Majlis Perkahwinan Azri & Razila

[saya upload 1 gambar saja..gambar lain akan di upload kemudian]

Ini pula majlis perkahwinan kawan sekerja En. Nazir.. Azri atau lebih terkenal dengan panggilan Apong.. majlis berlangsung pada 31 Mei di PJ.. bukan Petaling Jaya ya.. tapi Parit Jelutong, Pontian..hehehehe~ Apong ni pengapit En. Nazir masa majlis perkahwinan kami.. jadi adalah tak adil kalau majlis dia kami tak datang.. ;p
Kami konvoi beramai-ramai ke PJ.. semua kawan-kawan berkumpul di Petronas Nusa Perintis sebelum memulakan perjalanan.. kami sampai dalam pukul 2.. baru nak makan pengantin pun berarak.. En. Nazir sempatlah mengambil gambar pengantin dan duduk menjaga makanan.. itu yang penting..hehehe~ En. Nazir ni gambar pakcik yang tengah syok bersilat pun di ambilnya.. berseri-seri muka pengantin.. sebelum ni saya pernah jumpa pengantin perempuan tapi dalam keadaan yang tak bersolek sakan.. bila tengok masa kahwin nampak cantik dan comel orangnya..
Sebelum balik kami sempat juga bergambar beramai-ramai.. yang kawan-kawan lelaki sesama lelaki.. para isteri haruslah bergambar sesama isteri.. para suami juga sempat bergambar dengan pengantin.. tapi diaorang sikit pun tak mempelawa kami bergambar dengan pengantin.. sampai hati kan..hehehe~ cuaca sangat panas.. rasanya menyengat-nyengat.. tak sabar menunggu mereka semua bergambar dengan pengantin.. jadi saya dan kawan-kawan yang lain tumpang berteduh di tepi rumah jiran pengantin sambil melayan telatah anak-anak mereka yang berbagai ragam..
Selesai sesi bergambar, kami terus balik ke rumah.. tak melencong ke mana-mana pun kerana mood tiada di situ.. memang saya tak berminat nak berjalan-jalan ke tempat lain hari tu.. walhal Jom Heboh & Pesta Buku sedang rancak dijalankan.. tetap tak menarik minat saya.. sudahnya balik ke rumah dan lepak-lepak sampai tertidur.. penat sangat rasanya.. dua-dua hari menghadiri majlis perkahwinan dan dua-dua hari juga makan nasi minyak.. jemu pula rasanya.. minggu ni juga ada jemputan untuk dua-dua hari.. Insya’Allah kami akan pergi..

post signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: