Archive for Salleh Foods

Cari Rezeki Lebih


rutin en.nazir sebelum raya.

dialah peniaga kerepek tegar di PTP. sebelum kahwin dia dah mula menjual kerepek dengan kawan-kawan tak kiralah hari biasa atau hari raya. asalkan ada tempahan. saja tambah pendapatan walaupun tak seberapa. alhamdulillah rezeki.

semalam sebelum balik ke gelang patah kami sempat singgah ke kilang Salleh Food Industries untuk mendapatkan harga terkini.

khusyuk tauke kerepek ni menulis sampai saya di belakang pun tak dipeduli. mudah-mudahan suatu hari nanti en.nazir boleh buka perniagaan sendiri. tuah ayam nampak di kaki. tuah manusia siapa yang tahu.

harga-harga kerepek akan kami list kan untuk pelanggan dan saya akan masukkan di blog. siapa-siapa yang sudi nak beli kerepek bolehlah contact saya atau en.nazir. insya’Allah dijamin sedap.

sebelum bergerak balik, kami sempat memborong kerepek ubi kari, kerepek dhal, kerepek ubi cheese dan chocolate cookies. buat bekal dalam kereta dan buat kunyah-kunyah di rumah.

post signature

Leave a Comment

Semua Orang Tak Sabar Nak Beraya

Saya rasa semua orang di tempat kerja saya dah tak sabar nak beraya.

Kenapa saya kata macam tu?? Sebabnya dah bertambah-tambah orang yang mem’promote’ kuih raya, baju raya, cadar raya.. aeh ada ke cadar raya? hehehe~

Saya juga nak promote kerepek yang En. Nazir jual. Chewah~ Tunggu kami balik kampung next week, untuk dapatkan the latest price. Rasa memang tak mengecewakan. Supplier yang biasa En. Nazir ambil Salleh Foods Industries Sdn Bhd.

Kot ye pun tak sabar nak beraya, puasa dah habis ganti belum?? hehehe~ Sebut pasal raya gak, tahun ni buat pertama kali insya’ALLAH saya akan beraya dengan keluarga En. Nazir. Cam sedih jek bunyinya ;p

[Nota rajin: Anak siapalah yang rajin sangat meng'update' blog hari ni ek??]

post signature

Leave a Comment

Borong Kerepek Salleh Foods

Semalam before bertolak dari B.Pahat ke Gelang Patah..
kami sempat singgah ke Salleh Foods Industries Sdn Bhd..
haaa..bagi nama penuh lagi.. ;-p
semenjak dah kawin dgn En. Nazir ni..
tiap kali balik kampung mesti singgah sini..
tujuan utama..memborong kerepek..
dan selebihnya mencuci mata..hehe~



rambang mata bila saya tengok kerepek beratur di rak² yg ada..
rasa macam nak beli semua..agak melampau pulak kalau borong semua..
favourite kerepek saya ialah.. kerepek ubi kari..
memang sedap.. kerepek ubi pedas basah pun sedap..
saya juga akan beli cakar ayam..tak pernah ketinggalan..
kali ni Mak Anjang saya kirim kerepek ubi pedas basah..

Sebenarnya En. Nazir pernah bekerja di sini..
Lepas SPM..masa muda² dulu..hikss..
Jadi dia lah yang perkenalkan saya dgn kerepek Hj. Salleh ni..
lagi pun dia pengedar kerepek ni di PTP..hehe~
time² raya dia la peniaga kerepek tegar kat PTP..
masa bercintan cintun dia sempat promote kerepek pada saya..
siap bagi free lagi tau.. nak bodek bakal mak mertua..hahaha~
siapa² nak beli kerepek time² raya boleh tempah dgn En. Nazir..
sempat promote bisnes hubby..hehehe~
bisnes kecil²an..mana tahu satu hari nanti wujud..
Hernee Nazir Foods Industries Sdn Bhd..
planning untuk masa akan datang..hehehe~

ini saja yang saya borong semalam..
1 bungkus kerepek ubi kari..3 bungkus kerepek ubi pedas..
1 bungkus cakar ayam dan 1 bungkus kerepek apa entah..



Alamat kilang Hj. Salleh ni..

Salleh Foods Industries Sdn Bhd
Parit Kemang, Senggarang,
83200 Batu Pahat, Johor.

saya cuma promote saja..tiada bayaran komisyen..hehehe~


Ini dia gambar curi masa Hj. Salleh tgh khusyuk mengira..
Dia lah Taukey kilang kerepek ni..
menurut cerita En. Nazir perniagaan dia bermula dari bawah..
dan sekarang bertambah maju..mungkin berkat dari usaha dia..
Sinar.fm ada keluarkan iklan Salleh Foods ni..

Lagi satu kilang.. Azhar Foods di Rengit.. saya jarang ke sana..
lebih suka kerepek di sini.. sesuai dgn tekak saya..hehe~
Lepas siap² borong kerepek.. kami tak terus balik..
En. Nazir rancang nak ke Pantai Rekreasi Punggur..
Nak bercanda berdua2an..hehehe~

gambar tuan punya blog..musti ada..hehehe~
hidung maintain kembang ye..semulajadi..pemberian Allah.. ;-p

Leave a Comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.