Selamat Pengantin Baru Azie & Elly


Selamat Pengantin Baru saya ucapkan untuk Armizah dan Haslee..
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
Sebagai kawan saya hanya mampun mendoakan..
kerana saya juga masih mentah dalam alam rumahtangga..

Perancangan asal saya ke rumah pengantin dalam pukul 2pm..
dah janji dengan Dida, Mummy Dasy dan Seed..
kawan² yang saya jumpa saya pesan maklumat yang sama..
tapi akhirnya saya yang terlambat..
minta maaf kawan²..

Saya terlambat kerana sibuk dan asyik mencuci rumah..
Tak sampai hati nak biarkan En. Nazir buat kerja sorang²..
Tengah syok kemas tiba² tengok jam dah pukul 1pm..
bergegas balik ke rumah..

Saya ke sana bersama En. Nazir, Mak dan Anna..
Dida telefon saya..tapi saya masih di rumah..
jadi dia pergi dulu..

Sampai sana pengantin dah pun berarak..
sesi makan beradab pula..
saya nampak kawan yang ada cuma Dida dan Mamie..
mana Mummy Dasy???
ohhhh..rupanya dia dah balik..
dia ada sms saya tapi saya kehabisan kredit..
nie semua gara² Dida~only me, u n Allah knows..hehehe~
Dia balik awal kerana Mr. Hubby bekerja disebelah petang..
Alahai..saya rasa ralat sangat..
dengan kelambatan saya sampai tak dapat jumpa dia..
cheh~ macam dah 50 tahun tak jumpa~


sebelum makan sempat ambil gambar di bilik pengantin..
padahal En. Nazir, Mak dan Anna dah tunggu saya untuk makan..
Mamie yang bertudung putih..kawan sekolah saya juga..
si baju oren datang bersama hubby terchenta..
kesian Aman terpaksa menunggu lama..


sempat juga merakam detik bersejarah bersama pengantin..
mula² En. Nazir tak nak bergambar..
akhirnya dia akur dengan kehendak isteri dia..
mungkin takut isteri dia meroyan depan orang ramai..hehe~
nanti dia juga yang dapat malu.. ;-p

Alkisahnya..En. Nazir kenal dengan Elly suami Azie..
dia pernah memancing bersama..
Elly ni sepupu kepada kawan baik En. Nazir..
Nampaknya saya dan Azie akan ditinggalkan oleh si kaki pancing berdua ni..
bagus juga Allah temukan mereka lebih awal..
jadi bila terjumpa nanti ada lah kawan berbual En. Nazir..


Gambar ini diambil oleh En. Nazir sebelum kami balik..
Dia suka dengan muzik..jadi dia terpesona dengan cara pakcik ni main alat muzik yang saya tak berapa ingat apa namanya ini padahal pakcik saya sangat mahir bermain alat ini.. ;-p

Kami balik ke rumah pada pukul 3 lebih..
kerana saya nak melawat adik di asrama..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: