Jusco Punya Cerita

Seperti yang kami rancang, hari Sabtu lepas kami nak ke AEON Bukit Indah.. semata-mata untuk menebus hadiah hari jadi dari Juso.. selepas daripada tu kami nak ke Birthday Party pula.. dengan semangat jayanya saya bersiap-siap.. sesampai saja kami di sana, kami terus menuju ke Kaunter Perkhidmatan.. ramai pula orang yang beratur masing-masing nak menebus hadiah mata ganjaran J-Card..

Tiba giliran saya, saya pun menunjukkan kad di atas kepada pekerja wanita itu.. dengan nada yang lemah lembut, dia pun menerangkan kepada saya yang mana stok hadiah sudah habis..jadi saya diminta untuk datang semula sebelum 1 Jun.. hurmmm.. tambah dia lagi.. kalau saya datang 2 Jun pun masih boleh di terima kerana kesilapan dari pihak Jusco sendiri.. sememangnya tarikh akhir 1 Jun dan tempoh untuk , menebus hadiah adalah 2 minggu dari tarikh lahir saya.. dengan hampanya kami pun terus menuju ke kedai hadiah untuk ‘birthday girl’.. Pilih punya pilih, akhirnya kami belikan tabung.. harap-harap ia akan digunakan oleh anak En. Izan nanti.. dan dapatlah juga menyemai semangat suka menabung.. saya tak sempat nak ambil gambar kerana amoi di kedai tu menyampul hadiah seperti robot.. cepat sangat..hehehe~ Jalan punya jalan.. perut terasa lapar.. kami memang tak makan tengahari lagi.. rancangan kami nak makan sepuas hati di rumah En. Izan..hehe~ dahsyat betul kami kan.. Bila lalu di depan Big Apple.. perut rasa meluar-luap laparnya.. saya pun menghasut En. Nazir untuk singgah..

Buat alas perut kami, kami beli 1 Choreo, 1 Alien dan 1 Chocoholic.. angan-angannya saya nak beli dan makan di rumah.. tapi tak sempat keluar dari Jusco dh selesai kami kerjakan dalam kereta.. perut dah lapar sangatlah katakan.. dua-dua comot koreng dengan coklat.. sekali senyum nampak gigi penuh coklat daaa.. akhirnya dua-dua tergelak tengok gelagat kelaparan masing-masing.. lepas tu kami terus menuju ke rumah En. Izan..

Cerita seterusnya selepas ini.. ;-p

post signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: