya kurang pasti.. malu nak menjengah takut dikatakan jakun oleh En. Nazir..]

post signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: