Hari Ibu Saya

Buat mak tersayang..
semoga mak tabah menghadapi segala ujian Allah..
semoga segala dosa mak diampunkan..
semoga pengorbanan mak akan mendapat ganjaran yang telah Allah janjikan..
semoga mak sentiasa dirahmati..
anggaplah setiap kesakitan yang mak alami adalah cara Allah menghapuskan dosa kecil mak..
redha dan teruskan berdoa agar cepat sembuh..
maaf andai selama ini kami banyak menyusahkan mak..
Kami (Kak Long, Nazir, Ana & Ayu) sayang Mak!!!!!
[Buatmu Ibu]
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana…
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu… dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Cup cake ni saya tempah dengan Batrisyia Delight Cakes
Kak Siti ni kakak kepada kawan baik saya Sam..
rumah mak dia depan rumah mak saya..
dia tinggal di Taman Harmoni, Mutiara Rini..
jadi saya tempah dgn dia siap delivery lagi..
best sangat cup cake dia..pertama kali saya mencuba..
rupanya pagi Sabtu tu dia dah hantar..
Thanks kak!
next time boleh order lagi..
kalau kawan² nak cuba..
boleh jengah² blog Kak Siti..

saya ingat mak dah makan cup cake tu..
rupa²nya dia suruh Anna tunggu saya balik training..
balik dari training saya singgah rumah mak dulu..
kebetulan Pak Anjang & family ada datang..
makan sama²..
tak lupa saya ambilkan untuk En. Nazir..
jamah sikit coz dia takde kerja malam..

ni model tambahan untuk entry ini..
Anna dengan Pak Anjang..
dorang memang rapat mengalahkan anak dia sendiri..
tapi dorang ni tersalah hari..
harap maaf ye..ni hari ibu..bukan hari bapa..hehehe~
itu saja cerita hari ibu saya..
sambutan yang sederhana..
harap² memberi kenangan manis untuk mak tersayang..

post signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: